𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 67 | didi

16K 1.9K 453
                                    

"DI... DIDI... Didi..." Hana terkedek-kedek berjalan mendapatkan adiknya, Mikael Nukman yang sedang tertidur lena di atas dada Ian. Dilihat babanya terbaring di atas karpet. Terpejam sedikit mata sambil sebelah tangannya lagi melekat di dahi.

Ian keletihan. Bukan mudah untuk dia menguruskan ketiga-tiga anaknya sekaligus. Irdina. Hana. Mikael. Kerana, ada waktu dia akan bergilir dengan abinya untuk menjaga si kecil Mikael yang masih bayi itu.

"Di... Didi didi..."

'Didi' adalah panggilan Mikael yang diberikan oleh Hana memandangkan dia tidak reti memanggil 'adik' walau sudah diajar. Ini adalah pengaruh Didi & Friends jugak. Suka betul tengok anak-anak ayam tu.

"Shshshsh... Adik tengah tidur, sayang." Serak basah suara Ian berkata kepada Hana yang terduduk di tepinya, mahu kacau Mikael yang baru saja terlena itu. Itupun banyak ragam yang dia harus hadap.

Mulut Hana membentuk huruf 'o'. "Idu... idur? Ermm..." Mencebik sedikit. Alaaa tidur la pulak. Baru nak main dengan didi.

"B...ba... boo... baba." Hana memainkan jarinya di wajah tampan bapanya. Dia meletakkan dagunya di atas dahi Ian dari arah belakang. Hehe.

"Erm." Tubuh Ian masih lagi terasa lenguh. Dia baru saja mengambil Mikael daripada rumah abinya tadi sebaik saja balik dari tempat kerja. Kalau ikutkan hati dia tak mahu membebankan keluarga kecil itu kerana Munirah turut ada anak kecil yang perlu dijaga iaitu Tuan Eskandar.

"Ian dah makan belum ni?" Suara Rafidah mengisi kesunyian suasana.

"Belum." Pendek jawapan yang diberikan.

"Kesian cucu nenek ni. Nampak penat je sejak kebelakangan ni nak uruskan anak-anak." Rafidah tersenyum tawar melihat betapa bertanggungjawab Ian sebagai seorang ayah kepada tiga orang anak kecilnya. Sudah lima bulan berlalu sejak arwah April meninggalkan mereka. Selama tempoh itu jugalah Ian menjaga si kecil Mikael penuh kasih sayang. Dia berpegang kepada janjinya untuk membesarkan anak yang tak beribu dan bapa itu.

Ian tersenyum segaris. "Tu kan tanggungjawab Ian, nenek."

"Kan elok kalau kamu ada isteri yang boleh tolong. Ringan la sikit beban tu. Kamu penat bekerja... Balik rumah terus kena jaga anak-anak yang masih kecil. Nenek ni dah tua. Hanya boleh tolong apa yang mampu saja."

"Ada ke orang nakkan Ian ni nenek? Dah la duda anak tiga pulak tu... Sanggup ke dia nak terima anak-anak Ian? Kesian orang tu kahwin dengan Ian terus dapat anak ekspress."

Rafidah mengerutkan dahinya. "Apa susah kamu kahwin je la dengan Nawal. Tak payah cari orang lain la. Kita pun kenal Nawal macam mana orangnya."

Ian mengeluh sedikit.

"Entah la, nek. Ian dah cuba banyak cara nak pikat hati Nawal. Dia memang layan Ian baik dengan anak-anak Ian. Tetapi, mungkin hanya sebagai seorang kawan? Hati dia memang dah tawar untuk Ian, nenek." Kecewa suara Ian sambil menepuk perlahan punggung si kecil Mikael yang merengek sedikit. Hana pula sudah meletakkan kepala di celah ketiaknya. Nak juga bermanja dengan baba.

"Kalau kamu benar-benar mencintainya, kamu takkan mudah lepaskannya. Takkan Ian nak berundur macam tu je? Macam ni la Ian.Nawal masih tak dapat lupakan apa yang kamu buat dekat dia sebelum ni. Apa yang kamu buat sebelum ni memang tak dapat dimaafkan pun. Kamu curang dengan dia dan banyak lagi kesalahan kamu. Terlalu banyak derita Nawal kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Nenek bukannya nak mendesak agar Nawal kembali dengan kamu semula kerana itu adalah haknya sendiri dalam buat pilihan. Tetapi, nenek boleh nampak di antara kamu dan dia masih ada harapan. Nawal seorang wanita yang sangat baik. Lihatlah cara dia melayani anak-anak kamu selama ini."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now