𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 68 | lemah

17K 1.8K 686
                                    

WAJAH si kecil Irdina benar-benar mengingatkan Ian kepada ibu kandung mereka.

Arluna Insyirah...

Wanita itu adalah teman sepermainannya dari kecil lagi walaupun tiada sekelumit pun ingatannya tentang mereka beberapa puluh tahun yang lepas. Luna adalah budak perempuan yang seringkali menceriakan hidupnya suatu ketika dahulu dengan telatah mencuit hatinya.

Ian menyelidik sendiri latar belakang wanita yang pernah bergelar isterinya itu. Dia mendapat tahu ayah kepada Arluna pernah bekerja dengan keluarganya suatu ketika dahulu sebelum ditemui mati. Begitu juga dengan atuk dan nenek Luna yang bekerja dengan arwah Adam. Satu peristiwa yang berlaku melibatkan arwah Hawa yang tengah sarat mengandung ketika itu telah meragut tiga nyawa pada malam itu angkara dendam.

Nenek, atuk dan mama Luna.

Budak perempuan sekecil itu terpaksa melihat satu-persatu nyawa orang yang tersayang dibunuh di depan matanya. Peristiwa yang sangat tragis dan tanpa sedar telah meninggalkan impak yang besar kepada Luna.

"Ulang apa yang aku sebut ni!" Keras suara Ian mengeluarkan arahan sambil meriba tubuh wanita yang sudah berlumuran dengan darah itu.

Ian merapatkan mulutnya di cuping telinga Luna dan belahan mulutnya terbuka ingin menuturkan sesuatu.

Mengalir deras air mata Luna. Ya Allah.

"La ilaha illallah."

Nafas Luna berbunyi kencang. Dia menggengam erat lengan Ian. Membulat besar matanya memandang wajah Ian, sedang berlawan dengan sakit yang ditanggungnya sekarang.

Membuak-buak darah pekat yang keluar dari mulut Luna.

"La... il... ilaha illallah." Terputus-putus nafas Luna.

Genggaman tangan Luna perlahan-lahan terlerai.

Masanya sudah tiba.

Ian merasakan tubuh yang sedang diriba ini sudah tidak bernyawa lagi. Ambulans tiba beberapa minit selepas itu walaupun sudah terlambat untuk menyelamatkan wanita itu. Luna dilanggar dengan kereta ketika dia cuba melarikan diri daripada Ian pada hari yang sama arwah Malique dikebumikan.

Di sini tamatnya riwayat hidup Arluna Insyirah.

Dendam wanita itu sehingga kini menjadi tanda tanya.

Dan, beberapa hari selepas itu juga atuknya, Tuan Naufal menghembuskan nafas terakhirnya.

"Baba... Babaaaaaa," rengek Irdina manja. Dia menarik hujung baju babanya yang kelihatan sedang mengelamun jauh itu.

"Ya, sayang."

Irdina mengangkat tangannya ke udara. Nak dukung!

Mwah! Kuat bunyi yang terhasil apabila Irdina yang sudah berjaya duduk di atas riba Ian itu, mencium kedua-dua belah pipi babanya. Itu cara dia menunjukkan kasih sayangnya. Mue he he he...

Irdina merangkul erat leher Ian sebelum dia meletakkan kepalanya di bahu ayahnya. Mereka baru saja pulang dari rumah Pak Arshad dan sekarang mereka menginap di sebuah homestay yang terletak tidak jauh dari rumah Pak Arshad.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now