41

57.3K 3.5K 416
                                    

"Shh~ Saqif.. papa kat sini sayang." Thaqif tolak rambut kebelakang sebelum dia menggenyeh mata. Mata pula hanya mampu terbuka separuh dengan diri yang sepenuhnya dikuasai kantuk. Sebelah lagi tangannya mengendong Saqif dengan kepala terletak dj lipatan siku hingga kakinya di telapak tangan Thaqif.

Kali ini sudah kali kelima Saqif berjaga dan menangis minta didukung, berminggu-minggu malam Thaqif diisi suara tangisan anak itu. Tipulah kalau dia tidak penat, tidak lelah menghadap situasi itu. Tapi dari fikirkan Safa yang terpaksa mengharunginya, lebih baik dia. Keputusan dia merahsiakan Saqif dari pengetahuan Safa tidak salah. Biarlah untuk waktu ini Safa pulihkan lukanya dahulu.

Kehadiran Saqif mungkin lebih menyakitkan wanita itu.

"Saqif,, kenapa ni? Saqif berak ke?" Tak selesa?" Thaqif letak tubuh kecil Saqif di atas katil dialas kain bersih sudah dihampar. Lampu bilik sudah dinyalakan biar dia dapat melihat dengan jelas punca kenapa anaknya menangis.

Lampin dipakai Saqif dibelek-belek, masih kering.

Uwerrkkk uwerrkk~

Thaqif garu kening.

"Saqif lapar ya? Kejap papa ambil susu." Thaqif bergerak mencapai botol susu Saqif dari pemanas susu. Mujurlah stock susu Safa masih banyak, sekurang-kurangnya Saqif dapat susu berkhasiat dari ibu sendiri. Safiya ada juga ceritakan, rezeki Kak Safa murah, sebab susu Safa banyak sampai wanita tu tak selesa berpakaian. Thaqif yang mendengar hanya mampu melepas tawa dengan mulut lepas adik iparnya itu.

"Bismillah.." Saqif kembali digendong dan dengan berhati-hati dia memasukkan puting susu ke dalam mulut anaknya. Nampaknya andaian dia betul. Saqif lapar.

Sudah hampir dua bulan sejak Saqif dilahirkan, berat anaknya juga sudah naik ke 2.5 kg sunggun cepat anak itu membesar. Selera Saqif menyusu juga boleh tahan, macam tahu-tahu mama dia ada susu banyak.

Kalaulah dia dapat lihat Saqif menyusu dengan dari Safa sendiri...

Thaqif sedikit tersentak dengan fikirannya. Air liur diteguk sebelum dia geleng sedikit kepala menghalau apa yang bermain dalam fikirannya sekarang.

"Tak lama lagi, Saqif dapat menyusu dengan mama. Please bear with papa for the time being. Okay sayang?" Thaqif cuit pipi lembut Saqif yang bergerak-gerak menghisap susu.

Bunyi pintu dikuak buat Thaqif angkat kepala dan spontan..

"Shh~ anak aku dah nak tidur." Thaqif membisik memandang Ihsan dengan boxer sahaja masuk ke dalam biliknya. Rupa macam tak terurus tapi wajah masih segar.

Jam sudah menunjuk ke angka 2 pagi, lelaki ni tak tidur lagi ke?

"Kau tak tidur lagi ke?" Thaqif menyoal pelik.

Ihsan sengih dan selamba menggeleng kepalanya.

"Gila! Kau buat apa?" Seperti ayah-ayah Thaqif menyoal Ihsan tidak percaya. Nak kata buat kerja tadi dia keluar minum air lampu bilik Ihsan dah terpadam.

"OTP. Reen bertugas malam ni, sambil dia buat kerja. Sambil aku kacau dia." tak bersalah Ihsan membalas buat Thaqif geleng kepala.

"Ikutkan doktor dah langgar etika kerja kalau OTP dengan BF masa kerja, tapi nak buat macam mana, yang OTP dengan doktor tu bos dia sendiri." pedas perlian Thaqif buat Ihsan juih bibir. Dia tahulah, dia OTP pun masa Reen dah rehat.

"Aku dengar Saqif menangis. Nak aku jagakan ke? Esok kau nak jalan jauh, takut kau penat pula." Mata Ihsan menjeling bagasi sudah kemas tersusun. Yang banyaknya barang Saqif, bukan bapaknya.

Tempat SempurnaDonde viven las historias. Descúbrelo ahora