𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 03 | miss you

31.3K 2K 496
                                    

"DENGAR sini, Hawa...Abang sayangkan Hawa. Cintakan Hawa. Hanya Hawa seorang sahaja wanita yang abang cintai. Abang tak pernah berhenti mencintai seorang Hawa Arlani. Dia la bidadari abang. Dia la umi kepada anak-anak kita. Terima kasih untuk segalanya sayang..."

"Hawa dah banyak tempuh pelbagai ujian. Hawa diuji dengan kehilangan Riyadh dan Jelita. Terima kasih kerana sudi melahirkan zuriat untuk abang."

Dada Hawa sempit mendengar butir bicara suaminya, Adam. Ya Allah... Air mata mulai bergelinangan di tubir mata.

"Hawa ingat apa yang abang pernah kata sebelum ini dekat Hawa?"

Hawa menggeleng kepala.

"Setiap yang hidup pasti akan mati. Begitu juga dengan abang, sayang... Bila dah sampai waktunya kita kena pergi. Dunia ini hanya la sementara. Hawa teruskan mengejar cinta Allah."

Hawa menunduk kepala lalu mengesat pantas air matanya yang masih terkumpul di kolam mata.

"Abang cintakan Hawa."

Mata mereka saling bertemu.

Dan, Adam tersenyum.

Senyuman yang takkan Hawa lupakan.

Lelaki bermata biru.

Dia la... Tuan Muhammad Adam Ferhad, satu-satunya lelaki yang Hawa cintai.

"Aku lelaki paling bersyukur kerana mampu memiliki kau sebagai bidadari dalam hidup aku. Terima kasih kepada-Mu Ya Allah kerana meminjamkan dia kepada aku walau untuk sementara."

"Hawa..." Suara garau itu menerjah keras sekaligus mematikan lamunan Sang Hawa.

Hawa berdehem sejenak sebelum memandang lurus ke depan. Dua ulas bibirnya merekah membentuk senyuman kecil untuk dua tatapan mata itu. Muhammad dan Malique masing-masing menoleh kepala melihatnya yang duduk di bahagian belakang.

"Umi okay tak ni?" Ada rentak risau di hujung nafas Malique.

Hawa mengangguk sekilas. Bohong. Dia tak okay sebenarnya. Dadanya terasa sangat sempit sekarang. Barangkali penyakit lama dia kembali menyerang.

"Kau menangis Hawa." Kenyataan itu meluncur laju keluar dari mulut Muhammad. Panahan matanya tajam menikam seraut wajah Hawa yang masih lagi cantik seperti dahulu. Tiada banyak perubahan berlaku terhadap Hawa. Seorang wanita yang tabah mengharungi semua ujian-ujianNya. Kehilangan anak-anak dan suaminya bukan suatu perkara yang mudah untuk diterima dengan hati yang reda.

"Saya cuma rindukan dia." Tenang Hawa menjawab. "Setiap masa saya hidup dalam bayangan dia. Wajah dia sentiasa bermain di dalam fikiran saya. Saya cuba nak jadi wanita yang kuat... Tapi, saya tak mampu. Adakalanya saya tewas dengan perasaan ini."

Hawa menyeka perlahan titisan air matanya yang sudah mengalir laju membasahi pipinya.

Malique merasakan lebih baik dia berdiam diri sahaja. Hanya mampu mendengar luahan hati ibunya.

Luahan hati Hawa yang sarat dengan kerinduan terhadap suaminya, Tuan Muhammad Adam Ferhad.

Malique... Anak yang dibesarkan oleh seorang Hawa Arlani semenjak anak itu berusia sebulan lagi. Malique yang kehilangan kedua-dua orang tuanya dalam kemalangan jalan raya telah mengubah nasib anak itu. Aturan Allah sungguh indah apabila menemukan Hawa dengan Malique yang baru berusia sebulan itu di rumah anak yatim. Lantas, Hawa membuat keputusan untuk mengambil Malique sebagai anak angkatnya.

Hawa yang telah membesarkan Malique hampir tujuh belas tahun ini dengan sepenuh kasih sayang dan didikan agama. Kini, Malique sudah membesar menjadi seorang remaja lelaki yang mempunyai keperibadian yang cukup berwibawa.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now