𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 09 | fawwaz zayden

17.2K 1.5K 125
                                    

LAMUNANNYA tersentak apabila merasakan bahu dicuit. Pantas kepala menoleh ke sebelah dengan kening terangkat tinggi. Bibirnya bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu.

"Kau termenung apa, Nawal? Jauh betul lamunan kau. Fikirkan siapa?" soal Alya yang sudah mengambil tempat di hadapan Nawal. Buku notanya diletakkan sekali di atas meja. Sekali teguk dia menghabiskan ice lemon tea yang dibelinya tadi. Haus!

"Ingat dekat suami la tu..." Sambung Alya lagi dengan senyuman mengusik.

Nawal menghembuskan nafas perlahan. Kepala digeleng sekali. Tanda tidak. "Nothing la..." Lemah suaranya berkata.

Kening Alya mengerut sedikit. Hairan. Nawal nampak berbeza hari ini. Tidak seperti hari-hari sebelum.

Alya meramas lembut kekura tangan Nawal. "Kau okay tak ni? Ada problem? Mind to share with me?" tanya Alya penuh prihatin.

Nawal tersenyum paksa. "Aku okay.... Cuma tak sihat badan je."

"Kau mengandung?" Tebak Alya.

Membulat besar mata Nawal. Eh, sampai ke situ pula!

"Weh, kau mengandung ke?" tanya Alya lagi sudah bernada suara ceria. Sabar menanti jawapan daripada Nawal.

"Belum rezeki lagi, Alya. Aku dah check hari tu."

Ya, belum rezekinya lagi untuk memiliki anak bersama encik suami. Tipu jikalau Nawal tak ingin mengandung dalam masa terdekat ini. Tetapi, dia harus akur yang masanya belum tiba. Lagipun usia perkahwinannya dengan Ian baru mencecah enam bulan. Masih lagi awal. Ian pula langsung tidak membangkit isu anak selama ini.

"Dua tiga bulan nanti ada la tu. Tak sabar aku nak tengok anak-anak kau nanti. Mesti comel. Untung sia dapat suami mata biru. Confirm mata tu melekat dekat anak-anak kau nanti. Grrr..."

Nawal tersenyum nipis.

Mereka berborak seperti biasa menceritakan hal semasa sehinggalah Nawal mengangkat punggungnya untuk meminta diri.

"Alya, aku balik dulu la. Aku memang tak sihat badan."

Alya turut bangun sekali. "Kalau tak sihat badan... Aku boleh hantarkan kau pergi klinik."

"Tak apa la, Alya. Aku nak balik rumah terus. Aku boleh naik teksi." Nawal menolak baik ajakan rakannya. Senyuman lebar sempat dilayangkan kepada Alya sebelum mengatur langkah pergi.

 Senyuman lebar sempat dilayangkan kepada Alya sebelum mengatur langkah pergi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"KAU rilek. Yang kau gelabah beruk asal?" Sakit mata Dee melihat Luna yang sudah seperti cacing kepanasan itu. Sebelah sikunya ditongkatkan di atas bahagian depan kereta Luna yang tersadai di hadapan rumah sewanya.

"Fawwaz weh. Macam mana aku nak rilek dalam keadaan sekarang? Family dia hantar rombongan masuk meminang aku. Umi call aku tadi."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now