𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 45 | tembak

13.9K 1.5K 796
                                    

"APA jeling-jeling? Tau la aku ni mengancam sampai kau nak terkam. Badan aku yang masih berketak-ketak ni mesti buat kau terliur kan. Aku ni tua bukan sebarang tua tau."

Muhammad move on je la. Ramai nak hang, tapi bukan Munirah la. Haha.

Munirah mencebik. "Perasan." Dia mengelap muka Malique tu dengan kain basahan. Demam terus budak ni lepas kena sawan. Sampai sekarangnya pengsan tak sedarkan diri.

"Masalahnya sekarang asal uncle tayang body uncle dekat saya?" rungut Munirah tidak berpuas hati. Lurus matanya memandang dinding. Tak berani nak pandang badan Muhammad apatah lagi wajah menawan itu.

Jantungnya sudah menggila. Tak keruan.

Duduk sebilik dengan Muhammad ternyata melemaskan. Setiap saat. Renungan tajam Muhammad yang memerhati setiap gerak-gerinya.

Munirah tak dapat menafikan memang Muhammad mengancam.

Erk--

"Erm... uncle marahkan saya lagi ke tentang apa yang berlaku hari tu?" tanya Munirah berhati-hati. Baru hari ini dia dapat bercakap dengan Muhammad setelah banyak kali Muhammad cuba mengelakkan dirinya. Apabila bertembung saja, pasti lelaki itu akan berdesup lari seperti nampak hantu.

"Lek... Bunga bukan sekuntum. Kau bukannya cantik pun."

Tersentap Munirah.

"Aku dah tua. Aku tak kesah kalau duda sampai ke tua. Dah dua puluh tahun lebih aku kehilangan isteri aku. Aku saja je nak test kau hari tu..."

"... Aku tak broken pun. Tak macho la kalau Tuan Muhammad ni broken sebab perempuan macam kau."

Okay. Yang last tu tipu. Balik je rumah dia terus frust menonggeng. Dulu kena reject dengan arwah Hawa. Pastu, Munirah.

Betullah perempuan ni tak pandang rupa. Punya la helok muka Muhammad ni. Tapi, asyik tersakiti je.

"Lamaran uncle tempoh hari masa valid?"

"Hah?" Blur.

"K... kalau saya terima lamaran uncle macam mana?"

"Hah?" Muhammad maju ke hadapan. Tak dengar. Sistem pendengaran dah rosak sikit. Maklumlah dah tua. Hek.

"S... saya... S... saya nak kahwin dengan uncle," putus Munirah. Tekad.

"Kahwin? Dengan aku?" Riak wajah Muhammad perlahan-lahan berubah. Teruja. HALAH HALAH.

"Jom kita kahwin!" Kali ini Munirah yang mengajak. Terangkat kepala dia memandang Muhammad.

Muhammad dah shy shy tan. Aduh... Aku kena lamar bhai! Hiks.

"I sudi you!" Muhammad terjerit kecil seraya melompat tinggi. Yihuuuu!

Pecah tawa Munirah.

"Call me daddy lepas ni."

Erk--

Sugar daddy! HAHAHAHAHAHA.

Hampir putus nafas Munirah.

Malique yang sedang berpura-pura tidur tu, hampir sahaja mahu terkentut lalu terguling. Daddy? Eeeee.Dislike! Dislike! Dislike!

BANG!

BANG!

Riak wajah masing-masing terus berubah. Bunyi...

Tembakan.

Dari luar sana.

Terkaku badan masing-masing cuba mencerna apa yang terjadi di luar sana. Tidak silap lagi itu bunyi tembakan pistol dilepaskan. Apa yang terjadi?!

Munirah dan Muhammad pantas bergerak ke balkoni kamar tidur ini. Cuba mencari arah bunyi itu.

"Abang! Abang!!!!!"

"Tolong!!!! Tolong!!!!"

"Ya Allah! Bangun abang!!!!"

