𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 24 | perjanjian

15.4K 1.6K 1K
                                    

"KAU nak apa datang sini?" Kasar Nawal bertanya dengan nada yang cukup menjengkelkan terhadap tetamu tidak diundang itu. Matanya memandang tempat lain, tak mahu memandang wajah perempuan yang telah merosakkan rumahtangganya. Hatinya masih sakit sehingga ke hari ini. Kebenciannya terhadap Luna makin bertambah. Baginya Luna adalah perempuan hipokrit! Bermuka-muka selama ini.

Luna diam tidak berkutik. Dia kehilangan kata-kata untuk seketika untuk menyatakan hajatnya datang ke sini. Walau Ian telah melarang keras terhadapnya agar tidak bertemu dengan Nawal buat masa sekarang. Tetapi, dia tetap berdegil juga mahu bertemu Nawal. Ada perkara yang harus dibincangkan di antara dua wanita ini.

"Kalau kau setakat nak tayang muka acah suci kau tu depan aku, baik kau blah! Aku dah penat tengok lakonan kau selama ni."

"Nawal..."

"Mesti kau cari Ian kan? Dia tak ada. Lebih baik kau balik je la. Aku tahu kau nak hasut suami aku lagi. Nak pujuk rayu dekat dia. Perempuan macam kau ni memang suka berlakon. Minta simpati je lebih. Sampai aku mati, aku akan ingat apa yang kau dan Ian buat dekat aku!"

"Saya nak minta maaf," kata Luna perlahan sambil meramas resah kedua-dua belah tangannya yang bercantum erat itu.

Nawal tertawa sinis. Minta maaf?

Wah, mudahnya kau memberikan permohonan maaf.

"Saya minta maaf, Nawal. Saya tak ada niat pun nak rahsiakan semua ni."

"Dan, kau pun tak ada niat juga nak rampas suami orang? Macam tu?" Penuh sarkastik Nawal membidas kembali. "Kau tau yang Ian tu dah kahwin dengan aku, tapi kau sanggup rampas dia dari aku. Berlambak lagi lelaki yang masih bujang dekat luar sana yang boleh kau jadikan suami. Suami orang juga kau pilih! Kau ingat dengan perkataan 'saya-minta-maaf' tu, aku boleh maafkan kau dengan semudahnya? Sakit hati aku ni diperbodohkan oleh korang selama ini, kau tak fikir! Tak pernah fikir pun! Bila keadaan dah jadi macam ni, baru reti nak minta maaf dan kata kononnya tak ada niat pun nak rahsiakan hubungan korang."

"Aku ni memang perempuang yang lemah. Mudah terpujuk dengan kata-kata manis. Tetapi, tak bermaksud korang boleh pijak kepala aku sesuka hati! Aku ni masih ada hati dan perasaan. Aku bukan binatang!"

Luna cuba untuk meraih tangan Nawal. Kalau dengan cara melutut di kaki Nawal berjaya untuk mendapatkan permohonan maaf dari wanita itu, dia sanggup untuk lakukannya. Dia sudah kebuntuan. Dia tidak mahu perkahwinannya dengan Ian berakhir dengan penceraian. Dia tak mahu kehilangan Ian kerana dia sudah terlanjur mencintai lelaki itu walau sudah beberapa kali lelaki itu menyakiti perasaannya.

"Saya cintakan Ian dan kami saling mencintai. Tolonglah Nawal. Saya sanggup untuk bermadu. Asalkan Ian tak ceraikan saya." Iya, pada kali ini Luna lebih mementingkan dirinya tanpa memikirkan perasaan Nawal yang telah dikhianati itu. Ini sahaja caranya. Dia tak mahu kehilangan Ian.

Nawal menepis kasar tangan Luna yang sekali lagi mahu meraih pergelangan tangannya. Kedengaran esak tangisan yang lahir dari Luna.

Nawal meluat!

"Kau sanggup bermadu. Tetapi, bukan aku!"

"Tolonglah Nawal... Saya perlukan Ian dan anak di dalam perut ini juga memerlukan ayah dia," rayu Luna lagi seraya melekapkan tangan di bahagian perutnya. Cuba meraih simpati Nawal. Dia sudah kehabisan idea.

Nawal lelah sendiri. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Ada kalanya simpati bertandang di hati apabila mendengar rayuan Luna. Kejamkah dia?

Dia cuma tidak rela dimadukan itu sahaja.

"Aku boleh maafkan kau. Tetapi, dengan syarat..."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now