16

59.6K 3.6K 619
                                    

"Saya ada dengar banyak aduan yang kamu terlibat dengan aktiviti Sugar Daddy Safiya?" soalan guru disiplin merangkap guru paling garang disekolah buat Safiya sedikit mengerut dahi.

Mata laju menoleh memandang ke arah Tina dan rakan pengawas yang lain duduk mendiamkan diri di sudut bilik disiplin itu. Lihat dari muka tak bersalah mereka, dah tahu siapa puncanya.

"Saya tak buat semua tu." Safiya jaga tona suara. Cikgu Shahril itu memang pantang pelajar meninggi suara walaupun mempertahankan diri.

Bang!! Meja dihentak kuat buat bahu Safiya sedikit terhinjut.

"Dah banyak aduan yang saya dengar awak nak nafikan lagi Safiya?! Saya akan cakap perkara ni dengan mama dan papa awak!"

"Jangan!" Mata Safiya sedikit membulat menghalang buat Tina disudut bilik menyungging senyum sinis. Jangkaannya tak pernah salah. Itu kelebihan dia sebagai penolong pengawas.

"Jadi betullah?" Suara Cik Ibrahim mendatar.

"Tak semestinya saya mengaku saya buat semua tu. Tapi Papa dan Mama saya orang sibuk. Saya tak nak libatkan masalah saya disekolah dengan mereka." Cukuplah perkara yang jadi pada Kak Safa dulu membuat dua orang tuanya susah hati. Dia yakin jika ada sesuatu yang berlaku padanya di sekolah. Mama dan Papa akan lakukan perkara yang sama dengan membuat dia belajar sendiri dirumah tanpa kawan.

"Itu bukan alasan! Mama dan papa awak berhak tahu aktiviti tak sihat anak mereka! Awak berani nak halang saya?!" Tengking guru disiplin itu buat Safiya teguk air liur memikirkan cara yang lebih baik dari melibatkan Mama dan Papanya.

Minta Kak Safa untuk tolong dia? Lagilah rumit, nanti Safa akan tanya kenapa dan kenapa? Tak mungkin dia mahu ceritakan yang hari itu dia menemui Thaqif dan ceritakan rahsia silam wanita itu.

"Kalau saya ceritakan semuanya mungkin cikgu dan yang lain tak percaya. Tapi esok saya janji saya akan minta lelaki yang dituduh sugar daddy tu datang sini." ujar Safiya mendatar buat semua disitu tergamam.

"Berani kamu!!"

"Saya berani sebab saya tak salah. Lagipun saya yakin pengadu tu kenal dan ingat muka lelaki yang dia tuduh sugar daddy saya." Safiya jeling Tina yang turun naik nafasnya memandang kearahnya.

"Okay baik, bawa lelaki tu kesini, dan saya tak akan teragak-agak untuk libatkan pihak polis jika lelaki itu terbukti jadi sugar daddy awak!" Cikgu Ibrahim mencabar.

"Baik." Safiya senyum tipis sebelum dia tunduk sedikit kepalanya. Sekali lagi pandangan maut dihadiahkan pada Tina dan rakannya.

•••

"Maaf Safa, Thaqif.. Aku tahu kau orang berdua nak kan anak. Tapi, sebagai orang dah lama aktif dalam dunia hospital dan rawatan ni. Aku cuma boleh cakap benda ni berisiko untuk kau orang berdua." Ehsan hela nafas berat, agak terkejut juga apabila pasangan yang baru kahwin seminggu itu datang meminta nasihatnya untuk proses IVF.

"Maksud kau, dia agak berisiko untuk kesihatan Safa ke?" Dahi Thaqif sedikit berkerut gusar.

"Mengandung dan melahirkan dari mana cara pun berisiko Thaqif. Cuma yang lebih berisiko IVF ni melibatkan maruah kau orang berdua." Ehsan garu kening memandang wajah Safa sedikit kendur.

"Aku boleh nak link kan kau ke mana-mana hospital IVF tapi.. aku tak boleh jamin berita korang gunakan cara IVF untuk mengandung tu selamat ditutup. Kau tengok lah ramai artis cuba sembunyikan IVF dia orang tapi end up terbongkar juga." Apa yang dikatakan Ehsan masuk akal juga.

"Jadi kau nak cakap, IVF ni boleh burukkan pengaruh kami?" soal Safa pula.

"Ya, memandangkan kau orang baru seminggu kahwin. Kau orang dua-dua dari dunia business. Kau tak fikir apa kata orang bila orang tahu kau orang dua gunakan cara IVF untuk mengandung?"

Tempat Sempurnaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें