𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 71 | maut

35.3K 2K 688
                                    

NAWAL menghempas kuat pintu biliknya sebaik sahaja bayangan lelaki itu sudah hilang dari pandangannya. Dia mengurut kepalanya yang masih tersarung shawl. 'Sesuatu' yang diberikan oleh Ian, masih berada di dalam genggamannya.

Hatinya menjadi tidak keruan. Semua kata-kata Ian masih segar di ingatannya.

Nawal melabuhkan punggungnya di hujung katil lalu dia mendongak kepalanya memandang lama siling bilik tidurnya. Ada sesuatu yang menggangu fikirannya. Jantungnya sudah berdetak laju.

"Abang nak pergi jauh."

"Ian nak pergi Langkawi kut. Nak try makan ikan siakap harga kayangan dekat sana. Positif Nawal!" Dia melepaskan tawa yang tersangat la hambar. Ayat nak sedapkan hatinya yang sedang galau.

Sesaat kemudian dia bergulingan di atas katil itu. Nak fikir positif tak boleh dah dalam keadaan macam ni. Terlalu banyak prasangka buruk yang mula bersarang di fikirannya. Bukannya dia tak perasan perubahan tingkah laku lelaki itu sejak semalam lagi. Ian seakan mahu mengelak daripadanya. Bercakap pun tidak sehinggalah 'pertemuan terakhir' mereka sebelum lelaki itu berangkat pulang ke KL.

Nawal membuka genggaman tangannya yang kecil itu dan terlihatlah...

Sebentuk cincin iaitu...

Cincin kahwin mereka.

Nawal menggigit dinding pipinya dari dalam. Sepasang matanya sudah mulai berkaca-kaca mahu merembeskan cecair jernih yang hangat. Please don't cry, Nawal!

Petunjuk apakah ini?

Ian berikannya cincin kahwin yang selama ini tersarung elok di jari lelaki itu.

"Kenapa awak masih pakai cincin tu?"

"Sebabnya hanya satu. Kerana abang masih cintakan Nawal Salwana."

"I... Ian d... dah tak cintakan aku ke? D... Dia dah putus asa?" Suaranya bergetar hebat.

Segera Nawal menghapuskan air mata yang sudah mencemari pipinya. Lemahnya kau Nawal saat ini. Hanya kerana cinta. Cinta kau terlalu besar untuk lelaki bernama Tuan Ian Al-Fattah.

"Bodohnya kau Nawal. Kau lupa ke apa yang kau cakap dekat dia sebelum ni?" Nawal melepaskan tawa sinis mengenangkan kelancangan mulutnya sebelum ini.

"Awak saja cakap macam tu supaya saya rasa serba salah. Saya dah kenal sangat perangai awak Tuan Ian Al-Fattah. Awak suka buat saya rasa serba salah dengan ayat-ayat awak. Ayat awak tu kononnya macam awak nak mati."

"Awak sakit ke?"

"Tak en. Ingat ni drama melayu ke. Kononnya hero tu kanser tahap empat la."

"... Tapi elok jugak kalau awak ni betul-betul sakit. Biar awak rasa apa yang saya lalui selama ni."

Nawal menepuk mulutnya berulang kali. Kasar sangat kata-kata yang dilemparkan kepada Ian. Niatnya hanya mahu menyakiti perasaan lelaki itu saja. Mahu lelaki tu rasa apa yang dilalui selama ini. Kini, terpunduk dia dalam kehibaan.

Dia melirik sekilas ke arah telefon pintarnya yang berada di atas meja. Nak tak call Ian?

Nawal menggeleng kepala laju. Idea tu macam tak kena je.Padahal Ian baru saja bertolak tak sampai beberapa puluh minit.

"Kalau aku call dia pun, aku nak cakap apa? Nak cakap..."

"... saya rindu awak la, Ian."

Nawal geleng kepala. Bunyinya sangat gedik.

"... come to me sayang sayang."

Lagilah tak!

Kesudahannya Nawal mengambil keputusan untuk melelapkan matanya sebentar. Rasa mengantuk pulak.Moga mimpi yang indah. Dia merebahkan badannya di atas tilam yang empuk itu setelah menanggalkan shawl dari kepalanya. Dia baring mengiring dengan cincin lelaki itu di dalam genggamannya. Mengganggap dengan cara ini dapat merasakan kewujudan Ian di sisinya. Baring di sebelahnya.

"Bidadari abang."

Terasa ada usapan hangat yang mengenai ubun-ubunnya.

Tepat jam 2 petang, Nawal terjaga daripada tidurnya. Lebih kurang dua jam dia tertidur. Kemudian, dia segera membersihkan dirinya dan menunaikan solat zuhur. Dengan diri yang masih lengkap berpakaian telekung, Nawal terdetik mahu membuat panggilan telefon terhadap lelaki itu.

Cubaan pertama. Tak berjaya.

Dia cuba lagi dan lagi...

Debaran kian terasa. Kenapa Ian tak jawab call dia? Dah tak sudi ke?

"NAWAL!!!" Laung satu suara kuat dari luar kamar tidurnya. Itu suara maknya.

Selang beberapa saat kemudian, terjengul wajah cemas Mak Seha di sebalik pintu biliknya.

"Kenapa mak?" tanya Nawal dengan nada yang memberat.

"I... Ian... Di... Di... Dia dan anak-anak..." Terputus-putus suara Mak Seha.

Hati ini tidak kuat, Tuhan. Apa lagi ujian yang kau berikan kepada aku.

"Mereka kemalangan. Kereta yang dipandu Ian terlanggar besi penghadang jalan. Mereka terbabas." Kali ini Mak Seha berjaya menyampaikan berita itu dengan keadaan yang tenang.

"Dua orang maut," sambung Mak Seha lagi.

"Allahu akbar!"

Gugur air mata Nawal. Aku tak kuat Ya Allah. Sekali lagi aku diuji.

"Cantik bidadari abang ini."

Sesak dadanya dihimpit satu rasa.

"Si... si... siapa yang m... maut mak?"

Air mata Mak Seha turut mengalir. "Kita pergi hospital dulu. Nanti Nawal akan tahu." Sengaja dia tak mahu menjawab persoalan anak perempuannya. Dia sendiri tak cukup kuat menerima berita ini, apatah lagi seorang Nawal Salwana.

"M... Ma... Mak. Ian selamat kan?"

Mak Seha menggeleng kepalanya perlahan.

Ya Allah... Aku berharap ini hanya la mimpi. Tolong kejutkan aku dari mimpi ngeri ini. Aku tak kuat.

Berapa tahap sedih buku ni? /10

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Berapa tahap sedih buku ni? /10

Ready untuk plot twist terakhir daripada
MairaAdh!

500 VOTES FOR UNLOCK NEXT CHAPTER

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now