𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 37 | alzheimer

16.1K 1.7K 1K
                                    

"ARLUNA. Waktu untuk makan ubat." Dr. Aaron mendekati pesakitnya yang terbaring lemah di atas katil itu. Wanita itu masih lagi dalam fasa berpantang. Saban hari dia melihat wanita itu menangis siang malam.

"Tak nak." Degil.

"Arluna kena makan ubat erm," pujuk Dr. Aaron. Memantine (Namenda). Ubat ini berfungsi dalam rangkaian komunikasi sel otak yang lain dan melambatkan perkembangan simptom oleh penyakit Alzheimer yang sederhana dan parah. Kadangkala ia digunakan dalam kombinasi dengan perencat cholinesterase. Kesan sampingan mungkin termasuk sembelit, pening kepala dan sakit kepala.

"Apa guna kalau saya makan ubat jikalau keadaan saya masih sama? Doktor kata dekat saya sekarang, masih ada peluang ke?!" Luna menjegilkan matanya meluas ke arah Dr. Aaron seraya menepis kasar tangan itu yang menghulurkan sebiji pil kepadanya.

"Arluna tak boleh macam ni..."

"Saya akan mati juga nanti, doktor. Tak ada guna lagi semua ni. Tiada ubat untuk sembuhkan penyakit ni. Penyakit ni lama-kelamaan akan merebak menjadi teruk."

"Sekarang saya dah tiada sesiapa, doktor. Kalau saya mati nanti pun, tak ada orang akan peduli."

Air mata Luna gugur.

"Saya akan beritahu suami awak. Mereka berhak untuk tahu keadaan awak sekarang."

Luna diam seketika. Dr. Aaron termati kata bagaimana lagi caranya untuk memujuk Luna. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik ni, suara Luna kembali kedengaran.

"Doktor... anak. Mana anak saya? Saya nak susukan anak-anak saya." Luna melebarkan senyuman. Bersinar terang matanya memandang wajah Dr. Aaron. Sekelip mata emosi dia berubah.

Dr. Aaron mengeluh kecil. Alzheimer dia makin teruk.

"Tadi saya dengar anak saya menangis. Dia mesti lapar kan doktor?" Luna cuba untuk bangun daripada katil sebelum laju ditahan Dr. Aaron.

"Jangan, Arluna. Awak tidur dulu ya. Nanti saya akan bawakan anak-anak awak. Okay? Awak kena rehat dulu."

"Betul ke doktor?" Naif Luna bertanya, tak lekang dengan senyuman di bibir.

"Betul, Arluna." Dr. Aaron cuba untuk meyakinkan Luna. Pesakit Alzheimer seperti Luna kebiasaannya akan berlaku perubahan mood yang mendadak dan suka berilusi.

Fawwaz yang berdiri di muka pintu itu, melepaskan keluhan berat.

"Saya boleh jaga Arluna, doktor. Jangan beritahu suami dia tentang perkara ni," beritahu Fawwaz sebaik sahaja dia dan Dr. Aaron keluar dari bilik Luna.

"Tapi, kenapa? Suami Arluna berhak tahu keadaan dia. Awak tak nampak ke keadaan dia makin teruk? Dia tengah bengkak susu sebab dah lama tak menyusukan anak-anak dia.Saya tak boleh rahsiakan lagi perkara ni. Saya rasa bersalah sangat."

"Saya akan bawa Arluna ke Dubai selepas dia habis berpantang," putus Fawwaz. Semerta kata-kata yang pernah dituturkan oleh Dr. Aaron kepadanya tentang penyakit Luna kembali terngiang-ngiang di telinganya.

"Arluna Alzheimer."

"Alzheimer merupakan satu penyakit yang progresif memadam ingatan dan fungsi mental penting yang lain. Pada mulanya, seseorang pesakit Alzheimer akan mengalami sedikit kekeliruan dan sukar untuk mengingati sesuatu perkara. Lama-kelamaan, mereka akan melupakan orang yang penting dalam hidup mereka dan melalui perubahan personaliti yang mendadak."

"Atau lebih mudah saya cakap... ini adalah penyakit 'pelupa'."

"Pesakit seperti Arluna ini akan selalu ulangi pertanyaan dan soalan berulang kali. Tidak menyedari bahawa dia dah mengajukan pertanyaan sebelum ini. Mereka berisiko besar untuk sesat di tempat yang biasa dikunjungi. Lupa jalan balik rumah."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now