𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 10 | cemburu

18.4K 1.7K 813
                                    

"MOMMY... Esok kita jumpa lagi boleh tak? Aurelia tak puas lagi nak main dengan mommy." Apabila sudah mahu berpisah ini, Aurelia berat hati ingin melepaskan pemergian Luna. Luna yang berdiri di luar kereta dipandang penuh perasaan sebal.

"Daddy boleh eh kita jumpa mommy esok pagi.Boleh la..." Aurelia memujuk daddynya pula dengan nada yang meleret.

Fawwaz kelihatan teragak-agak untuk memberikan jawapan. Dipandang wajah bersih Luna sekilas memaksudkan sesuatu.

Belahan mulut Luna terbuka menutur sesuatu."Mestilah boleh, sayang. Esok kita breakfast sama. Okay?"

Aurelia bersorak keriangan. Yeayy!

Luna mengucup sekilas pipi pau anak kecil itu yang menjengul kepalanya keluar dari cermin tingkap kereta.

"Goodnight, mommy."

Luna melambaikan tangannya ke arah Aurelia buat kali terakhir sebelum kereta milik Fawwaz perlahan-lahan meninggalkannya keseorangan di lot parking ini.

Dia memasuki perut keretanya dan menghidupkan enjin kereta. Untuk seketika dia menggeledah beg tangannya mencari sesuatu. Iphone miliknya!

"Okay, Luna. Esok juga kau kena beritahu perkara sebenar dekat Fawwaz dan umi. Aku tak boleh tangguh lagi! Kalau makin lama aku tangguh, lagi teruk masalah ni," gumamnya sendirian.

Kemudian, dia memulakan pemanduannya kembali pulang ke rumahnya secepat mungkin. Penat! Sehari suntuk dia menghabiskan masa dengan Fawwaz dan Aurelia. Melayani karenah anak kecil itu sungguh memenatkan. Kepetahan mulut Aurelia mengingatkan kepada dirinya suatu ketika dahulu.

Terletus ketawa kecil Luna.

Zaman kanak-kanaknya sangat menggamit memori. Ada suka dan duka.

Ian.

"Luna faham kalau abang tak ingat semua tu sebab masa tu abang kecil lagi. Abang tak ingat Luna. Tetapi, Luna sentiasa ingat abang. Umi pun sama. Ramai yang mencari abang selama ini."

Apakah perasaan umi apabila mendapat tahu bahawa Tuan Ian Al-Fattah sudah berjaya ditemui dan dia telah menjadi suami aku? bisik Luna di dalam hati.

Luna masih dalam kebuntuan memikirkan perkara ini. Sungguh, dia tak tahu bagaimana cara ingin mempertemukan Ian dan Hawa. Tiada langsung memori mengenai Hawa di dalam ingatan seorang Ian. Yang ada hanya la kebencian Ian terhadap ibu kandungnya sendiri.

Mengapa Ian terlalu membenci ibunya sendiri? Itu menjadi tanda tanya.

Pernah Luna mengajukan satu soalan kepada Ian dan jawapannya sungguh memeranjatkan Luna.

"Abang..." Meleret nada suara Luna sambil memintal hujung gaun satin paras pahanya itu.

"Ermmm..." Ian menggumam malas. Mata masih melekat pada skrin televisyen yang menyiarkan rancangan hiburan.

"Nak tanya boleh?" Sengaja dilunakkan lagi suaranya.

Tengah nak goda aku ke apa? bisik Ian di dalam hati. Hujung matanya melirik lekuk tubuh sempurna isterinya yang dalam sepersalinan gaun satin yang senada dengan kulit cerah Luna. Paras lutut dan mendedahkan sebahagian dada.

"Speak," kata Ian sepatah. Fokusnya pada rancangan yang disiarkan di televisyen itu mulai hilang apabila Luna dengan sengajanya menempel rapat dengan tubuhnya yang tidak tersarung baju itu. Shirtless.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now