Jeritan maha kuat Nawal menusuk gegendang telinga mereka.

Mata Munirah membulat besar tatkala melihat sesuatu jauh di sana... Nawal sedang memangku sekujur tubuh Ian yang sudah merebah ke atas tanah dengan darah yang berlumuran.

"Uncle! Uncle... " Munirah menepuk beberapa kali bahu Muhammad dan menunjukkan lelaki itu ke satu arah. "Tuan Ian kena tembak!"Panik.

"Allah."

Muhammad lekas mengejutkan Malique beberapa kali yang dianggap masih lena itu. "Bangun Malique! Abang kau kena tembak!"

Terus tegak badan Malique. Hah?!

"Abang Malique nak mati dah ke? Aduh... semua harta dapat dekat Malique la cenggini. Hehe." Itu saja apa yang bermain di fikiran Malique. Ah, tak payah susah la aku nak cari duit kalau abang Ian mati. Semua harta dapat kat aku! MUAHAHAHA.

Malique tersenyum jahat. Jap, nak fikir apa yang patut dia buat bila dapat semua harta. Erm... Nak beli kereta la! Motor baru! Rumah baru! Aaaa. Banyak lagi! Kena buat wishlist ni.

Muhammad pukul kepala budak tu sekali. "Bongok."

Munirah, Malique dan Muhammad bergegas turun ke bawah. Secara tak langsung terserempak dengan Luna yang datang dari arah lain sambil memangku si kecil Hana.

"Kakak..." Malique mendapatkan kakaknya dengan wajah kerisauan.

"Bang! Bang! Ada bunyi tembak. Kat luar," kata Luna satu-persatu. Jelas.

"Malique keluar nak tengok apa yang terjadi kat luar. Akak tunggu kat sini dengan Munirah. Jangan keluar. Bahaya tau. Dengar cakap Malique. Bahaya. Akak jaga baby Hana." Pesan Malique sebelum dia ditarik oleh Muhammad ke laman villa.

"Ya Allah! Ian! Abi dah panggil ambulans. Tapi, ambil masa sikit. Kau kena bertahan dulu Ian." Muhammad duduk berlutut di sisi tubuh Ian.

Lelaki itu ditembak di bahagian dada. Sebanyak dua kali. Habis tshirt berlengan pendek berwarna putih itu sudah bertukar warna. Merah pekat.

Wajah Nawal sudah basah dengan air mata. "Abang... Tolong bertahan abang. Ya Allah..." Lirih nada suaranya. Dia mengucup beberapa kali tepi dahi Ian.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa hancurnya hati Nawal saat lelaki yang dicintainya ditembak secara hendap sebanyak dua kali di bahagian dada di depan matanya. Semuanya berlalu begitu pantas ketika mereka bertikaman lidah.

"S... sayang... Maa... maaf... maafkan abang." Ian terbatuk sekali lagi dan membuak keluar darah pekat dari mulutnya.

"J.. Jangan... simpan tenaga abang. Saya tak nak kehilangan abang. Allah... Saya minta maaf abang."

"Apa yang terjadi sebenarnya?" Malique mencelah.

"Tak tahu. Kami tengah bergaduh dan tiba-tiba Ian kena tembak. Aku tak tahu siapa punya kerja..." Kalut Nawal bercerita.

Mata Malique meliar melihat sekeliling. Mencari sesuatu...

Terlihat kelibat seseorang di sebalik sebatang pokok nun jauh di sana. Ada senjata di tangannya, samar-samar kelihatan.

Sukar untuk Malique mengecam tuan empunya badan tersebut. Tetapi, yang pasti lelaki itu yang telah menembak Ian.

Baru saja Malique ingin mengejar, lelaki itu sudah cabut lari dengan tangkasnya.

Siapakah dia?

Terdapat beberapa orang yang tiada di sini.

Tuan Naufal. Riyadh dan...

Rafidah.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now