𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 63 | ragu-ragu

16.1K 1.7K 1.4K
                                    

Dalam beberapa chapter je saya akan fokus dekat Malique + April ni. Kalau tak suka, boleh la skip. Dekat bawah sekali baru ada part Ian - Nawal - Noah.

Enjoy your reading!

-

Beberapa minggu kemudian...

"Baru sekarang reti nak balik jumpa mama dan papa. Ingatkan kamu dah lupa jalan balik rumah." Puan Julaila menyambut kedatangan anaknya, April Qaseh dengan perlian.

April segera menyalami tangan kedua-dua orang tuanya. Dia sudah biasa dengan layanan mamanya.

"Hah, ni kenapa tiba-tiba je balik? Nak apa?" tanya Puan Julaila kasar, seakan tidak senang akan kehadiran anak perempuannya.

"April rindu mama dan papa," kata April seraya tersenyum sedikit. Dia sedikit terasa hati dengan soalan mamanya. Adakah hanya dirinya sahaja rindukan kedua-dua orang tuanya? Tetapi, sebaliknya yang dirasakan oleh mama dan papanya.

"Ouh pandai pulak ya rindu dekat kami ni. Iyalah, sanggup kamu ketepikan kami ni semata-mata nak kahwin dengan jantan tu. Mana hak kami sebagai mak dan ayah ni! Bila jantan tu dah mati... Baru kamu ingat kami yang masih hidup ni. Kamu pergilah puja jantan yang kamu sayang dan cinta sangat tu."

Encik Khairul melepaskan keluhan kasarnya. Kenapa la sikap isterinya tak pernah berubah?Anak dah balik tu dikira bersyukur sangat.

"Nama dia Malique, mama," tegur April lembut. Dia tak suka mamanya memanggil suaminya dengan panggilan 'jantan'. Agak biadap bunyinya.

"April tak pernah ketepikan hak mama dan papa. Papa ada waktu kami nikah. April ada beritahu mama pasal arwah Malique. Mama sendiri yang tak nak datang masa kami akad nikah." Tekan April mahu mengingatkan Puan Julaila kembali. Sungguh dia terasa dirinya seperti anak buangan. Ibunya langsung tidak sudi menghadirkan diri di hari bahagianya.

Puan Julaila jelas tidak menyukai arwah Malique. Baginya, lelaki itu tidak sesuai untuk anak perempuannya.

"Dah pandai menjawab eh sekarang. Ni mesti jantan tu yang ajar..." Memerah wajah Puan Julaila menahan geram.

"Julaila..." Keras suara Encik Khairul memotong percakapan isterinya.

April menyeka pantas air mata yang sudah mengalir mencemari pipinya. Tiba-tiba sahaja dia menangis. Barangkali terasa dengan sikap Puan Julaila yang sangat membenci arwah Malique. Sejak kebelakangan ini emosi dia memang tidak menentu. Dia mudah sangat menangis tanpa sebab. Selera makannya jugak bertambah. Kadang-kadang dia teringin makan makanan yang 'luar biasa'. Tetapi, tiada siapa mampu memuaskan keinginannya. Dia selalu berharap arwah Malique ada sisinya, melayani karenahnya.

Hakikatnya, April tiada sesiapa untuk dia meluahkan segala masalahnya. Dia hanya memendam sahaja selama ini.

"April ada berita gembira untuk mama dan papa." Terus melebar senyuman April. Mudahan dengan berita gembira ini dapat melembutkan hati Puan Julaila. Dia pun baru saja mendapat tahu setelah membuat pemeriksaan di klinik tadi.

"Apa?" tanya Puan Julaila dan Encik Khairul serentak dengan sebelah kening terangkat ke atas.

"... April mengandung!" Teruja.

"Mengandung?!" Naik seoktaf nada suara Puan Julaila.

Senyuman April perlahan-lahan kendur dengan sendiri. Adakah hanya dia seorang saja yang gembira dengan berita kehamilan ini? Ah, April Qaseh... Tiada sesiapa yang peduli pun tentang kau. Kalau kau mati ke hidup, tiada siapa kesah.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now