𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 01 | hari bahagia

58.5K 3K 959
                                    

"Aku nikahkan dikau Tuan Ian Al- Fattah bin Tuan Muhammad Adam Ferhad dengan..."

Nafas ditariknya perlahan. Gementar.

Ian rasa tak percaya bahawa beberapa saat lagi dia akan bergelar seorang suami kepada gadis yang dicintainya itu. Atas izin Allah, segalanya dipermudahkan.

".... Nawal Salwana binti Arshad dengan mas kahwin sebanyak RM 400, tunai!"

Ian memanggung kepalanya, beranikan dirinya tentang mata dengan tuk kadi itu yang turut merenungnya lembut...Memahami perasaan yang dialami oleh anak muda itu.

Ian menoleh kepalanya ke belakang dan matanya meliar mencari wajah seseorang di kalangan orang ramai yang turut menghadirkan diri ke majlis akad nikahnya yang sedang berlangsung di Masjid Besar Bukit Payong.

Nawal Salwana.

Nawal yang bagaikan perasan ada seseorang sedang memerhatinya lama, dia turut memanggung kepalanya. Ulas bibirnya menarik senyuman lebar buat tatapan khas lelaki itu. Ian sungguh segak dalam sepersalinan Baju Melayu Teluk Belanga itu dan songkok hitam yang terletak di atas kepala Ian telah menutupi rambut panjangnya yang separas bahu.

Ian tampak sungguh berbeza hari ini. Berbeza dengan penampilannya sebelum ini yang suka melepaskan rambut panjangnya yang berwarna hitam itu.

Tampang wajah Ian juga berseri-seri dengan senyuman maha dalam yang tertampal sehingga menyerlahkan sepasang lesung pipitnya. Senyuman yang bisa melunturkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Mata Ian dan Nawal saling bertemu. Lama.

Ketika terdengar deheman seseorang, telah menyentakkan Ian yang terlalu ralit memandang wajah anak dara orang itu. Terpaksa dia memutuskan pandangannya di antara dia dan Nawal.

Ian kembali memandang tuk kadi seraya itu dia menyambar tangan tuk kadi itu. Sudah bersedia sepenuhnya ingin melafazkan akad yang akan menyatukan dia dan gadis itu dalam ikatan yang halal. Belahan bibirnya mulai terbuka menutur sesuatu...

"Aku terima nikahnya Nawal Salwana binti Arshad dengan mas kahwin sebanyak RM 400, tunai!"

"Sah?"

"Sah!"

Ian memanjatkan rasa bersyukurnya dengan mengangkat tinggi tangannya mengaminkan bacaan tuk kadi.

Air mata kegembiraan meluncur keluar dari tubir mata Nawal. Air mata penuh kegembiraan. Kini, dia sudah bergelar isteri kepada Tuan Ian Al- Fattah.

"Nawal."

Itu ucapan pertama yang dituturkan oleh Ian sebaik sahaja dia berhadapan dengan wanita yang sudah halal untuk dia.

Nawal menunduk malu. Terasa membahang wajahnya mendengar suara garau itu menampar halwa telinganya. Dia tidak boleh nak sembunyikan senyumannya, betapa dia rasa gembira sekarang.

Ian tersenyum segaris.

"I nak sarungkan cincin ni. Izinkan I ya, Nawal?"

Nawal tidak menjawab hanya anggukan kepala sebagai tanda persetujuan. Tangan kanan yang disembunyikan daripada tadi dihulurkan kepada Ian penuh rasa gementar di hati.

Cup!

Satu kucupan ringkas singgah di ubun-ubun Nawal.

Satu kucupan ringkas singgah di ubun-ubun Nawal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MOMMY... stay la dulu beberapa hari kat sini. Takkan dah nak balik? Mommy bukan selalu pun datang ke Terengganu ni."

"Mommy tak boleh la Ian... Mommy kena balik KL juga malam ni."

Salsabila memberikan alasan walhal dia tidak betah lagi duduk di kawasan kampung macam ni. Mujur sahaja dia bersetuju untuk menghadirkan diri ke majlis akad nikah anaknya walaupun dia cukup tidak berkenan dengan Nawal, pilihan anaknya. Baginya Nawal seorang gadis kampung kolot yang telah merampas Ian daripadanya.

Salsabila ada rencananya sendiri dalam diam.

Pipi Ian diusap lembut.

"Kita jumpa dekat KL ya? Jaga diri, Ian. Jangan lama-lama sangat dekat sini. Mommy tahu anak mommy ni takkan boleh tahan tinggal dekat tempat macam ni," bisik Salsabila. Tidak mahu sesiapa mencuri dengar perbualan mereka.

Ian mengganguk kepala sekali sebelum memeluk erat tubuh Salsabila.

"Hawa... Hawa... Kesian kau. Tak dapat merasa nak tengok anak kau tu kahwin. Padan muka kau."

"Kau kena tahu Hawa yang aku ni sekarang ibu Ian... Bukan lagi kau. Ian tak ingat pun siapa umi dia. Aku akan seksa kau selagi aku hidup."

"Selepas ini, nasib anak perempuan kau pula..."

"Arluna Insyirah..."

"Aku akan hancurkan hidup budak tu... Seperti mana aku hancurkan hidup kau selama ini."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now