10

67.2K 3.9K 334
                                    

Safa tayang wajah bosan sebaik tirai bilik persalinan dibuka dan wajah Thaqif masih tidak menunjuk sebarang teruja melihat persalinan dipakaianya.

Sebelah tangan baik bercekak gaya model dia berjalan ke arah Thaqif.

"Next, kalau boleh jangan cari dress yang dedah dada dia." Tenang Thaqif meminta pada pekerja butik terkenal itu.

"Baik, Encik."

"Excuse me? Ini dah kali ke 4 kut, aku dah penat main tukar-tukar." Safa ketap gigi menahan sabar. Tapi sebaik melihat susuk wanita tadi bersama anak perempuannya. Tak jadi Safa ingin memaki Thaqif. Rambut dilibas kebelakang. Tangan dikibas-kibas ke muka menahan panas kebengangan.

"Macam mana dress? Okay?" Lembut Hana menyoal sambil dia dukung meletak anak perempuannya di atas sofa bersebelahan Thaqif.

"Masih mencari yang sesuai dengan dia." Tenang Thaqif membalas.

"Nak saya tolong? Saya tak pandai berfashion tapi sikit-sikit tu boleh lah." Pelawa Hana dengan rendah diri. Alang-alang Thaqif itu kenalan suaminya, tak salah dia beramah.

Safa diam memandang Thaqif. Seperti meminta lelaki itu sahaja menjawab bagi pihaknya.

"I tak susahkan you? Adik ipar founder butik sendiri yang nak hulur tangan. I rasa terharu." Penuh kemanisan Thaqif membalas. Pandai betul lelaki itu beramah dengan orang.

"Setakat pilihkan dress, tak ada masalah. Tapi you tolong tengokkan anak I, dia tak buas." Hana tunjuk anak perempuan boleh dianggarkan berumur 1 tahun lebih.

"Boleh." Thaqif senyum sambil dia hulur sebelah tangan ke arah anak kecil itu. Laju sahaja si kecil bangun dan duduk di atas riba Thaqif.

"Jom, Safa."

"By the way, I prefer dress yang simple, tak terlalu dedahkan bentuk tubuh dia. I mean, bila orang tengok dia sekilas pandang, they stuck."

"Kau cakap apa ni.." Safa kecil mata kerana kelelahan dengan permintaan karut lelaki itu.

"I faham." Hana senyum lebar, dia sudah bayangkan jenis dress yang mungkin kena dengan bentuk badan Hana. Mungkin apa yang ada dikepalanya memenuhi kriteria yang Thaqif mahu.

Dalam 10 minit berlalu, tirai bilik persalinan kembali dibuka dan Thaqif kaku melihat Safa yang keluar.

"Macam ni Encik Thaqif?" Hana menyoal.

"Yes!" Tak berkelip Thaqif pandang Safa dari atas kebawah, dress dipakai Safa tidak terlalu mendedahkan bentuk tubuh gadis itu tapi dress itu cukup buat matanya terkunci tak berkutik.

Dengan kilauan lace berbunga halus dari atas hingga ke bawah dada dan menggunakan material kain berkualiti membuatkan silhouettes dress paras betis itu kelihatan begitu elegant di tubuh Safa.

"Serius dah kena dengan taste kau?" Soal Safa teruja membuat lamunan Thaqif terhenti.

"Ya." Thaqif usap kepala Safa.

"Haaa aku lega." Safa hempas tubuh di atas Safa. Naik lenguh dia menukar pakai dress mengikut selera Thaqif berkali-kali.

"Mujurlah you suka." Hana hulur senyum ramah pada Safa, dibalas kekok oleh Safa.

"Okay, kau pergi tukar baju kau balik. Kita beli yang ni." Thaqif memberi arahan.

"Okay." Safa tak banyak membantah selain bangun menuju ke bilik persalinan.

"Thanks Hana."

"Daddy!!" Tak jadi Hana membalas mendengar anak kecilnya Luna menjerit memanggil seseorang. Hana laju menoleh sebelum bibirnya mengukir senyum manis.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now