𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 13 | sakit

17.3K 1.6K 570
                                    

KELUAR sahaja dari perut teksi, dia membawa dirinya ke muka pintu pagar yang sudah sedia terbuka luas bagaikan sudah mengalukan kedatangannya ke sini. Pekerja yang berkhidmat di rumah agam ini serentak menunduk kepala kepadanya di setiap laluan yang dilaluinya. Sebagai tanda hormat.

Dia turut melakukan perkara yang sama.

Hari ini cuaca sangat elok. Sekilas dia menatap dada langit dan sinaran cahaya matahari terus menusuk ke kornea matanya.

Seawal pagi lagi dia sudah keluar dari rumah dan mengambil teksi untuk datang ke sini. Jarak dari rumahnya ke sini lebih kurang sejam masa diambil.

"Ssup, abang Naz!"

"Lama dah kau tak datang sini, Malique."

Malique menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. "Busy sikit, bang. Saya tak boleh nak datang selalu nanti kantoi dengan umi saya macam mana?"

Nazrul atau lebih mesra disapa Naz itu menyambut kedatangan Malique di muka pintu utama. Puntung rokok dikepit di belahan bibirnya. Kemudian, dihembuskan asap rokok ke udara.

"Aku tahu hajat kau datang sini."

"... Follow aku."

Malique membuntuti langkah besar Nazrul yang membawa dia ke laman rumah yang terletak di tengah-tengah bahagian rumah agam ini.

"Assalamualaikum."

Sebatang tubuh yang berdiri di hadapan kolam ikan itu berpaling di saat ada sapaan yang menyapa halwa telinganya.

Sepasang mata biru itu.

Bibirnya melengkung membentuk satu senyuman.

"Babah..."

"INI semua salah kau! Kau penyebab isteri aku keguguran! Puas hati kau?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"INI semua salah kau! Kau penyebab isteri aku keguguran! Puas hati kau?"

Ian mengepung Luna. Kedua-dua tangannya mengunci badan Luna yang sudah tersandar di dinding itu.

Hanya renungan kebencian yang ada pada sinar mata Ian buat Luna.

Ian benci melihat Luna yang masih bereaksi biasa itu. Kalau tak difikirkan wanita di hadapannya ini adalah isterinya pasti sudah lama tangannya hinggap di pipi mulus tu.

Bukan salah Luna menyebabkan Nawal keguguran. Nawal hanya mahu menyelamatkan Luna sahaja saat diragut oleh dua orang peragut. Namun tidak disangka Nawal yang menjadi mangsa. Tercedera dan kehilangan banyak darah sehingga keguguran kandungan yang baru mencecah sebulan itu.

Ian meletakkan semua kesalahan itu kepada Luna.

"Kau... dan mak kau tu sama je!" tengking Ian kuat di hadapan muka Luna.

Sejak Ian mendapat tahu siapakah ibu kepada Arluna Insyirah itu. Hanya kebencian yang ada apabila mendapat tahu itulah ibu kandungnya.

Luna terpanar. Bibirnya sudah bergetar hebat.

Pang!

Kali ini tangan Luna yang hinggap di pipi Ian. Kesabarannya sudah hilang!

"Jangan pernah berani hina mak saya. Mak saya tu adalah mak awak juga! Orang yang melahirkan awak ke dunia ini!"

"Abang tak boleh nak nafikan kenyataan tu. Sebenci mana pun abang pada umi... Dia tetap ibu kandung abang! Tergamak abang cakap macam tu. Pernah tak abang fikir apa perasaan umi bila anak dia sendiri cakap macam tu?"

"... Tak cium bau syurga, abang! Ingat syurga abang terletak di bawah telapak kaki umi!"

"Abang ego! Ego! Ego! Abang angkat la ego abang tu setinggi mana pun. Bila kebenaran dah terbongkar suatu hari nanti baru abang terngadah."

Ian merengus kasar.

"Seperti mana kebencian saya kepada ibu awak itu,seperti itulah kebencian saya kepada awak, Luna! Kalau awak fikir yang saya akan terima wanita itu... Awak silap! Saya takkan lepaskan awak. Sebab, saya nak awak rasa derita yang saya tanggung selama ini. Saya akan seksa awak perlahan-lahan sehingga awak penat."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now