𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 07 | bertanggungjawab

18.7K 1.6K 588
                                    

IAN terjaga apabila terdengar bunyi orang sedang mendengus resah dan ada tangisan kasar yang dilepaskan. Perlahan-lahan dia membuka mata. Kepalanya masih berdenyut sakit akibat tidak cukup tidur. Bunyi esakan itu semakin kuat dan laju bola matanya mencari sumber bunyi itu.

Dahinya berkerut menimbulkan beberapa lapisan di atas dahi. Matanya tertancap pada sebatang tubuh seorang wanita yang berdiri menghadap tingkap dan membelakanginya. Memakai bathrobe putih.

Untuk seketika Ian dilanda kebingungan. Siapa wanita tu?

Tangisan itu masih berbunyi.

Spontan, rentetan peristiwa malam tadi kembali berlayar di ruang matanya. Daripada mula sehingga ke akhir.

Ian memegang kepalanya yang makin berdenyut kuat.

"Ya Allah!" teriak Ian kuat apabila tersedar sesuatu. Matanya meluas besar. "Ya Allah... What I have done?"

Figura tersebut berpaling.

Arluna Insyirah.

Wajah cantik itu sudah dicemari dengan air mata. Air mata yang tak henti-henti mengalir daripada tadi. Siapa sahaja takkan terkejut apabila tersedar dari tidurnya, dia berada di dalam dakapan seorang lelaki tanpa ada sebarang fabrik melekat pada kulitnya mahupun lelaki itu. Bertambah terkejut apabila ada melihat tompokan darah di atas cadar katil hotel tersebut.

"I... Ia...Ian."

Ian masih terkaku.

"M... Ma... Maafkan saya, Luna. Maafkan saya. Saya dah ro... rosakkan awak. Maafkan saya..." Air mata jantan Ian menitis. Kesal dengan apa yang telah dia lakukan. Diluar kewarasannya. Dia telah mengambil hak yang bukan milik dia. Dia telah merosakkan masa depan wanita itu.

Luna menekup mukanya dengan telapak tangan.

Bukan salah Ian.

Masing-masing di bawah pengaruh alkohol. Mabuk.

"Izinkan saya bertanggungjawab dengan apa yang terjadi semalam. Saya bukan lelaki dayus untuk lepaskan apa yang saya patut buat." Dengan sehela nafas Ian berkata selepas beberapa minit menyepi.

Luna memanggung kepalanya. Tercengang.

"Saya dah ambil hak yang bukan milik saya. Awak mungkin boleh mengandung, Luna. Saya perlu bertanggungjawab."

"Kita nikah hari ini juga." Sambung Ian lagi.

J... Jadi bini kedua Ian? Ma...Mampukah aku bertahan dengan perkahwinan tanpa cinta ni? Ian tak cintakan aku, bisik Luna di dalam hati.

MATA Luna jatuh pada cincin yang tersarung di jari manisnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

MATA Luna jatuh pada cincin yang tersarung di jari manisnya. Matanya merenung cincin itu dengan renungan kosong. Cincin perkahwinannya.

"Kita dah jadi suami isteri, Ian."

Wajah Ian langsung tidak bereaksi. "Awak tahu kan yang saya dah ada isteri... Dan, saya sangat mencintai dia."

Kolam mata Luna mula bergenang dengan air mata. Menunduk kepalanya, meramas resah kedua-dua tangannya yang bercantum erat itu. Kata-kata Ian bagaikan pisau belati yang menghunus sekeping hatinya. Sakit.

"T... Tapi, saya pun isteri awak, Ian." Luna memberanikan dirinya menyentuh tangan lelaki yang baru bergelar suaminya itu.

Ian menolak sedikit kasar tangan Luna, menjauhi dari dirinya. Wajah Luna langsung tidak dipandang. Matanya lurus memandang jalan raya.

"Memang awak isteri saya. Tetapi, hanya isteri di atas kertas, Luna..."

