𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 22 | sihir

16.7K 1.5K 276
                                    

"SAYA dan Aurelia akan balik ke Dubai lusa. Mungkin ini kali terakhir kita akan dapat berjumpa, Arluna."

Riak wajah Luna berubah kecewa.

"Awak pun tahu kan apa hajat saya balik ke Malaysia semula. Sebab, awak Arluna. Hajatnya satu iaitu ingin memperisterikan awak dan bawa awak sekali tinggal dengan kami di Dubai. Namun, apakan daya. Kita ni hanya mampu merancang sahaja dan Allah yang menentukan segalanya. Saya terlambat selangkah untuk memiliki awak, Arluna. Saya akur dengan perancangan Allah. Awak bukan ditakdirkan untuk saya. Saya doakan kebahagiaan awak dengan Ian akan berkekalan hingga ke Jannah. Semoga dengan kehadiran anak ini akan membawa lagi berkat."

Luna tersentuh.

Fawwaz Zayden memang seorang lelaki yang baik. Sopan santun dari tutur percakapannya. Tiada apa yang kurang di dalam diri lelaki berketurunan Arab itu. Sempurna di mata semua orang.

"Awak akan balik sini semula?" Luna menahan perasaannya. Mata mulai berkaca. Bagaikan ini adalah pertemua terakhir di antara mereka.

Fawwaz mengulum senyuman kecil seraya tergeleng kepala sekali. Mata dia memandang tepat ke dalam mata Luna.

"Tiada sebab yang kukuh lagi untuk saya berada di sini. Saya ada syarikat sendiri yang kena jaga di sana. Kehidupan saya bukan di sini, Arluna. Saya tiada sesiapa di sini."

"Awak ada saya, Fawwaz."

"Awak bukan isteri saya."

Luna tersentap.

"Kalau masih ada jodoh di antara kita... Insya-Allah di atas muka bumi Allah ini kita akan dipertemukan kembali..."

"... sebagai seorang kawan."

"Jaga diri awak Arluna."

Fawwaz Zayden perginya kau membawa satu rasa. Satu rasa yang sukar diungkap. Kau lelaki bermata ambar.

Selamat tinggal, Pak Arab!

Selamat tinggal, Pak Arab!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"OKAY. No touching-touching dah. Penjarakan sosial di antara kita. Awak duduk kat sana. Saya kat sini. Lebih selamat untuk kita berbincang. Serius, abang!"

Adam mencebik sekali. Social distancing la pulak. Macam-macam peel la isteri dia ni. Namun apakan daya, dia harus akur dengan kehendak Hawa sebelum wanita kesayangannya jadi singa yang suka mencakar. Grrr.

"Pegang tangan pun tak boleh ke?" Adam mencuba nasib. Mood nak bermanja belum habis lagi.

"Tak boleh. Abang ni gatal!" Keras Hawa melarang. "Daripada kita nak berbincang, lain pulak jadinya. Bukannya kita tak kenal awak ni macam mana. Kita dah lama jadi isteri awak. Segala isyarat tubuh badan awak tu, kita dah hafal dalam kepala otak. Awak dan ulat bulu tu tak ada beza pun. Dua-dua gatal!"

"Kita nak bermanja dengan isteri kita je pun salah." Sendu suara Adam mahu meraih simpati.

"Hawa..."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now