𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 15 | kebenaran

17.9K 1.7K 853
                                    

"BABAH terlambat ke, anakku?"

Senyap.

Ian menundukkan wajahnya memandang tangannya sendiri. Selama ini darah yang mengalir di dalam tubuhnya adalah darah lelaki itu juga. Lelaki yang menghilang selama hampir dua puluh tahun itu adalah bapa kandungnya.

Dia tidak dapat membohongi perasaannya saat ini. Jujur dia rindu dengan panggilan 'babah' itu. Gelaran seorang bapa. Cukup melembutkan menyapa halwa telinganya.

Umi.

Walau egonya tinggi melangit, masih ada sesuatu yang mampu meruntuhkan tembok keegoannya dengan mudah apabila melihat tangisan seorang ibu. Di mulut sahaja dia menuturkan kata benci terhadap ibu kandungnya. Tetapi, apabila melihat wanita itu menangis disebabkan dia, air matanya turut luruh.

Umi adalah syurganya.

Kau bodoh, Ian. Itu syurga kau. Wanita yang telah mengandungkan kau selama sembilan bulan. Tanpa wanita itu, kau takkan mampu melihat dunia sehingga sekarang.

"Ian ingat babah lagi?"

Suara itu kembali berbicara setelah meninggalkan soalan untuk seketika tadi.

Jawapan kepada persoalan itu hanya Ian sahaja yang tahu.

Tidak.

Dia masih kecil ketika itu. Ingatannya kabur. Apa yang dia ingat adalah panggilan 'babah dan umi'. Itu sahaja.

"Kenapa Ian sanggup menyakiti perasaan seorang ibu?"

Ian tersentak. Matanya kembali terangkat memandang skrin televisyen yang masih gelap itu. Hanya ada suara Adam sahaja. Tiada langsung wajah Adam menghiasi skrin itu.

"Ian lagi percaya kata-kata orang lain. Ian percaya yang umi buang Ian. Kenapa, anakku?"

Kenapa Ian?

Adakah selama ini aku hidup dalam pembohongan mommy? Terdetik itu di dalam hati Ian.

"Anakku... Umi menyayangi Ian melebihi segalanya. Untuk apa umi buang Ian ketika dia kehilangan segalanya? Umi hilang Riyadh. Umi hilang Jelita dan umi pun kehilangan... Babah."

"Ian percaya dengan perempuan yang Ian panggil ibu itu selama ini. Ian tak tahu siapa dia di sebalik topeng yang dia pakai selama ini. Dia la syaitan yang sebenarnya. Dia takkan pernah berhenti untuk musnahkan keluarga kita."

Ian terpana.

"Jumpa umi dan minta maaf kepada dia ketika masih belum terlambat. Umi adalah syurga buatmu. Babah tak mahu Ian jadi anak yang derhaka."

Tamat .

Nazrul mendekati Ian.

"Kau kena tipu hidup-hidup dengan perempuan tu selama ini. Hidup ni penuh dengan pendustaan.Jangan mudah sangat percayakan orang. Kelak hidup yang akan binasa. Hawa tak pernah buang kau tapi perempuan tu yang culik kau daripada Adam. Dia memanipulasikan kau selama ini dengan menanam kebencian kau terhadap Hawa. Dia culik kau ketika Adam bertarung nyawa untuk hidup. Kami cari kau selama ini. Tiada sesiapa pernah lupakan kau selama ini."

Kebenaran.

"Allahu akbar," rintih Ian. Berulang kali dia mengucap.

"Babah... Saya nak jumpa babah," pinta Ian secara tiba-tiba. Dia tidak puas hanya mendengar suara itu. Dia mahu bertentang empat mata dengan ayahnya. Perkara pertama yang dia akan lakukan saat bertemu dengan Adam adalah ingin mendakap erat tubuh itu. Dia rindukan pelukan seorang ayah.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now