23

65.8K 4K 706
                                    

Nafas kelegaan terhembus keluar apabila dia dapat menunaikan solat maghrib secara berjemaah dikelilingi orang-orang yang suci wajahnya, senyuman dilempar mereka tidak sedikitpun memandang jengkel pada dia yang sudah meninggal kewajipan sebagai muslim sejak bertahun lama. Malah tadi Safa teragak-agak untuk naik ke saf hadapan tapi ada seorang wanita seusia mamanya menarik dia kehadapan.

Usai solat Maghrib barulah susuk Kak Indah kelihatan bersama anaknya Hanna, segala gugup masih tersisa terus sahaja hilang melihat senyuman wanita itu. Laju Safa bergerak mendekati Indah. Dia tidak pandai beramah mesra tambah lagi orang disekelilingnya diam dalam dunia masing-masing buat dia rasa janggal. Memang orang dalam masjid tak berborak ke?

"Tak sangka Safa datang." Indah tarik tangan Safa duduk bersila disebelahnya. Manis sungguh wajah wanita itu bertelekung solat buat wajah cerah semulajadi Safa menyerlah-nyerlah.

"Nak juga rasa datang masjid." Safa membalas dengan senyum kecil.

"Tak apa, pelan-pelan ya. Jangan paksa diri. Kalau rasa tak sibuk, boleh datang." Untung Syaqil ada isteri lembut bicara seperti Indah ini.

"Hanna pun datang. Comelnya dia pakai telekung." Safa cuit hidung Hanna, anak kecil Indah yang diam duduk disebelah mamanya. Senyuman anak itu terukir, mungkin suka dirinya dipuji Safa.

"Aunty Safa puji macam tu kena cakap apa?" Indah usap kepala anaknya.

"Terima kasih Aunty.." Dada Safa bahu bergelegak pecah mendengar respon comel si kecil itu. Mungkin dia tak pernah dikelilingi budak kecil buat dia rasa teruja.

"Sama-sama Hanna."

"PERNAH TAK rasa perasaan hilang, rasa tak lengkap. Rasa jauh. Kalau saya sendiri pernah!" Kuat dan jelas suara penceramah jemputan bergema di dalam masjid. Masing-masing kelihatan diam dan kusyuk mendengar.

"Saya sendiri pernah tinggal solat Tuan Puan. Terukkan penceramah mana datang jemput ni? pernah tinggal solat. Hahaha tapi ya, saya mengaku saya pernah buat dosa dulu. Saya pernah ke kelab malam. Kalau nak ditulis dosa saya tak cukup nii satu kertas." Tawa si penceramah kedengaran lagi.

"Sampai satu hari saya hilang nikmat seronok, saya bosan. Apa yang mata saya tengok semuanya kosong. Tak ada rasa Tuan Puan. Saya pergi kelab malam pukul 11 malam. balik 11.15 malam!" Tawa isi jemaah pula kedengaran. Mana adanya orang duduk kelab malam 15 minit.

"Sampai saya jumpa seorang kawan saya ni, saya tanya dia. Nak buat macam mana ni. Hidup rasa kosong sangat? Tak sempurna?"

"Lepastu kawan saya tanya saya balik. Kau solat tak? Saya ingat dia nak perli saya. Tapi tengok dari muka dia. Serius! Saya pun takut. Hahahaha. Saya pun jawablah, dah lama tinggal solat. Masa tu saya siap sedia kalau dia nak maki saya pun maki lah. muslim apa tinggal solat lama-lama."

"Tapi dia cakap kat saya. Rasa kosong kau tu mungkin hidayah ALLAH untuk kau kembali padaNYA. ALLAH nak kita dekat dengan dia. Try solat, belajar balik untuk solat dengan sempurna." Safa menunduk memandang jemari sendiri. Entah kenapa ceramah disampaikan malam itu mungkin kena dengan dirinya yang sudah lama meninggalkan kewajipan itu. Hari ini, solat pertama dia setelah sekian lama, solat maghrib berjemaah.

"Manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud! Bila tu sujud? Ketika kita solat Tuan Puan. Daripada Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud 'Sempurnakan sujudmu! Jangan membentangkan siku seperti anjing.' Membentangkan siku seperti anjing maksudnya tidur Tuan Puan."

"Jadi saya yang dulu pernah bergelumang dengan dosa nak kongsi sedikit tips, saya berlatih untuk solat dengan sempurnakan solat subuh. Cuba latih diri untuk solat subuh jangan tinggal! InsyaAllah kalau solat subuh kita lengkap, solat lain pun akan lengkap."

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now