55

61.1K 3.8K 292
                                    

"Air,," Safa duduk melutut dihadapan adiknya sambil dia hulur segelas air kosong. Tak berkelip mata menilik sepasang mata bundar adiknya. Helaan berat terhembus sebelum dia tolak rambut Safiya lalu diselik kebelakang telinga.

Lihat Safiya yang sekarang seperti melihat adiknya yang kecil dulu. Selalu menangis mahu bermain dengan Safa walau sering dimarahi Papa. Sejak Safa mendapat rawatan mental, mereka sering berpisah. Safiya jarang bertemu dengan kakaknya sendiri buat si kecil Safiya kerap meragam.

"Minumlah," Thaqif pula ke ruang tamu membawa sedulang air buat Naufal dan tiga orang rakannya. Wajah masing-masing pucat tak berdarah.

Apa taknya Safiya dibawa datang kerumah itu dalam keadaan parah teresak-esak menangis. Sempat juga Thaqif naik angin fikirkan Naufal lakukan perkara buruk pada adik iparnya itu. Tapi nasib baik Naufal cepat-cepat buat penjelasan.

"Saqif tidur ke?" Naufal membisik.

"Ya, baru je." Thaqif hempas punggung di atas sofa memandang Safa mengusap-usap belakang adiknya. Safiya masih tertunduk dengan esakan kecil. Mungkin mencari nafas meredakan tangisan.

"Maaf ganggu, kami tak tahu nak bawa Safiya ke mana. Dia menangis teruk tadi." Naufal berhati-hati bercakap cuba menjernih wajah keruh abangnya. Pasti Thaqif masih was-was dengan adik sendiri.

"Safiya main futsal?" Thaqif menyoal tiba-tiba.

"Ya bang, kami tak tahu dia ada kat court. Kebetulan jumpa dia main sendirian. Jadi kami ajak dia main sekali.." Faizul pula membalas.

"Ajak Safiya main Futsal? Semua lelaki dan dia seorang perempuan?!" Tegang suara Thaqif menyoal buat Faizul teguk air liur dan lambat-lambat mengangguk.

"Abang! Kita orang main macam biasa. Tak ada seorang pun kawan aku buat pelik-pelik kat Safiya. Aku berani kerat jari. Safiya pun tak kisah dia siap gelak-gelak sekali." Naufal masih tegas memertahankan diri.

"Ya abang, Safiya menangis tiba-tiba. Dia ulang kali cakap yang dia sakit. Dia sebut nama Nasha.." dalam ramai-ramai mujurlah ada Haris yang peka dengan apa yang keluar dari mulut Safiya.

"Korang pasti ke dalam ramai-ramai tu tak ada seorang pun yang buat benda bukan-bukan pada Safiya?" Thaqif pandang Naufal yang sedang menjenggil mata tidak puas hati.

"Thaqif..." Safa menegur suaminya.

"Kita dengar dari mulut Safiya sendiri. Janganlah tuduh adik ipar saya macam tu."

Terangguk-angguk kepala Naufal. See? Kakak ipar dia ada otak lebih dari abang kandung dia sendiri.

"Safiya.." Safa bangun melabuh punggung di sebelah Safiya. Kepala adiknya dibawa ke dada.

"Sakit mana? Kalau Safiya senyap tak buka mulut macam ni. Macam mana akak nak tahu Safiya sakit apa?" lembut suara Safa cuba memujuk.

Mulut Safiya terbuka mencari nafas sebelum dia geleng kepala. Dan buat kesekian kali air matanya mengalir.

"Safiya dah janji..."

"Ada orang ugut Safiya ke? Ada orang buat benda bukan-bukan kat Safiya? Cakap kat abang. Jangan takut Safiya." Thaqif mencelah buat Safiya geleng kepala lantas menekup wajah di dada kakaknya. Tangan kemas menggenggam baju Safa.

"Safiya janji dengan siapa? Selagi Safiya tak buka mulut semua orang risau Safiya." Safa hela nafas berat berkerut wajah memandang adiknya.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now