45

61.8K 4K 401
                                    

'My luckiest baby

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'My luckiest baby.'

Safa berhenti menggesek telefon sebaik matanya menangkap gambar terbaru dibuat naik akaun Encik TS di laman instagram lelaki itu. Memang dia menyampah dengan perangai miang lelaki itu tetapi dia tetap wanita biasa yang akan cair denfan kecomelan bayi.

Spontan bibir melorek senyum melihat gambar seorang bayi terbaring mengiring dengan tubuh kecil. Wajahnya tidak begitu jelas tapi cukup buat dia geram dengan kecomelan bentuk tubuh kecil itu. Andai Saqif masih ada...

Ingat sahaja tentang Saqif dahi Safa berkerut. Dia baru teringatkan sesuatu. Rasanya sudah banyak kelengkapan bayi dibeli mereka dahulu tapi masa dia balik ke rumah tempoh hari. Tak ada pula dia nampak barang-barang tu?

Thaqif buangkah?

Tapi semua peralatan tu mahal, kalau jual balik pun dapat untung!

"Safa?" Tak jadi Safa berfikir panjang, panggilan seseorang buat dia sedikit tersentak. Laju sahaja kepala menoleh sebelum bibir melorek senyum ramah.

"Sorry buat kau tunggu lama, sorry sangat-sangat. Aku ada urusan boleh nak elak tadi." Ihsan kelihatan terburu-buru masuk ke dalam pejabatnya sambil menanggal kot hitam pada tubuh. Dari rupa bentuk badan, boleh dikatakan Ihsan dan Thaqif sama-sama tak ada beza. Kalau dua Abdullah ni jalan sekali mesti kena cop dua dua single! Fikir macam tu pun dah buat Safa bengang.

"Nevermind, aku juga yang salah sebab ganggu kau." Safa senyum tipis memandang lelaki itu mencapai botol air lalu diteguk rakus. Dahaga betul, baru balik marathon ke apa? Sekali dengan dahi-dahi berpeluh.

"No no! Tak apa!" Ihsan lepas nafas keletihan sebelum dia ambil tempat di atas sofa.

"Jadi ada apa-apa yang aku boleh tolong? Kau ada sakit apa-apa? Or ada kesan sampingan lepas beranak haritu? Kalau ada aku boleh suggest doktor..."

"Tak tak! Bukan pasal tu.." Safa sudah garu kening serba salah. Dia tak tahu macam mana mahu mulakan semuanya.

"Oh pasal Thaqif." Ihsan menyungging senyum sinis. Seperti kepalanya sudah mengagak kedatangan wanita itu.

Safa diam sejenak, dalam nafas ditarik ingin memulakan cerita.

"Aku ada jumpa satu video dalam phone lama Thaqif, dalam video tu aku baru sedar sesuatu. Semua benda yang Najla cerita kat aku tu tipu. Dari perempuan tu sakit kononnya kanser, tak dapat mengandung, sampailah tak ada anak! Dia tipu Ihsan.."

Tenang wajah Ihsan mendengar luahan Safa. Tidak terkejut tidak juga menghukum. Malah dia bersyukur, Safa juga berusaha mencari kebenaran sedikit demi sedikit. Dan itu tandanya, wanita itu masih meletak harapan dalam hubungannya dan Thaqif.

"A-aku tak dapat tidur malam fikirkan semua ni. Kalau Thaqif sebenarnya tak salah tapi kenapa Thaqif mengaku dia tidur dengan Najla? Dan kenapa Thaqif kahwin dengan Najla? Aku tak faham.." Safa menggenggam jemari sendiri. Masih banyak ingin dia luahkan tapi segalanya tersekat dengan emosi. Kepalanya kusut.

Tempat SempurnaWhere stories live. Discover now