𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 52 | gagal

16.3K 1.9K 918
                                    

APRIL menepuk sekali bahu Malique dari arah belakang sekaligus mematikan lamunan panjang lelaki itu. Dia yang sedang mendukung si kecil Hana terus menyerahkan Hana kepada Pak Su kesayangannya.

"Hi girlfriend Pak Su ni. You comel sangat la hari ni. Macam pwincesss."

Hana terkekeh ketawa suka.

"Kau nampak macam stress je daripada tadi. Muka tu ketat je."

"Biasa la. Aku pun manusia biasa yang ada masalah,"keluh Malique tanpa sedar.

"Malique..." panggil April selang beberapa saat kemudian. Wajahnya sudah kemerahan apabila teringatkan misinya yang sudah lama dirancang.

"Hrm."

"Kau suka makan apa?"

Malique memandang April dengan renungan yang mencurigakan."Kau nak masak ke? Tak payah la. Kau bukannya reti masak pun. Kau reti jaga budak je."

April mencebik sekali. Sudah dia duga ini jawapan Malique."Kau jangan merayap tau malam ni. Aku nak culik kau malam ni. Kau dan aku je." Di hujung ayat itu sengaja dia perlahankan suaranya. Malu!

"Iyalah."

Kepala Malique dan April serentak mendongak ke atas tatkala kedengaran jeritan nyaring milik seseorang. Menjerit meminta tolong dengan menyebut nama Malique.

"Malique! Malique!"

Malique menyerahkan si kecil Hana kembali kepada April sebelum dia berlari naik ke tingkat atas. Punca suara itu datang dari arah bilik tetamu yang berada di hujung lorong sana. Dia merempuh masuk ke dalam bilik itu dan kelihatan neneknya Rafidah sudah terduduk di atas lantai di samping sekujur tubuh yang terbaring di atas lantai yang berlumuran dengan darah.

Arluna.

Mata Malique dapat menangkap beberapa biji pil bertaburan di atas lantai. Apa yang terjadi sebenarnya?

"Call ambulans!"

PANG!

Satu tamparan hinggap di pipi Luna sebaik saja doktor telah dapat mengesahkan punca keguguran Luna. Naik turun nafas Ian. Kesabarannya kian menipis.

Malique dan Muhammad yang turut ada di situ, hanya diam tidak masuk campur. Jelas di wajah mereka terbias dengan riak kekecewaan. Sungguh mereka tidak percaya Luna sanggup melakukan semua ini.

"Kenapa Luna sanggup buat semua ni?! Luna dah bunuh anak Luna!" Naik seoktaf nada suara Ian. Dia mencengkam kuat bahu isterinya.

Luna diam, meramas tangannya sendiri. Renungan orang lain terhadap dirinya tidak dihiraukan. Malique. Muhammad.

"Ian kan tak suka anak ni..." Perlahan Luna membalas. Bagai langsung tiada rasa bersalah dalam dirinya. Sedarkah dirinya yang dia baru saja membunuh satu nyawa yang tidak berdosa?

"Kalau dia lahir pun... Ian hanya akan bencikan dia!"

Ian meraup wajahnya kasar. Kini Luna mahu menuding salah kepadanya.

Malique memandang kakaknya penuh rasa kecewa. Inikah diri kakaknya yang sebenar?

"Kau sedar tak orang dekat luar sana tu ramai nakkan anak! Tapi, apa yang kau buat? Kau sanggup bunuh anak yang tak bersalah tu. Kak Nawal tu... Dia nak sangat ada anak. Tapi, dia tak boleh bagi zuriat!"

Air mata Malique menitis. Remuk hatinya. Lagi remuk apabila terkenangkan wajah umi tercintanya. Arwah umi yang berpenat lelah membesarkan mereka.

Luna sudah menangis teresak-esak. Kini adiknya sudah merenungnya penuh kebencian.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now