Sakit. Tanpa sedar ada manik putih yang menempias pipi Luna. Kenapa harus begini nasibnya? Bukan ini yang dipinta.

"... Saya kahwini awak atas rasa bertanggungjawab sebab saya dah ambil hak yang bukan milik saya. Perkahwinan ini tidak membawa apa-apa makna pun. Saya cintakan Nawal. Hanya dia seorang sahaja. Saya nak perkahwinan kita dirahsiakan. Saya tak mahu sesiapa tahu terutamanya Nawal. Saya tak mahu dia yang terluka jikalau dapat tahu tentang kita."

Awak hanya mahu menjaga hati Nawal, tetapi saya? Ada awak fikir perasaan saya ni? bisik Luna di dalam hati. Tak mampu diluahkan di mulut kerana tak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang kian menegang itu.

Kau kuat, Luna. Sekarang kau dah bergelar isteri kepada Tuan Ian Al- Fattah.

"Adakah awak akan lepaskan saya, Ian?" Berat nada suaranya. Sungguh, dia amat gerun memikirkan perkara itu yang akan dilakukan oleh Ian suatu hari nanti.

Mampukah perkahwinan tanpa cinta ini akan bertahan? Ian hanya menikahi dirinya atas rasa bertanggungjawab. Jadi tidak mustahil Ian akan melepaskannya suatu hari nanti.

Badan Ian mengeras saat diajukan soalan itu.

"Ian..."

"Diam, Luna." Kasar. Stereng kereta digenggam kuat. Pedal minyak ditekan kuat, memperlajukan lagi pemanduannya. Fikirannya kusut saat ini. Semua ini terjadi dalam sekelip mata.

Luna mengerling sekilas wajah tegang Ian dari tepi. Ian langsung tidak mahu menatap wajahnya.

Jijik sangatkah aku di matanya? bisik Luna di dalam hati. Kenapa mudah sangat kau terasa hati dengan setiap perilaku dinginnya?

Hati kau kena kental, Arluna Insyirah. Ini ujian untuk kau.

"Saya nak awak pindah masuk apartment saya. Nanti saya akan beri kunci." Arahan tegas dikeluarkan. Kini, Luna menjadi tanggungjawabnya juga. Apartment mewah yang pernah diberikan oleh Salsabila setahun yang lalu. Dia jarang pulang ke apartment tersebut.

"Saya tahu awak model. Jadi, saya nak awak berhenti jadi model." Sambung Ian lagi.

Luna mula mahu membentak. Kalau part yang ini, dia tak boleh nak bertolak-ansur. Dengan semudahnya Ian suruh dia berhenti menjadi model. A big NO!

"Awak tak boleh buat saya macam ni!"

"Saya lebih daripada mampu nak sara hidup awak." Masih tenang Ian membalas.

"Tolonglah Ian... Itu cita-cita saya daripada dulu. Saya tak boleh nak batalkan kontrak seperti itu je."

Ian mengunci mulutnya. Rayuan Luna tidak diendahkan. Stereng kereta dipusing membelok masuk ke satu simpang.

"Ian..."

"Aku ni suami kau. Aku tak suka isteri aku kerja macam tu. Kau suka tayangkan body kau dekat orang ramai? Macam tu cara kau cari duit selama ini? Pakai pakaian yang terdedah sana sini... Mak bapak kau tak ajar ke selama ini?" Jerkah Ian lantang, mahu bergegar isi alam. Tanpa sedar, dia telah menggunakan bahasa yang cukup kasar. Sangat kesat. Kesabarannya makin menipis.

"Cukup aku cakap sekali je... Aku tak suka nak berkasar dengan kau. Kalau kau hormat aku sebagai seorang suami, kau buat apa yang patut."

Luna terpana dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Ian.

Kenapa awak macam ni, Ian? Saya tak sangka awak macam ni. Awak hina saya dan awak hina mak ayah saya, bisik Luna.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now