𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 11 | pregnant

20K 1.6K 372
                                    

DAHI Nawal berkerut sekejap apabila terasa ada benda lembut yang hinggap di pipi kanannya. Dua saat selepas itu tiada lagi benda lembut itu hinggap.

Dia yang tidur mengiring ke kiri hanya menepis malas benda lembut yang masih merayap di wajahnya. Dia masih mengantuk kerana tidak cukup tidur. Jam 2 pagi baru dia berjaya melelapkan matanya kerana menunggu kepulangan Ian. Dia risau apabila Ian tidak berjaya dihubungi semalam. Pesanan akhir daripada Ian adalah mengatakan yang dia terpaksa bekerja lebih masa. Sanggup dia menunggu Ian pulang dari tempat kerja sehingga jam 2 pagi. Penantiannya hanya sia-sia apabila Ian tidak pulang.

Selang beberapa saat kemudian, kedengaran suara garau seseorang tertawa kecil di bahagian telinganya. Melalui tawa bermelodi merdu itu sahaja Nawal sudah tahu sesiapa yang menggangu lenanya.

Perlahan-lahan Nawal membuka matanya. Ruang di sebelahnya dipandang sekilas. Kosong. Baru dia perasan ada tangan yang menongkat di sisi kepalanya. Tilam juga sedikit tenggelam.

Nawal mengalihkan pandangan ke atas.

Ian.

Ian sedang dalam keadaan tekan tubi di atas Nawal sambil tersenyum nipis memandang wanita itu.

Nawal membalas senyuman Ian. Matanya digosok perlahan. Menghilangkan rasa mengantuknya yang masih tersisa.

"Hey, sayang..." Suara seksi Ian menyapa Nawal, serentak itu dia turun dan mencium sekilas pipi Nawal.

"Bila abang balik? Saya ingatkan abang tak balik... Lama saya tunggu abang semalam. Saya risau bila saya call abang tapi... Abang tak angkat langsung."

Ian terasa amat serba salah kerana menyebabkan wanita kesayangannya menunggunya semalam sedangkan dia bersama dengan Luna. Pada jam 4 pagi dia bergegas memandu pulang ke sini dan dilihatnya saat itu Nawal terlena di atas sofa ruang tamu bukan di dalam bilik. Menggunung rasa bersalahnya kepada Nawal.

"Sorry... Telefon abang habis battery semalam. Lama ke Nawal tunggu abang?"

"Abang balik pukul berapa semalam?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Pukul 1 pagi." Bohong Ian.

Kenapa abang tipu? Mana abang pergi sebenarnya semalam? bisik Nawal di dalam hati.

"Ouh... Saya mengantuk sangat jadi saya tertidur dalam pukul 11." Nawal mengikut rentak Ian. Sejak kebelakangan ini seperti ada sesuatu yang disembunyikan oleh suaminya.

"Sorry," ucap Ian lagi. Kali ini bibirnya menindih lembut bibir isterinya.

Nawal tersenyum segaris. Tangan naik merangkul leher suaminya yang masih berada di atasnya.

"Abang..."

"Ermmm..."

"Abang nak anak kita nanti panggil kita apa? Mama? Papa? Daddy ? Mommy?"

Ian mengerut keningnya. Kenapa macam tiber sangat soalan isterinya ni?

"Entah la. Abang tak pernah terfikir," jawab Ian malas.

Wajah ceria Nawal tadi mulai berubah. Kenapa melalui nada suara Ian itu jelas menunjukkan lelaki itu tidak berminat apabila mengenai isu anak? Ian tidak mahu ada anak bersamanya ke?

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now