𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 02 | siapa umi?

41.5K 2.3K 1.2K
                                    

JANGGAL.

Itulah perasaan yang dialami oleh Ian saat ini. Baginya ini adalah satu suasana yang sangat baru untuknya sesuaikan diri. Sedari tadi lagi abang-abang Nawal asyik mengusiknya. Dia hanya mampu tersengih sahaja kerana dia masih lagi kekok untuk berbual santai dengan ahli keluarga isterinya. Rasa macam orang asing pun ada.

Mengenali Nawal Salwana tidak sampai setahun, membuatkan Ian mengambil keputusan untuk melamar gadis itu sebagai isterinya yang sah. Pada awalnya, Salsabila menentang keras permintaan Ian yang ingin mendirikan rumah tangga pada usianya yang masih muda. Baru menginjak ke usia 20 puluh tahun.

"Abang pergi la mandi dulu..." Suara lunak itu menerkam gegendang telinga Ian.

"Hah?" Terpinga-pinga Ian memandang wajah Nawal yang sedang berdiri di muka pintu, masih lagi dalam sepersalinan baju kurung.

Ian meraup wajahnya beberapa kali. Baru dia tersedar yang dia sudah berada di dalam bilik tidur Nawal... Eh, bukan. Secara rasminya bilik tidur mereka di rumah ibu bapa Nawal.

"Abang pergi la mandi dulu." Ulang Nawal sekali lagi dengan senyuman manis yang tergantung di bibirnya. "Boleh kita solat berjemaah sekali."

"Hah?" Untuk kesekian kalinya soalan itu meluncur laju keluar dari mulut Ian. Pakej dengan muka 'blur'nya sekali. Sumpah, cute!

Nawal mengacip giginya. Apehal laki aku ni selenga sangat?

"Abang pergi la mandi dulu. Boleh kita solat berjemaah sekali. Jelas tak apa yang saya cakap kali ni?" Sengaja Nawal menekan satu-persatu ayatnya supaya jelas di pendengaran Ian.

Mulut Ian membentuk huruf 'O' sebelum kepala dijatuhkan beberapa kali.

"Nawal... Thank you," ucap Ian secara tiba-tiba.

"For what?"

"Terima I seadanya." Mudah jawapan yang diberikan. "Sudi terima I jadi suami you walaupun I bukan la lelaki yang baik-baik. Ilmu agama I cetek, Nawal. Banyak benda yang I tak belajar lagi. Mengenali you Nawal... I mula berkenalan dengan seorang ustaz untuk mendalami ilmu agama. I nak jadi suami yang terbaik untuk you. Nakkan yang baik untuk hubungan kita."

Ian akui dia bukan la lelaki yang baik. Sebelum mengenali Nawal kehidupannya agak liar. Mungkin dipengaruhi dengan cara dia dibesarkan selama ini. Salsabila tak pernah melarang dia berbuat apapun.

Dia tak diberikan pendedahan tentang agama islam selama ini. Kerana, dia sendiri juga tidak pernah lihat Salsabila bersujud di atas tikar sejadah apatah lagi untuk mengikut segala syariat islam.

Nawal banyak menyedarkan Ian daripada kehidupannya yang ternyata salah di dalam agama Islam.

Kerana, cinta ... Ian berubah menjadi lebih baik. Perlahan-lahan dia meninggalkan cara hidupnya yang lama. Betapa bersyukurnya dia kerana dipertemukan dengan seorang wanita sebaik Nawal Salwana.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now