𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 23 | pilihan

16K 1.6K 710
                                    

"MALIQUE! Malique! Malique!" Adam menempik kuat, berulang kali memanggil nama anak lelakinya sambil memangku kepala Hawa di atas ribanya.

Hawa separa sedar di dalam pangkuan Adam. Matanya sudah tidak berdaya untuk dibuka. Perutnya kembali memulas kuat. Air mata tidak henti-henti mengalir menahan sakit yang ditanggung.

"Sabar, Hawa... Kita akan pergi ke hospital.Tolong bertahan,"rayu Adam dengan nada suara yang lemah. Dia tidak betah lagi duduk di sini tanpa berbuat apapun. Dengan kadar segera dia mencempung tubuh Hawa keluar daripada bilik. Dan, di saat itu terjengul wajah kerisauan Malique di muka pintu.

Bola mata Malique jatuh melihat uminya yang separa sedar itu. Ada darah mengalir dari mulut Hawa.

"U...Um...Umi kenapa babah?"

"Kita pergi hospital sekarang."

Malique mengganguk kepala laju.

Sekali lagi Hawa terbatuk kasar dan memuntahkan sesuatu di atas lantai. Dua pasang mata di situ sudah tergamam dengan apa yang dilihat di atas lantai itu.

Helaian rambut dan serpihan kaca yang berlumuran dengan darah.

Malique cepat menangkap situasi sebenar yang berlaku. Hawa tidak perlu pergi ke hospital tetapi...

"A... A... Ada orang santau umi."

"S...sak... sakit, abang," rintih Hawa.

"Kita pergi hospital sekarang!" putus Adam tanpa mengendahkan kata-kata Malique tadi.

"Kita pergi hospital sekarang!" putus Adam tanpa mengendahkan kata-kata Malique tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DIA mengundur ke belakang sehingga belakang badannya sudah bertemu dengan dinding. Dikepung oleh lelaki yang tidak dikenali itu. Jarak mereka hanya beberapa inci sahaja sebelum bersatu

"J... jangan... da... datang de... dekat." Tutur percakapan Luna tersekat-sekat. Dia takut! Lelaki ini tidak dikenali. Bagaimana jikalau lelaki ini ada agenda jahat terhadapnya?

"Balik, Luna. Ini bukan tempat Luna. Ikut abang pulang."

"S... saya tak kenal awak. A... awak orang jahat."

Air muka Ian berubah keruh. Dia meraih lembut pergelangan tangan isterinya. Dia cuba menyorokkan perasaannya di saat ini dengan mengusap lembut kekura tangan itu. Senyuman manis diukirkan.

"Ini abang, sayang. Suami Luna. Kita balik ya, sayang?"

Luna bingung. "S... sua... suami? Awak suami saya? Bila kita berkahwin?"

Ian tenang membalas. "Ya, ini Ian. Suami kepada Arluna. Kita dah lama kahwin. Kita balik rumah ya. Baby Irdina dah lama tunggu mommy dan baba dia."

Sejenak Luna mendiamkan diri sebelum ada senyuman menghiasi wajah cantik itu. Mata mulai bersinar terang. "Abang..." Dia tersedar.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now