𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 12| adam

17.4K 1.6K 468
                                    

"HAWA..."

Hawa yang sedang menyusun atur juadahnya di atas meja makan, tersentak dengan sapaan itu. Kepalanya dipanggung memandang wajah tampan Muhammad. Bibirnya ikut tersenyum. Sudah agak lama Muhammad tidak datang bertandang ke rumah agam ini. Baru hari ini nampak muka.

"Bila awak sampai, Muhammad?" tanya Hawa mesra.

"Baru lagi. Malique yang tolong bukakan pintu untuk aku tadi. Sebelum tu aku jenguk ibu dulu dekat atas. Banyak betul idea ibu nak berbual dengan aku. Macam-macam soalan dia tanya... Kenapa aku dah lama tak datang melawat dia. Aku tengok ibu makin sihat sekarang..." beritahu Muhammad panjang lebar. Kemudian, bola matanya turun melihat juadah yang disediakan untuk makan malam. Banyaknya yang Hawa masak. Ada tetamu ke?

"Mana Luna? Aku tak nampak batang hidung budak tu pun."

"Luna dah pindah keluar, Muhammad." Sedih bunyinya. Hawa sampai sekarang tak memahami mengapa secara drastik Luna membuat keputusan untuk pindah keluar tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Pada hari itu juga Luna mengemas semua barangnya dan keluar dari rumah ini. Langsung tidak memaklumkan kepadanya alamat rumah baru.

Hawa hairan melihat sikap Luna sejak kebelakangan ini. Tak pernah lagi Luna buat perangai macam ni. Selalunya Luna pasti akan berbincang dengan dia jikalau ada masalah. Mengenai hal rombongan meminang dari keluarga Fawwaz terus didiamkan.

Muhammd menjatuhkan kepalanya beberap kali. "Ada tetamu ke malam ni? Banyak kau masak..."

"Haah. Katanya kawan Luna nak datang. Luna kata dekat saya dia nak beritahu sesuatu yang penting. Kejap lagi dia orang sampai lah tu."

"Entah-entah benda penting yang dia nak kata tu... Dia nak kahwin. Ye dok? Bawa balik boyfriend dia la tu nak kenalkan dekat kau." Muhammad serkap jarang.

Riak wajah Hawa berubah. Tak terfikir pula dia. Adakah tetamu yang dimaksudkan itulah Fawwaz?

Eh, takkan lah.

Kalau bukan Fawwaz, siapa? Takkan Luna dah ada calon lain? Fawwaz nak campak mana pulak?

"Anak yang kau jaga dari kecil tu dah besar Hawa... Dah boleh mendirikan rumahtangga. Kau je Hawa... Takkan sampai tua kau nak hidup seorang? Siapa yang nak jaga kau bila dah tua nanti?Anak-anak kau mesti dah ada keluarga sendiri nanti." Ada maksud yang tersirat dari kata-kata yang dituturkan oleh Muhammad.

Tak boleh move-on lagi ke, bang?

Hawa jelas sekali tidak menyenangi dengan butir bicara Muhammad. Sudah berpuluh-puluh kali dia mengatakan bahawa tiada sesiapa boleh gantikan tempat suaminya, Tuan Muhammad Adam Ferhad. Cinta matinya hanya untuk lelaki bermata biru itu. Biarlah hari tuanya nanti dia keseorangan, dia tidak peduli. Semoga di syurga nanti dia bisa dipertemukan kembali dengan Adam. Itu doa yang diangkat di setiap akhir solatnya.

"Kalau Adam hidup lagi macam mana?" Muhammad bersuara lagi apabila Hawa sudah melakukan silent treatment terhadapnya kerana telah membangkitkan isu sensitif.

Hawa ketawa kecil. "Orang yang dah mati mana boleh hidup kembali."

"Tiada apa yang mustahil, Hawa. Macam mana kalau aku kata yang dua puluh tahun lepas itu bukan mayat Adam? Tetapi, orang lain. Adam masih lagi hidup di luar sana."

"Cukup, Muhammad. Suami saya dah tak ada. Berhentilah cakap benda yang merapu."

"Hawa... Tolong dengar apa yang aku nak kata ni."

Muhammad mendekati Hawa. Mahu wanita itu mendengar penjelasannya.

Wajah Hawa sudah berubah tegang. Tiada lagi kelembutan dari sinar wajah itu.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now