𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 33 | sedar

16.6K 1.8K 563
                                    

"MAMA."

"Papa."

Bagaikan anak kecil dia memanggil kedua-dua orang tuanya. Lirih. Matanya melingas ke kiri dan kanan melihat tempat dia berdiri sekarang. Kedengaran kuat bunyi hon kereta bertalu-talu di sekelilingnya.

"Mana mama dan papa?" ujar Luna diiringi esak tangisan.Mengalir laju air mata membasahi wajahnya.

"Woi! Gila ke perempuan ni berdiri tengah jalan?!"

Pin!

Pin!

Pin!

Luna kebingungan sendiri.

"Mama... Papa..." Seperti anak kecil yang terpisah dengan kedua-dua orang tuanya.

Pin!

Bingit. Luna menekup kedua-dua belah telinganya dengan telapak tangan. Dia melangkah lagi ke depan sambil sebelah tangannya mencekak pinggangnya.

Secara tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti secara mendadak di tengah jalan. Ternyata pemandu kereta itu adalah suaminya sendiri, Tuan Ian Al-Fattah. Meluru Ian dan Malique keluar dari perut kereta, menerpa ke arah Luna.

"Ya Allah, sayang!"

"Kakak!"

Terkejut bukan kepalang Ian dan Malique apabila berjaya menemui Luna di tengah jalan raya yang sesak dengan kenderaan.

Riak wajah Luna jelas ketakutan. Dia memegang kuat perutnya seakan cuba melindungi. Penglihatannya kabur menyebabkan dia tidak dapat mengecam suami dan adiknya sendiri.

Ian lekas menarik tangan si isteri masuk ke dalam perut kereta. Luna hanya akur tanpa bantah. Dia bagaikan orang kena sampuk.

"Tengokkan kakak dekat belakang. Takut ada cedera ke," arah Ian tegas seraya memulakan pemanduannya kembali. Selang beberapa saat pasti dia akan melirikkan matanya ke belakang, melihat isterinya yang seperti di dalam dunianya sendiri. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa risaunya Ian melihat isterinya yang sarat hamil berada di tengah-tengah jalan raya. Ke manakah kewarasan wanita itu?

"Mama... Papa..." Berulang kali Luna memanggil mama dan papanya.

Malique mengusap bahu kakaknya. "Kak... Malique ada dengan kakak. Akak jangan menangis lagi." Penuh keprihatinan, Malique menyeka cecair hangat yang mencurah laju keluar dari kolam mata si kakak.

"Umi mesti tengah tunggu akak kan dekat rumah."

Malique dan Ian masing-masing terpempan.

"Abang Ian." Malique sendiri datang menghadap abangnya setelah Ian berjaya menidurkan Luna di kamarnya. Ada sesuatu perkara yang mustahak Malique mahu bincangkan dengan abangnya.

"Speak." Ian memeluk tubuhnya sendiri lalu menyilangkan kedua-dua belah kakinya, duduk di atas sofa ruang santai.

"Malique sedar siapa diri Malique ni. Malique hanya budak sekolah lagi. Tak layak nak masuk campur urusan rumahtangga abang. Tetapi, Malique tak sanggup tengok apa yang abang buat dekat Kak Nawal tadi. Abang tak sepatutnya cakap macam tu dekat Kak Nawal. Kak Nawal tu isteri abang. Isteri pertama. Abang langsung tak pandai nak jaga hati Kak Nawal."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now