31

54.1K 3.4K 483
                                    

"Wah, It's a boy!" Teruja doktor Eliana menunjuk skrin Ultrasound.

"Boy?" Mata Thaqif sedikit membesar teruja memandang Safa. Ada senyuman lebar terukir dibibir keduanya.

"Ya," Mata Doktor perempuan itu jatuh memandang tangan Thaqif dan Safa bersatu. Bibirnya turut mengoyak senyum. Respon yang biasa dia lihat daripada pasangan yang baru pertama kali mahu menimang anak.

"Baby saya dalam keadaan okay doktor?" Lemah suara Safa menyoal. Sejak dua menjak ini dia dapat rasa tubuhnya lebih lemah daripada trimester pertama.

"Dari alahan Puan Safa yang agak teruk, saya cuma boleh cakap, jaga rehat dan makan Puan Safa. Ini kandungan pertama, dan tubuh Puan Safa masih lagi membiasakan diri dengan perkara baru. Banyakkan berehat."

"Encik Thaqif pun kena selalu pantau makan minum isteri. Larang dia buat kerja berat atau terdedah dengan tekanan. Bahaya untuk kandungan." Serius Doktor itu berbicara, wajah Thaqif yang mendengar turut berkerut-kerut kegusaran.

"Baik doktor." Pandangan Thaqif jatuh memandang Safa yang terbaring dengan senyum tipis. Tangan naik mengusap kepala isterinya. Dia sudah berjanji untuk menjaga Safa sepenuh hatinya. Tak mungkin dia biarkan wanita itu sakit kerananya.

________

"Boleh ke kau ambik cuti kerja sampailah kau beranak?"

Safa sedikit tersentak seraya mengangkat wajah memandang Thaqif yang masih berapron membawa pinggan nasi goreng ke arahnya

"Kenapa? Macam mana aku nak tinggal semua kerja-kerja aku?" soal Safa tidak puas hati. Fikir kerja-kerja kat pejabat dah cukup buat dia tertekan, inikan nak tinggal semua tanpa disentuh berbulan-bulan.

"Tak.." Thaqif hela nafas berat lantas mengambil tempat disebelah isterinya. Pinggan nasi goreng ditolak kehadapan Safa.

"Aku cuma tak nak kau stress, lagipun sejak dua menjak ni alahan kau teruk Safa. Aku serba salah." Lembut kata-kata Thaqif. Tangan lelaki itu turut bergerak mengusap tangan isterinya. Perlahan-lahan wajah tegang Safa tadi mengendur.

"Tapi ni dah perjanjian kita Thaqif." Usapan Thaqif terhenti. Tubuh mengeras dengan jawapan spontan isterinya.

"Kau tak perlu rasa serba salah, aku tetap akan lahirkan anak ni apapun keadaannya. Jadi jangan risau ya?" Safa senyum sambil tangannya naik mengusap pipi Thaqif.

"Itu je ke yang kau fikir sepanjang kau mengandungkan anak kita?" suara Thaqif kedengaran mendatar. Sekali lagi dahi Safa berkerut. Apa maksud lelaki tu?

"Kenapa?" soalnya pelik.

"Tak ada apa. Makanlah aku nak kedapur kejap." Thaqif bangun sambil melerai ikatan apron di belakang tubuhnya. Safa pula terkebil-kebil mendongak, mata tak lepas memandang lelaki itu melangkah dan hilang di balik dinding dapur.

Dia salah cakap ke? Atau lelaki itu yang terlebih sensitif sekarang?

Usai menanggal apron dari bergantung dileher, dia merengus sebelum bertongkat tangan di kabinet dapur. Mulut sedikit terbuka menarik nafas panjang.

Dalam banyak-banyak perkara mereka lalui kenapa semua itu juga yang selalu diungkit Safa? Jujur diri rasa sedikit terhentam.

Tapi...

Thaqif dongak kepala di atas. Mata sedikit hangat mengenang dirinya dahulu.

"Aku juga yang salah." ujarnya sendiri.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now