62

63K 3.6K 456
                                    

Safiya diam memerhati orang-orang dihadapannya mengeluh serba tidak kena.

"Aku ingat Encik Thaqif dah cerewet, tapi Encik Naufal tu berganda cerewet dari abang dia. Tiba-tiba rindu dekat Encik Thaqif.."

"Itulah tu, aku dah migrain nak ikut cara kerja dia. Encik Naufal tu macam tak ada life. Kenapa dia push kita, padahal due projek tu lagi dua bulan tau!"

"Setuju! Dia kenalah consider juga kita yang ada family ni. Tak boleh ikut cara dia je.."

"Aku rasa Encik Naufal tu dia nak buktikan yang dia boleh buat setaraf abang dia. Yelahlan masa Tan Sri umum dia next CEO masa tu di muda lagi. Aku tak rasa dia sedia untuk pegang tanggungjawab tu."

"Nak buat macam mana, Encik Thaqif dah tarik diri dari position tu. Tiada orang lain yang layak selain dia.."

Assalamualaikum kakak abang, tak ada orang sedar ke dia wujud kat situ? Tak ada seorang sedar ke yang dia Safiya? Adik ipar kepada Encik Thaqif yang dia orang sebut-sebutkan itu?

"Safiya, awak jangan risau. Biasa yang turun naik ke office Encik Naufal tu cuma leader kita. Jadi awak jangan takut ya.." bahu Safiya ditepuk-tepuk.

No! Dia nak jumpa Naufal! Dia nak tengok dengan mata dia sendiri sejauh mana perubahan lelaki itu!

"I see.." Safiya senyum kelat.

"Ya, awak cuma buat kerja macam biasa. Buat silap tu normal tu biasa tapi jangan terlalu obvious, nanti Encik Naufal akan panggil orang yang buat silap tu ke office dia untuk dengar bebelan percuma dari dia."

"Encik Naufal segarang tu ke?" Sumpah dia tak pernah terfikir Naufal akan jadi setegas itu.

"Ya. Tapi semua pesanan Encik Naufal tu masuk akal. Sebab tu kami boleh tahan lagi kerja dengan dia. Memang cara kerja keluarga Encik Naufal macam tu. Bab gaji, bonus dan kebajikan pekerja, dia orang tak berkira." Dalam mengutuk ada juga pujian. Normallah, kalau duduk diatas segala yang ada dibawah menjadi tanggungjawabnya.

Naufal mungkin sedang terbeban dengan tanggungjawabnya sekarang.

Senang hati betul Abang Thaqif lepas semua tu pada adik dia.

Bunyi telefon bimbit buat Safiya sedikit tersentak. Nama tertera di skrin telefon buat dia bawa skrin ke dada.

Mana taknya, lepas semua orang luah semua rasa tak puas hati, tak kan dia nak tunjuk siapa yang call dia sekarang. Confirm kena cop spy! Sebagai langkah berjaga-jaga baik kau buat tak tahu Safiya.

"Kejap ya, saya nak jawab call." Safiya angkat punggung lantas berlalu dari situ.

"Ya abang? Kenapa?" Jarang Thaqif yang telefon dia.

"Mak Cu!"

"Saqif!" Mata Safiya membulat, dua tiga kali dia pandang skrin telefon.

"Ya, Mak Cu kat mana? Jom makan dengan Caqif." Selamba badak anak buah dia ajak makan. Macam diri tu dah besar sangat.

"Saqif kat mana? Mak Su kerja sayang, nanti pukul 1 baru boleh lunch." Safiya berbisik tidak mahu didengar orang-orang yang lalu lalang.

"Saqif on the way ke office Pak Cu. Semalam papa cakap Mak Cu kerja dengan Pak Cu. Jadi Saqif datang nak makan dengan Mak Cu."

"Saqif datang dengan papa ke?"

"Tak lah, Caqif datang dengan Tok Aki." Tok Aki maksudnya papa Naufal?

"Dah tu telefon papa awak ni.."

"Caqif pinjam." Pinjam? Papa dia mesti pergi kerja waktu-waktu sekarang. Jangan cakap budak terlebih akal ni..

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now