𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 28 | sabar

14.8K 1.6K 1.1K
                                    

ADAM merebahkan badannya di sebelah Hawa kemudian meletakkan sebelah tangannya di bawah kepala Hawa. Dijadikan alas kepala.

Ada sesuatu yang difikirkan oleh Hawa sedari petang tadi. Sesekali dahinya akan berkerut. Langsung tak menyedari si suami memerhati setiap gerak gerinya penuh minat.

"Fikirkan apa erm?" Adam menenyeh matanya sekali. Kelopak matanya mulai memberat. Dia memang dah mengantuk, tapi Hawa ni nampak segar aje lagi. Tak ada tanda-tanda nak tidur.

"Hawa tak boleh nak tidur la abang." Dia mengeluh sekali.

"Nak abang dodoikan Hawa? Meh, abang tepuk punggung Hawa sambil selawatkan untuk Hawa." Laju je Adam menawarkan perkhidmatan.

"Okay jugak." Hawa tanpa fikir panjang memberikan kata putus. Maka, encik suami pun mendodoikan cik isteri sambil berselawat.

"Hawa tak suka dengan tindakan Ian sekarang. Ian tak adil di antara isteri-isterinya. Hati Hawa ni sakit tengok apa yang dia buat. Dia lebihkan Luna daripada Nawal.Sepatutnya dia kena adil."

"Sebab tu abang tak kahwin dua," celah Adam selamba lalu tersengih tak bersalah.

"Maksudnya abang ada niat ke sebelum ni nak kahwin dua?" Suara Hawa terus bertukar garang.

Adam tertawa resah. "Mana ada. Haha." Ketawa hambar.

"Abang jangan macam-macam eh. Dari dulu lagi Hawa kasi warning kalau abang berani buat Hawa macam tu... Hawa kerat badan abang 16 bahagian kemudian buang dalam sungai. Ada berani?" Mata Hawa meluas. Acah gengster jap! Biar Adam gerun.

Ganas bini aku!

"Tak ada berani la, sayang. Abang kan cintakan Hawa seorang je. Buat apa abang nak cari yang lain kalau Hawa satu-satunya wanita yang abang cintai dari dulu sehingga sekarang. Penat tau abang ngorat Hawa dari zaman universiti dulu. Hawa buat bodo je. Tak layan abang yang hensem nak mampos ni. Abang ingat lagi ayat yang Hawa pernah kata dekat abang dulu. Bunyi dia macam ni..."

Ayat mana pulak dah ni?

"Hey! Awak ingat ni kisah cinta Adam dan Hawa ke? Lepaskan tangan saya cepat!" Beria Adam cuba mengajuk suara Hawa versi terkepit sekali dengan aksi tangannya sekali. Mimik wajah penting!

"Abang ni kan! Argh!!!" Hawa malu sendiri apabila terkenangkan kisah yang lalu.

"Kebetulan sungguh. Siapa sangka jodoh kita bersama. Memang kisah cinta Adam dan Hawa betul." Adam tersengih lebar sehingga menampakkan gigi taringnya.

"Hawa tak usah la memikirkan sangat masalah diaorang tu. Budak-budak tu dah besar pun. Itu masalah Ian sendiri. Kita tak payah nak masuk campur. Siapa suruh nak berbini dua... Itulah padahnya. Kita sendiri kena bersikap adil. Kalau tak mampu jangan nak mengada cari yang lain."

"Abang ni ada Hawa seorang pun dah pening nak layan perangai Hawa yang macam musim ni. Kejap jadi mak singa yang suka menerkam. Kejap jadi anak kucing yang suka mengiau, manja je. Itulah isteri abang. Isteri dunia akhirat dan ketua bidadari syurga abang."

"Kita ni dah tua, Hawa. Bukannya muda lagi. Marilah kita fokuskan tentang hubungan kita je. Perancangan keluarga. Nak tambah anak lagi tak? Kita lawan Ian dan Luna."

Dahi Hawa berkerut seribu. Aik. Macam tiber je ayat yang last tu.

 Macam tiber je ayat yang last tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now