𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 29 | adam dan hawa

16K 1.7K 902
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Siang tadi, Adam dan Hawa masing-masing ke kubur anak-anaknya, Tuan Riyadh As-Siddiq dan Tuan Jelita Mikayla. Membersih dan memangkas pokok renek yang tumbuh di atas kuburan.

"Tunggu umi dan babah ya anak-anakku. Kelak kita akan berjumpa di syurga." Hawa melebarkan senyuman. Wajahnya tampak sungguh berseri-seri pada hari ini, tidak seperti kebiasaan.

Adam memaut bahu Hawa dari tepi dan menitipkan doa yang sama seperti Hawa.

"Salsabila baru sahaja menghembuskan nafas terakhirnya sejam yang lalu," beritahu Adam tanpa nada, ketika perjalanan mahu menemui Muhammad.

"Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un."
(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)

Adam memandang sekilas wajah Hawa. Mahu melihat reaksi yang dipamerkan oleh Hawa apabila menerima berita kematian itu.

Wajah Hawa kosong tanpa reaksi.

"Hawa dah lama maafkan Sal, abang. Dia pernah jadi kawan Hawa. Hawa tak pernah berdendam dengan dia. Kita ni pun manusia biasa abang. Banyak buat dosa. Hawa siapa nak menghukum perbuatan lalu dia. Kita ni pun akan mati juga suatu hari nanti, abang."

Adam mengurut lembut tangan si isteri sambil sebelah tangannya memegang stereng kereta kemas. Inilah isterinya. Hawa Arlani.

"Muhammad."

Muhammad memanggung kepalanya saat ada suara lunak menyeru namanya. Kelihatan pasangan suami isteri itu berjalan ke arahnya lalu melabuhkan duduk di hadapannya.

"Hawa. Adam." Muhammad melayangkan senyuman tipis. Dia tumpang gembira melihat hubungan Adam dan Hawa. Dia nampak sinar bahagia di antara suami isteri itu.

Selama 7 bulan Muhammad menghilangkan diri atas sebab tertentu kerana dia mahu menjauhkan dirinya daripada Adam dan Hawa. Dia rasa sangat bersalah kerana selama ini niatnya salah. Mahu merampas Hawa daripada Adam sedangkan dia tau Hawa cinta mati terhadap Adam.

Muhammad sedar atas kesilapannya. Dia takkan berjaya memiliki sekeping hati wanita itu.

"Kami nak minta maaf, Muhammad," ujar Hawa sebagai pembuka bicara.

"Kau orang mana ada buat salah dengan aku. Aku je selama ni banyak buat salah dengan kau orang." Muhammad tersenyum lagi.

"Bang, terima kasih kerana tolong tengokkan isteri dan anak-anak aku selama ini. Jasa kau takkan aku lupakan, bang. Aku nak minta maaf jikalau selama ini aku ada sakitkan hati kau. Kau abang aku dunia akhirat. Tolong doakan kami. Kami nak pergi jauh selepas ini." Adam bangun dan menerpa ke arah Muhammad lalu dipeluk sekejap tubuh tegap itu.

Hawa yang menyaksikan sebabak drama di antara dua orang sepupu yang mempunyai pertalian darah itu, turut sebak. Air matanya mulai bertakung di tubir mata.

Muhammad tersentak apabila melihat Adam menangis di dalam pelukannya. Lelaki ini menangis? Matanya terhala pula ke arah Hawa yang turut menangis.

Kenapa dengan mereka?

"Kami nak pergi jauh, bang. Tolong tengokkan anak-anak kami ya. Kau je harapan kami." Merah padam wajah Adam.

Muhammad naik hairan. Adam dan Hawa ni nak pergi mana sebenarnya? Jauh sangat ke tempat tu?

"Anak-anak kau... Aku dah anggap seperti anak aku sendiri. Jangan risau."

Sebelum mereka berpisah, Adam dan Hawa masing-masing tersenyum lebar buat kali terakhir kepada Muhammad. Senyuman mereka cukup luar biasa pada hari ini. Daripada renungan mata menghantarkan satu perasaan yang aneh.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now