EXTRA #2 NS

59.5K 3.4K 534
                                    

"Seriuslah kau mimpi macam tu?" Haris pandang Naufal tak percaya. Tak pernah sepanjang mereka berkawan Naufal cerita tentang mimpinya, alih-alih mimpi Safiya juga yang dia nak cerita.

"Aku serius. Aku rasa aku ni dah tak betul. Kau rasa aku ni pervert ke?" Naufal tak berkelip merenung wajah Haris minta pandangan.

"Kalau kau tengok dia kau ada tertembus ke alam lain tak?" Haris peluk tubuh, tajam membalas tatapan sahabatnya.

"Alam apa tu?" Soal Naufal kembali.

"Alam dosa."

"Tak. Aku tak pernah. Sumpah aku tak berani nak tembus-tembus anak dara orang. Aku bukan tahap pervert sampai macam tu. Tengok video seksi-seksi kat Tik Tok pun dah buat aku rasa bersalah." Sungguh-sungguh Naufal mempertahankan diri. Betul, nakal-nakal dia dari dulu pun dia tak pernah ada hati nak rosakkan anak dara orang. Hidup dia penuh dengan rasa hormat pada kaum perempuan.

Itu yang diajar Datin Syamimi, ibunya.

"Hm.." Haris capai cawan Espresso lalu disua ke mulut. Mata masih tak beralih memandang Naufal yang menunggu jawapannya.

"Kalau ikutkan kategori. Kau ni bawah kategori wajib kahwin." Naufal jenggil mata. Lama dia menunggu, itu sahaja yang boleh keluar dari mulut si Haris ni?

"Dari aku tanya kau baik aku tanya si Faizul tak pun Hazim tu."

"Kau tanya orang dah kahwin, sah-sah dia orang cop kau ni pervert! Kau tu lagi berapa bulan je nak masuk 30. Kau ni tahap angau tau. Kahwin je lah dengan Safiya tu." Tak bersalah Haris mengutuk buat Naufal raup wajah tak dapat menerima itulah jawapan paling bernas boleh diberi oleh Haris kawan paling cerdas yang pernah dia ada.

"Kau ingat kahwin tu macam main guli ke?"

"Dah tu kau ingat kahwin tu datang bergolek tanpa usaha? Sedar-sedar esok honeymoon. Macam tu?" Haris pula membalas tanpa sempat Naufal menyemburnya.

"Kau takut lagi apa abang kau cakap haritu? Kalau macam tu sampai bila-bila lah kau ni bujang tua pervert yang takut nak kahwin."

"Tak baik kau cakap kat aku macam tu. Kau pun bujang tua! Walau aku tahu kau sekarang tengah mengurat janda anak satu."

"Dia bukan janda lah. Macam mana kau tahu aku mengurat dia?" Haris kecilkan mata.

"Lahh aku ingat janda. Aku kan serba tahu." Bangga Naufal membalas.

"Serba tahu tapi tak tahu diri tu dah angau." Bidas Haris kembali.

Belum sempat Naufal membalas bunyi gelak tawa orang memasuki cafe buat perhatian mereka berdua teralih.

"Panjang umur tuan badan watak utama dalam mimpi kau." Haris juih bibir ke arah Safiya yang ralit berborak dengan rakan pejabat tak sedar dia dan Naufal disitu.

"Tak payah panggil." Naufal menghalang Haris yang sudah berura-ura mahu memanggil gadis itu.

"Kenapa pula?" Haris kerut dahi

"Safiya tak suka orang-orang office tahu yang dia rapat dengan aku." Dari gaya perempuan itu mengelak dari bertembung dengannya dia dah tahu puncanya.

"Oh." Haris cuma memandang Safiya ralit berborak dengan rakannya. Memang perangai perempuan itu, kalau dah ralit menyembang, tak tengok kiri kanan.

"Dah lah, jom." Naufal terlebih dahulu bangun diikuti Haris dibelakang.

"Encik Naufal dengan kawan dia lah!" Lengan Safiya ditepuk-tepuk seseorang buat dia angkat kepala, serentak itu juga mata dia dan Naufal bertembung sebelum lelaki itu terlebih dahulu mengalih anak mata.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now