59

55.4K 3.8K 950
                                    

Tak beriak dia melihat skrin telefon, atau lebih tepat menonton video-video dari 'story' Instagram Naufal, Hazim, Haris dan Faizul. Mereka berempat kelihatan sedang bersuka ria, menikmati hari-hari terakhir bersama teman kampus.

Sedangkan dia masih disini bertatih untuk ada di tempat lelaki itu sekarang. Mereka sudah hampir menamatkan pengajian sedangkan dia masih di petengahan. Jauh jarak nak dibandingkan dengan orang-orang dewasa yang berfikiran matang. Dan dia yang selalu dituduh tak fikir panjang.

Tipulah dia tak cemburu. Dia sangat cemburu. Dia nak juga dapat perhatian dari mereka. Tapi sekarang sejak peristiwa di gelanggang futsal, mereka sudah tidak mencari Safiya.

Mungkin sibuk untuk peperiksaan akhir tapi Safiya dapat rasa. Dia betul-betul disingkirkan dari Naufal dan rakan-rakannya.

Sahabat belum pasti kekal lama. Lagipun empat lelaki itu mungkin sudah difasa mahu memulakan perkenalan dengan mana-mana perempuan untuk dibuat isteri.

Memang dia manja, tapi sampai bila dia terus-terus mahu mengejar perhatian lelaki itu. Dia pun seharusnya cari hidup dan masa depan sendiri. Tanpa mengharapkan belas dan perhatian mereka.

"Safiya!" Panggilan seseorang buat Safiya yang duduk menunggu berpaling dengan senyum tipis.

"Dah siap? Jom." Safiya galas beg sebel dia capai botol minuman. Senyuman tipis dihala pada Said yang kelihatan serba tak kena dihadapannya.

"Kenapa Said?" Dahi Safiya berkerut.

"Err, macam ni tau. Aku bukan tak nak teman kau makan dah. Cuma..."

"Cuma?" Safiya angkat wajah memandang beberapa orang perempuan berdiri tak jauh dari mereka. Pandangan mereka begitu jengkel buat dia keliru. Dia ada buat salah apa?

"Aku dah ada girlfriend. Sorry, aku kena jaga perasaan girlfriend aku." Said tunduk wajah buat Safiya kelu tak terkata. 3 bulan dia mengenali lelaki itu. Mungkin sikap Said yang berusaha mahu membantu dan berkawan buat dia selesa rapat dengan lelaki itu. Dan baru bulan lepas Said meluah perasaan padanya. Tapi Safiya hanya menyepi tidak memberi apa-apa jawapan.

Sudahnya lelaki itu sudah ada pengganti.

"Safiya kau dengar tak?"

"Dengar. Tak apa aku faham." Safiya senyum tipis sebelum dia berpaling lantas beredar daripada situ. Kecewa? Sikit, tapi tak adalah parah hati.

Dia hanya menganggap lelaki itu sekadar kawan, dan tidak pernah lebih. Sebab itu dia tidak memberi apa-apa jawapan. Kerana dia takut jawapannya buat satu-satunya sahabat yang dia ada disitu menjauh. Walau akhirnya lelaki itu sendiri mengangkat kaki.

Dengan langkah tiada arah tuju. Safiya berhenti melepas keluhan di atas buaian di taman permainan lama tak jauh dari rumahnya.

Dulu dia pernah menangis disitu sendirian sebelum dia balik ke rumah kalau dia bergaduh dengan kawan sekolahnya. Atau dia dimarahi cikgu kerana dituduh membuli. Tempat itu dia menangis sepuas-puas hati. Dan barulah dia pulang ke rumah tanpa sebarang esakan. Dia tak mahu dia dimarahi Dato' Azham kalau dia menyakiti Safa dengan tangisannya.

Tapi sekarang air matanya tak mahu keluar lagi. Hatinya cuma sakit, bukan ditahap terlalu sakit sampai dia perlu menangis seperti anak kecil. Dia dah cukup besar dari menangisi perkara kecil seperti itu.

Safiya pandang kakinya. Dulu kaki dia pendek dengan mudah dia boleh berhayun di buaian itu. Tapi sekarang kaki dia dah panjang.

Bunyi deruman enjin kereta buat Safiya pantas mengangkat wajah. Jangan orang datang, fikir dia kurang siuman.

"Safiya?!" Haris kelihatan tergamam memandang Safiya di taman permainan itu.

"Abang?" Safiya tak berkutik memandang Haris melangkah tanpa berkelip ke arahnya. Lelaki itu seperti pegun ada kata yang tak mampu terungkap dari mulut.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now