𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 08 | i love you

17.5K 1.6K 250
                                    


LUNA naik ke atas katil, merebahkan badannya. Gebar ditarik ke atas sehingga paras dadanya. Mata Luna terpasak memandang siling untuk seketika. Memikirkan sesuatu.

Ian yang baring membelakangi dirinya dipandang lama. Ulas bibirnya menarik senyuman kecil. Walaupun perilaku suaminya masih dingin dengannya, masih ada kelembutan dalam diri Ian. Fikirnya Ian akan pulang ke rumahnya bersama Nawal. Tetapi, Ian membuat keputusan untuk bermalam di sini. Bersamanya.

Entah apa alasan yang digunakan oleh Ian untuk membohongi Nawal.

Luna mengesot badannya, merapati Ian. Kepalanya diangkat sedikit mahu memastikan sama ada suaminya benar-benar tidur atau belum.

Comel, detik di hati Luna. Tenang sahaja wajah Ian di saat ini. Tiada lagi wajah tegang yang selalu ditayangkan.

Tangan Luna mengelus lembut rambut lebat Ian.

Cup!

Luna mengucup lama tepi dahi Ian. "I love you."

Kemudian, tangan panjangnya memeluk erat belakang badan Ian yang terdedah tanpa ada sebarang fabrik melekat. Muka disembamkan di situ juga. Terasa kehangatan tubuh badan mereka apabila bersatu.

Ian mencelik matanya perlahan. Dia masih belum tidur sepenuhnya.

"I hold you in my heart and have you in my mind. I'll wait for you however long. My love for you is blind. You are my lover. My everything."

Ian tersenyum sedikit. Mampukah aku bersikap adil di antara isteri-isteri aku? Itu yang terdetik di hatinya.

"Sleep, Luna. " Ian bersuara lembut.

"Thank you abang for stay with me." Sebak menghurung dada Luna. Ketahuilah bahawa hati Ian tidak sekeras mana. Cuma lelaki itu memerlukan masa untuk menerima dirinya dalam hidup lelaki itu. Oleh itu, Luna akan menunggu saat itu tiba.

Ian memusing badannya dan wajah cantik isterinya memenuhi pandangannya.

Arluna Insyirah memang cantik. Itu tidak dapat disangkal lagi. Keindahan wajahnya akan menarik mana mata-mata lelaki untuk melihat tanpa berkelip mata. Siapa sahaja takkan terpegun.

Tangan besar Ian naik menyentuh kepala Luna secara lembut. Diusap beberapa kali rambut hitam pekat itu.

"Abang nak tau tak... Dulu rambut Luna keriting tau. Macam maggie orang kata," beritahu Luna secara tiba-tiba. Tersengih lebar. "Sebab papa Luna rambut keriting juga."

"Mesti comel..." gumam Ian perlahan. Tanpa sedar dia tersenyum segaris. Membayangkan isterinya di zaman kanak-kanak. Begitu ralit dia menatap wajah Luna membuatkan wanita itu tertunduk malu.

"Mestilah comel... Luna budak paling comel tau dulu. Muehehehe..." Ceit! Puji diri sendiri.

Ternaik hujung bibir Ian. Tiada lagi wajah tegang yang selalu ditayangkan. Luna memang melucukan!

"Perasannya la dia ni..." Ian memicit kuat pucuk hidung mancung Luna dengan kuat. Terhibur dia melihat wajah cemberut Luna minta dilepaskan.

"You're so funny la...." Tambah Ian lagi. Entah mengapa ringan sahaja mulutnya ingin berbual mesra seperti ini dengan Luna. Hilang sudah stressnya memikirkan masalah rumahtangganya dan bebanan kerja di syarikat.

Luna tersenyum bahagia.

Walaupun dia tahu perubahan sikap Ian ini hanya untuk sementara.

Pasti sahaja bila tiba esok, tiada lagi sisi Ian ini ditonjolkan. Semuanya akan kembali seperti asal.

Every morning I wake up and seeThe most handsome man lying next to me

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Every morning I wake up and see
The most handsome man lying next to me.
He's the one I cherish and love,
I will love him as faithful wife should
And do everything for him, I could.
I would let him know every day
That I love him more than words can say.

-Luna-
0404

Sesudah menoktahkan ayatnya, Luna meletakkan pen di atas meja. Membaca kembali ayat-ayat yang dikarangnya pada pagi ini. Itulah rutin hariannya setiap hari. Akan mencatatkan sedikit tentang kisahnya di dalam diari birunya itu. Dia tidak akan lupa untuk mencoretkan namanya dah tarikh di setiap helaian mukasurat.

Dia menampal sekeping gambar suaminya yang masih tertidur lena itu di helaian mukasurat itu. Comel! Dia telah menangkap gambar itu secara sembunyi. Hehe.

Selepas mengahwini Ian, diari birunya mulai dipenuhi tentang Ian. Kehidupannya selepas berkahwin dengan lelaki itu. Sudah hampir seminggu tempoh perkahwinan mereka. Sehingga kini, tiada lagi sesiapa yang tahu termasuk uminya.

"Assalamualaikum... Where are you at?" Suara Hawa kedengaran di corong telefon sebaik sahaja diangkat panggilan daripada uminya.

"Waalaikumussalam... Err... Luna ada dekat luar, umi. Luna ada dengan Dee sekarang. Kenapa?" Luna menggigit bibir bawahnya penuh rasa bersalah kerana telah menipu Hawa. Dia terpaksa!

"Fawwaz," kata Hawa sepatah.

Fawwaz. Senyuman yang tergantung di bibir Luna kian pudar dengan sendiri.

"Rombongan meminang dari keluarga Fawwaz untuk Luna." Lembut suara Hawa berkata.

I'm dead!

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now