49

75.3K 3.9K 572
                                    

"Maaf Puan Safa, kami sempat fikir bukan-bukan dulu fasal Puan. Iyalah, Saqif tu kecik lagi kena heret dengan papa dia sana sini." Mata Safa terkebil-kebil memandang pekerja Thaqif. Kini dia duduk di atas sofa dikerumuni mereka kira-kira lima orang datang menyapanya.

Ikutkan dia masih kekok mahu beramah, tapi memandangkan mereka semua banyak membantu Thaqif menjaga Saqif dahulu. Tak salah dia mahu berkenalan.

"Iyalah, kami fikir Encik Thaqif dah bercerai dengan Puan, tak pun Puan lari tinggalkan Encik Thaqif sorang-sorang. Eh tup tup rupanya ada lagi isteri Encik Thaqif. Cantik pula tu.."

Safa tergelak kecil dalam rasa diri sendiri diperli mereka disitu. Kalau dia ada di tempat mereka pun mungkin dia akan fikir perkara yang sama.

"Rupanya Puan Safa ni orang sibuk, sayang betul ya Encik Thaqif kat Puan dan Saqif, sampai sanggup jaga anak sorang-sorang sebab tak nak biar Saqif kat pengasuh lain."

"Thaqif cakap macam tu?" Safa menyoal. Rasanya dia tak pernah cakap yang dia sibuk.

"Iya, haritu kami nak tahu sangat, tertanya juga mana mama Saqif. Encik Thaqif senyum je, cakap wife dia sibuk. Nanti dia kenalkan kami dekat wife cantik dia."

"Awalnya kami macam percaya tak percaya jugalah, sampai Encik Thaqif sendiri bawa Puan Safa kesini, ha ambil kau! Cantik betul!" Patutlah masa dia kali pertama datang office Thaqif semua tercengang terlopong! Rupanya masing-masing dah fikir Thaqif duda! Haih fikir pun dah buat dia cemburu.

"Amboi sedapnya bergosip! Dah tak ingat kerja masing-masing?" Sergahan seseorang buat semua disitu tergamam. Mata Safa melilau-lilau mencari punca suara dari celah-celah orang yang berdiri dihadapannya.

"Mentang-mentang bos baik kau orang dah naik kepala?!" Kali ini Safa yang menjenggil mata mendengar suara nyaring itu. Dia juga majikan tapi dia tak pernah menengking pekerjanya seperti hamba! Setakat menegur asalkan mereka siap kerja dengan baik dan tepat pada waktunya dia tak kisah bagaimana suasana kerja mereka.

"Puan! Kami pergi dulu! Mak Janda singa dah datang!" Seorang berbisik di telinga Safa buat Safa tergelak kecil. Mak Janda Singa mana pula ni?

"Ya ya, nanti kita borak lagi." Safa balas senyum manis sebelum kelima-lima pekerja disitu pergi meninggalkan dia sendirian bersama Saqif dalam gendongan.

Sebaik tubuh-tubuh itu berlalu, barulah dia dapat melihat dengan jelas wajah wanita dipanggil Mak Janda Singa itu dihadapannya. Senyum ramah dihulur tapi dibalas dengan mata mencerlung seperti mahu membahamnya.

"Dah kau seorang? Dah kenapa? Mentang-mentang dapat mandat jaga anak bos terus tak buat kerja?" Perlian wanita itu keras menusuk hati dalam Safa.

"Sorry?"

"Bagi Saqif kat aku! Pergi sambung kerja kau!" Kuat jerkahan wanita itu buat Saqif dalam ribaan Safa sedikit tersentak. Laju sahaja Safa bawa kepala Saqif kebahunya lalu belakang anak itu ditepuk-tepuk.

"Awak siapa?" Tak bernada Safa menyoal.

"Berani kau tanya soalan macam tu? Kau tak kenal aku siapa?" Makin tajam mata wanita itu merenung Safa.

"Jadi ada masalah ke?" Sabar Safa sampai hadnya.

"Kurang ajar!" Hampir tangan wanita itu singgah dimuka Safa tapi mujurlah Safa cekap menahanya dengan sebelah lagi tangan kemas mengendong Saqif. Gila ini perempuan! Sampai dah naik tangan! Ini dah dikira workplace violation!

"Aku Puan Nora! Manager office ni! Adik Martin bos besar pasaraya tempat kau bekerja ni! Ingat baik baik!" Sungguh lantang wanita itu berkata buat Safa sungging senyum sinis.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now