𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 25 | dendam

15.7K 1.5K 990
                                    

"KALAU aku dapat jumpa perempuan tak guna yang berani rosakkan rumahtangga kau tu... Benda pertama yang aku akan buat adalah tampar muka dia dan main tarik rambut. Sumpah, aku geram sangat sekarang bila dengar kisah yang sebenar. Aku ingat lagi muka perempuan tak guna tu..."

"Aku dah tampar pun dia hari tu."

"Bagus, Nawal! Jangan tunjuk sangat yang kau ni lemah. Orang macam tu memang layak pun dapat penampar. Dah la rampas suami orang. Dengan tak malunya dia minta kau maafkan dia. Hei, dia ingat kau ni tak ada hati dan perasaan ke? Orang macam dia tu jangan kasi peluang langsung, nanti dia pijak kepala kau." Berkobar-kobar semangat seorang Alya dalam memberikan hujahnya. Sedikit sebanyak dia turut merasai perasaan Nawal yang telah dikhianati dalam diam itu. Mungkin kerana dia juga seorang wanita.

Nawal terdiam sendiri sambil merenung lama jarinya sendiri. Sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya dimainkan beberapa kali. Inilah bukti cintanya dengan seorang Tuan Ian Al-Fattah.

Ada gurat-gurat penderitaan yang terlindung di sebalik wajah itu.

"Nawal..."

"Erm..."

"Kau tau kan yang aku selalu ada di sisi kau. Aku sanggup pinjam telinga dan bahu aku untuk kau bila kau memerlukan."

Nawal tertawa renyah. "Aku tak okay, Alya. Sampai sekarang aku tak sangka yang Ian sanggup buat aku macam ni. Aku tak tahu di mana silap aku sehingga dia sanggup kahwin lagi seorang. Mungkin aku bukan yang terbaik untuk dirinya. Tak sampai setahun lagi kami bernikah, dia dah buat aku macam ni. Sakit hati aku ni hanya Tuhan sahaja yang tahu."

"Aku diperbodohkan selama ni. Dalam diam dia bermadu kasih dengan wanita lain. Perempuan tu mengandung, Alya. Dia mengandung. Perempuan tu mampu berikan Ian anak. Tetapi, aku tak mampu berikan Ian zuriat lagi. Dia sempurna. Aku tiada apa-apa yang tinggal."

Alya tergamam.

"K...Kau tak boleh mengandung lagi?" Penuh berhati-hati Alya menyusun ayatnya agar tidak menggoreskan hati wanita itu. Dia memandang tepat ke dalam mata seorang Nawal Salwana.

Nawal tergeleng kepala sekali dengan senyuman pahit terukir di bibirnya.

Alya mengerti sendiri. Isu ni terlalu sensitif bagi kaum wanita. Tidak usah la dia bertanya dengan lebih lanjut mengapakah Nawal tidak mampu mengandung apabila melihat raut wajah itu sudah berubah keruh.

"Kau masih sayangkan perkahwinan kau ni? Kau masih cintakan suami kau?"

Tanpa ragu-ragu Nawal menjawab pertanyaan Alya. "Aku masih sayangkan perkahwinan ini dan aku tak mahu perkahwinan aku berakhir dengan penceraian. Aku masih mencintai Ian. Aku tak mampu bencikan dia setelah apa yang dia lakukan pada aku. Aku dah terlanjur mencintai dia. Aku akan cuba untuk mempertahankan perkahwinan ni selagi aku mampu."

Alya seolah-olah tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Nawal. Setelah dia mendengar keseluruhan cerita tentang Ian dan Luna, hanya kebencian yang tinggal untuk Ian daripada Alya. Baginya, Ian dan Luna masing-masing bersalah di dalam hal ini.

"He don't deserve you at all. Aku tak mahu hati kau tersakiti lagi. Aku bukannya bermaksud nak hancurkan rumahtangga kau dan Ian. Tetapi, dia memang tak layak untuk dapat cinta kau. Dia tak menghargai kau langsung, Nawal! Kita takkan tahu apa yang akan jadi esok lusa nanti. Mungkin hari ini dia cakap yang dia hanya cintakan kau seorang je. Padahal dia cakap benda yang sama juga dekat isteri kedua dia. Ian hanya mempermainkan perasaan kau dan perempuan tu dalam masa yang sama."

"Aku nak kau sedar, Nawal. Orang macam tu layak ke dapat wanita sebaik kau? Keputusan kau nak stay dalam hubungan ni hanya la akan mengeruhkan lagi keadaan. Kau yang akan sakit. Makan hati dalam diam."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now