𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 53 | setahun

18.2K 2K 2.1K
                                    

Setahun kemudian...

"Lari! Selamatkan diri! Ada monster!" tempik Malique sambil tawaf mengelilingi sofa. Hana pula terkedek-kedek mengikut langkah pak su nya.

Irdina diam duduk di pangkuan April tanpa menghiraukan kembarnya yang sungguh aktif itu.

"Hana! Lari cepat! Cepat! Nanti monster tu makan Hana. Dia ngap!" Malique berselindung di sebalik sofa.

Hana berwajah takut. Dia menutup mukanya dengan tangannya yang kecil itu. Comel!

Satu...

Dua...

Tiga...

"Baba dapat tangkap Hana!" Ian yang baru pulang dari tempat kerjanya itu terus mendukung tubuh gempal anaknya itu lalu diangkat tinggi ke atas.

Hana terjerit suka. Baba dah balik!

"Baba! Baba!"

Irdina yang sedang menggigit roti yang diberikan oleh April itu terus mengangkat kepalanya tatkala terdengar nama baba dijerit oleh Hana. Terus melebar senyuman dia. Dia berdiri dan meluru laju ke arah babanya. Kaki ayahnya dipeluk kuat.

Nak bermanja jugak!

"Abang... Kau ni kacau la! Aku tengah main dengan pwincesss aku kan," rungut Malique lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan April.

"Nak sikit roti. Suap."

April menjeling Malique tajam.

Ian mendukung kedua-dua anaknya lalu dia cium bertalu-talu pipi gebu Hana dan Irdina.

Irdina tersengih suka lalu dia menyondol kepalanya di celah ketiak Ian. Dia lagi manja berbanding Hana, adiknya. Dia tak banyak celoteh. Cuma kalau dengan babanya, manjanya akan terlebih.

Hana menepuk tangannya keriangan secara tiba-tiba.

"Hana main apa dengan pak su tadi?" Ian menyelitkan rambut Hana yang terjuntai di dahi itu ke celah telinga. Rambut pun dah serabai. Hai laa... Ini mesti kerja pak su dia.

Hana membulatkan matanya lalu dia mengembungkan pipinya. "Rak... Rak... Rakcaca.Akut." Kemudian, dia memejam matanya rapat seakan menelan sesuatu yang masam. Habis berkerut muka comel tu.

Ian melepaskan tawa kecilnya.

"Berat la anak-anak baba ni. Dah besar masing-masing."

Ian memandang pula wajah Irdina yang hanya diam itu. Wajah Irdina benar-benar mengingatkan dirinya kepada bekas isterinya. Mommy kepada Hana dan Irdina. Irdina ini ibaratkan copypaste Arluna Insyirah.

Selama hampir setahun Ian berhempas pulas membesarkan anak-anaknya tanpa seorang ibu. April sudah tidak menjadi babysitter kepada twins itu lagi kerana itu hanyalah kerja sambilannya sebelum memasuki kolej. Sekali sekala gadis itu akan datang ke sini nak menjenguk dua puteri kecil itu.

"Buchuknya Hana ni. Nanti baba mandikan ya." Ian sengaja mengerutkan hidungnya kepada Hana.

Hana memuncung mulutnya ke depan. "Hm. Buchukk."

Irdina mengangkat tangannya lalu mencakar muka babanya tanpa rasa bersalah. Ini caranya untuk dia dapat attention bapanya.

"Aduh, sayang. Buruk la muka baba nanti kalau Irdina selalu cakar."

Hana membulatkan matanya lagi. Jari telunjuknya digoyang ke kiri dan kanan kepada kembarnya lalu berkata... "No! No! No!" Marah ni sebab cakar muka baba kita!

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now