EXTRA #3 NS

107K 4.4K 846
                                    

Safiya jenguk kepala ke dalam pejabatnya, tepat tekaannya, mesyuarat bawang perdana sedang berlangsung tanpanya. Dan sudah pasti topik utama mereka pagi itu ialah.

SAFIYA DILAMAR ENCIK NAUFAL!

Apa dia nak jawab sekarang? Patutkah dia jujur yang dia sebenarnya adik ipar Thaqif dan biras kepada Naufal, lelaki-lelaki yang mereka umpatkan tiap hari?

"Ah redah je lah." Habis segala doa dibaca sebelum dia melangkah masuk. Serentak itu juga ruang bunyi desas desus tadi sunyi sepi dan rata-rata mereka disitu kembali pada meja kerja masing-masing.

"G..good morning." Safiya maniskan muka.

"Morning." Jiran meja Safiya menjawab. Dia tidak pasti bagaimana riak mereka. Ada yang tidak tenang dan mungkin ada yang sudah ragu-ragu dengan kehadirannya disitu.

"Em.. Sebenarnya.." Safiya berdiri di tengah-tengah ruang pejabat. Tiba masa dia jujur semuanya. Biarlah segala memori manis dia dipejabat itu tinggal pahit sekalipun. Sampai ke tahap ini, semua orang pasti akan tahu siapa dia.

Doa mahu semua kebenaran datang dari mulutnya sendiri dari mereka kecewa tahu dari mulut orang lain.

"Saya dengan Encik Naufal dah lama rapat.." pengakuan Safiya buat orang di ruang itu tergamam. Ada yang menekup mulut, ada yang menggeleng tidak percaya. Setelah segala yang mereka lalui.

Safiya sudah hafal segala gelaran dan umpatan yang mereka luah tiap hari. Baru sekarang perempuan tu nak mengaku! Siapa sahaja yang tak kecewa?

"Saya Safiya Aqilah binti Dato' Azham. Mungkin ramai yang tak perasan. Tapi saya adik ipar Encik Thaqif sendiri.."

Masing-masing jatuh rahang.

"Seriuslah?! Dia anak Dato' Azham?"

"Soraya!" Seorang manager yang mengurus kemasukkan Safiya dicuit. Semua salah wanita itu yang tak teliti menyiasat asal-usul Safiya. Sudahnya satu bahagian sekarang tertipu dek kehadiran perempuan itu.

"Saya dihantar kesini untuk training sebelum saya kembali ke syarikat keluarga saya. Jujur niat saya disini untuk belajar dunia pekerjaan. Macam mana kita sama-sama selesaikan masalah, macam mana kehidupan harian kita kat pejabat.."

"Banyak benda yang saya belajar kat sini." Jujur dia rasa persekitaran kerja yang sebenar-benarnya disitu.

"Saya lebih selesa orang tak kenal saya siapa dari orang tahu. Saya nak orang layan saya macam pekerja biasa." Safiya bermain jemari sendiri. Gugup apabila jadi pusat perhatian orang disitu.

"Terima kasih sebab sudi terima saya kat department ni. Kalau tak selesa, saya akan minta Encik Thaqif.."

"Tak perlu." Tak jadi Safiya habiskan ayat apabila salah seorang dari mereka menyampuk.

Dari riak rata-rata orang disitu. Ada orang yang tak setuju dan ada orang yang kasihan dengan nasib Safiya.

"Belajarlah kat sini sampai kamu habis. Asalkan kamu simpan rahsia kita dalam pejabat ni.."

Mata Safiya membulat teruja.

"Saya tak pernah bongkar apa yang kita umpat pasal Encik Naufal or Encik Thaqif. Saya dah kenal Encik Naufal lama! Saya malah setuju apa yang korang umpat."

"Encik Naufal tu memang suka memaksa!"

"Lifeless!"Ada derap langkah memasuki ruang pejabat buat semua disitu membulat mata terkejut.

"Saya betul-betul penat dengan dia. Dia nak semua orang ikut cara dia! Ingat otak kita macam dia?!" Soraya bulat mata kearah Safiya sambil mulutnya terkumat kamit meminta Safiya berhenti membebel.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now