𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 59 | malique nu'aiman

17.2K 1.8K 1.5K
                                    

Ni short update je tau. Saya menaip last minute ni.Maaf kalau ada typooo.

Enjoy your reading!❤

-

KLIA.

"Ini keputusan yang terbaik untuk Malique." Tegas Muhammad.

"Seriously, abi? Abi tak nak tengok muka Malique dah ke lepas ni?"

"Kalau Malique duduk kat sini... Malique hanya mengeruhkan keadaan. Malique campur urusan kakak dan abang. Malique bijak. Tetapi, kenapa disebabkan benda 'bodoh'... Malique boleh ikut je. Abi kenal Luna macam mana! Dan, abi kenal Malique macam mana!"

Ian, Munirah, April dan twins yang turut berdiri di situ hanya mampu mendengar saja leteran tidak berpenghujung Muhammad. Kes semalam tak habis sampai membawa ke hari ini.

"Abi hantar Malique bercuti dekat Jepun je. Supaya minda Malique tu terbuka sikit."

Malique tersengih sekali.

"Kalau Malique pergi dan tak kembali macam mana?"Mulut Malique memuncung ke depan.

"Lantak kau la Malique," komen Muhammad.

Malique mengalihkan pandangannya kepada Munirah, isteri kepada abinya. Hubungan dia dan wanita itu tidak pernah baik kerana sikap keanak-anakannya. Dia selalu cari pasal dengan wanita itu. Ada saja idea nakalnya.

"Munirah," panggil Malique sekali dengan nada yang lembut.

"... terima kasih kerana hadir dalam hidup kami. Aku nak minta maaf kalau selama ni perangai aku sangat menjengkelkan di mata kau. Kau terima abi aku seadanya. Sejujurnya, aku gembira kerana akhirnya abi aku jumpa wanita sebaik kau. Dia bahagia bersama kau. Buktinya adalah anak dalam kandungan kau. Aku doakan hubungan kau dengan abi berkekalan hingga ke Jannah. Tolong jaga abi aku elok-elok. Dia la insan yang paling berharga di dalam hidup aku. Tanpa abi dan arwah umi... Aku takkan hidup sehingga sekarang."

Panjang lebar ucapan Malique buat Munirah. Ianya tulus ikhlas dari hati lelaki itu.

Munirah tersentuh dengan ucapan Malique itu. Mulalah matanya berkaca. Emosi ibu mengandung.

"Kau apehal bagi ucapan macam buat kali terakhir je ni? Kau pergi bercuti je la Malique. Alahai..." April menahan tawanya dari terlepas.

Malique hanya tersenyum kepada April. Tidak membalas perlian gadis itu seperti biasa.

"April Qaseh."

Kali ini giliran April pulak. "Giliran aku pulak eh? O... okay. Haha."

"... Aku tahu kau sukakan aku sejak dari tadika lagi. Zaman berhingus kau."

April mengetap giginya. Zaman berhingus?! Tapi, Malique tak omong kosong apabila mengatakan dia sukakan kepada lelaki itu. Kerana, Malique adalah crush pertamanya.

"Taguna punya Malique."

"Jangan tunggu aku balik, sayang."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now