𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 04 | memori

23.7K 1.9K 299
                                    

SEPASANG kaki pendek itu mencecah lantai dan mulalah terkedek-kedek berjalan keluar dari bilik memandangkan pintu bilik sedikit terbuka. Misi utama Ian di awal pagi inilah... Mencari keberadaan umi dan babah.

Baru sahaja beberapa tapak melangkah, Ian merasakan dirinya berada di awangan. Eh? Ian ingatkan bidadari kayangan mana tadi. Rupanya Nek Nah. Eeeee.

"Nenek...Eeee..."

"Dah bangun pun tuan putera kita ni.Air liur basi pun masih melekat dekat pipi tu... Meh sini nenek tolong kesat." Mak Nah tolong mengelap air liur basi yang melekat di pipi Ian.Dia menuruni anak tangga satu-persatu sambil mendukung tubuh gempal Ian.

Mujurlah Mak Nah ternampak sebatang tubuh Ian yang baru keluar dari bilik tidur dan sempat mencapai sebelum anak kecil itu berjalan ke arah tangga.

Mata biru Ian meliar melihat sekeliling. Masih dalam pencarian babah dan umi. Takkan la umi dan babah sanggup tinggalkan Ian? Rasa kecewa hati ini. Sanggup umi dan babah lupakan Ian yang comel ni.

"Ian... Cari umi dan babah eh?" Bagaikan tahu isi hati anak kecil itu, Mak Nah meneka.

Ian menoleh apabila terdengar nama umi dan babah. Dia memandang Mak Nah lama dengan renungan mata yang mampu mencairkan siapa yang melihatnya.

"Pandai Ian ni kan... Sebelum tu, Ian kena mandi dulu barulah wangi. Nanti baru kita sarapan."

Ian mengangguk kepala. Faham.

"Nenek..." celah satu suara dari arah dapur. Suara seorang kanak-kanak perempuan.

Serentak mata Ian dan Mak Nah terarah kepada budak perempuan yang baru keluar dari dapur sambil makan aiskrim itu. Comot.

Ian mengerut keningnya. Ada awek cantik la kat sini. Maknanya Ian takkan single la lepas ni.Termakbul juga doa Ian selama ini. Dah penat Ian tengok kemesraan umi dan babah selama ini. Langsung tak reti nak jaga hati orang single seperti Ian ni!

Luna mendekati Mak Nah dan ditarik hujung baju neneknya. Didongak kepala memandang neneknya sekilas sebelum mata terhenti pada seraut wajah yang bertukar masam di dalam dakapan neneknya.

Siapa pula budak kecik yang ada lesung batu dekat pipi ni?

"Iya, Luna.Makan elok-elok ais krim tu.Kan tadi... Nenek dah pesan. Tengok la, baju Luna tu dah kotor," nasihat Mak Nah kepada satu-satu cucunya, Luna atau nama penuhnya Arluna Insyirah.

Luna dan Ian saling berpandangan.

Siapa budak comot ni? detik di hati Tuan Ian Al - Fattah.

Siapa budak ada lesung batu dekat pipi ni? detik di hati Arluna Insyirah.

Itulah pertemuan pertama di antara Tuan Ian Al - Fattah dan Arluna Insyirah.

Itulah pertemuan pertama di antara Tuan Ian Al - Fattah dan Arluna Insyirah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now