𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 35 | gaduh

17.2K 1.9K 706
                                    

SEAWAL pagi lagi seisi rumah agam itu dikejutkan dengan bunyi kuat hempasan pasu kaca. Berderai. Kertas yang ditinggalkan Luna itu renyuk di dalam genggaman tangan Ian.

Malique, Nawal dan Rafidah masing-masing turun ke tingkat bawah dan tergamam melihat apa yang terjadi.

"Irdina dan Hana mana?!" Tempik Ian kuat. Merah matanya menikam satu-persatu wajah yang berada di tangga itu. Akhir sekali, mata dia melekat pada wajah isterinya, Nawal. Lama.

"A... Aaaa. Diaorang ada dekat atas." Nawal gugup.

"Kak Luna mana?" celah Malique pula. Langsung tidak kelihatan kelibat kakaknya yang satu itu. Tadi dia ada mencari Luna di bilik namun, kosong saja bilik tu.

"Kakak kau hilang. Ikut jantan lain. Memang dia dah lama sangat tunggu saat ni. Ibu jenis apa pun aku tak tahu. Sanggup tinggalkan anak-anak macam tu je."

Malique berang apabila kakaknya dituduh sedemikian.

"Abang boleh tak jangan nak cakap ikut sedap mulut je. Kita tak tahu apa yang terjadi sebenarnya. Perangai abang ni memang tak pernah berubah la!"

Ian rasa tercabar dengan kelancangan mulut Malique.

"Kakak kau sendiri tulis surat dekat aku. Suruh aku ceraikan dia!"Ian mencampak kertas yang sudah renyuk di tangan itu kepada Malique.

Malique mengutip kertas itu dan dia buka. Bola matanya jatuh melihat setiap aksara yang tertulis di atas kertas itu.

Abang,

Tolong ceraikan Luna. Jangan risau, Luna takkan minta hak penjagaan anak-anak.

"Malique kenal kakak Malique. Kak Luna takkan sanggup nak tinggalkan Hana dan Irdina macam tu je. Kak Luna ibu mereka. Malique tahu akak tak memaksudkan semua ini. Malique akan cari kakak dan bawa dia balik! Hana dan Irdina perlukan mommy dia."

Nawal resah sendiri. Adakah semua ini berpunca daripadanya?

Tidak lama kemudian, kedengaran kuat bunyi tangisan bayi pecah. Pasti Hana dan Irdina yang ditinggalkan di dalam kamar tidur Nawal.

"Biar nenek tengok budak-budak tu," bisik Rafidah perlahan."Kamu pergi tenangkan amarah suami kamu tu. Cakap dengan dia elok-elok. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya."

Ian dan Malique saling berbalas pandangan. Tajam. Gayanya seperti dua orang lelaki ini mahu bercakaran.

"Abang nak tau tak... Abang ni tak guna. Tak guna! Abang langsung tak layak untuk Kak Luna atau Kak Nawal!"

"Apa masalah kau hah, budak?!"

Malique benar-benar menguji kesabaran Ian di awal pagi ni.

"Memang patut pun Kak Luna minta cerai. Abang bukannya pernah bersikap adil pun selama ni! Ingat Malique tak tahu ke... Abang lebihkan Kak Luna selama ni disebabkan Kak Luna mengandung. Tu je sebab dia. Dan Kak Nawal yang terabai. Kalau tak mampu bersikap adil jangan nak berbini dua!"

Ian mengepal penumbuknya. Tunggu masa saja penumbuk sulungnya akan singgah di wajah tampan adiknya tu.

Nawal mendekati dua orang lelaki itu. Berdiri di antara Ian dan Malique.

"Ya abang..." Lembut suara Nawal mahu meredakan persengketaan ni. Tangannya naik mengusap bahu Ian.

"Kak Nawal bahagia ke selama ni? Bahagia hidup dengan abang Ian?" Sinis Malique bertanya.

"Kau boleh tak jangan nak masuk campur urusan orang tua..."kata Ian di celah giginya.

Malique langsung tidak gentar. Bola matanya jatuh melihat tangan Ian tu. "Kenapa? Abang nak tumbuk Malique? Tumbuk la! Malique langsung tak takut dengan orang tak guna macam abang ni!"

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now