𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 56 | kembali

15.4K 1.7K 297
                                    

NAWAL berjalan mendapatkan Noah yang bersandar di kereta Honda Civic milik lelaki itu. Dia melayangkan senyuman nipis kepada tunangnya itu. Sesekali kepalanya tertoleh ke belakang melihat Alya yang menyumbat bagasinya ke dalam bonet kereta. Banyak betul barang yang dibawanya. Macam nak tinggal sebulan kat kampung.

"Nawal dan Alya dah ready nak bertolak?"

Nawal mengangguk kepalanya sekali.

"Nawal ada nak cakap apa-apa ke dekat abang? Erm..."Bukan Noah tak perasan tingkah laku tunangnya kelihatan gelisah. Seperti ada yang mahu diungkapkan tapi ditahannya daripada terluah.

"Boleh kita cepatkan tarikh nikah kita?"

Noah melakar senyuman kecil. Tenang saja wajahnya.

"Kenapa tiba-tiba ni, Nawal? Sebab dia ke?"

Ah, sudah. Noah memang pandai menduga hati Nawal.Semalaman dia berfikir tentang hubungannya dengan lelaki itu. Entah kenapa hatinya tidak sedap. Seperti sesuatu yang buruk akan terjadi, membadai hubungannya dengan Noah. Alangkah bagusnya jikalau tarik perkahwinan mereka dipercepatkan secepat mungkin.

"Sebab... sebab... Lebih baik kita halalkan cepat. Betul tak, Abang Noah?"

Noah melilit tangannya di dada. Dia menjatuhkan kepalanya sekali. Tidak mengulas apa-apa kerana dia sudah dapat menebak isi hati wanita itu.

"Kita berbincang dulu dengan orang tua kita ya."

"Erm, abang Noah. Saya ada nak cakap sesuatu." Nawal menggigit dinding pipinya dari dalam mulut.

Jeda.

"Sanggup ke abang Noah terima kekurangan aku, Alya?" Soalan itu yang terpacul keluar dari mulut Nawal. Dia terasa cukup serba kekurangan dengan keadaan dirinya.

"Tak semua lelaki sama, Nawal. Aku boleh nampak keihklasan dia nak memperisterikan kau. Kau tak perlu rungsingkan kepala kau, fikirkan semua tu. Kau kena ingat yang tak lama lagi kau akan jadi isteri abang Noah. Kau dah cukup menderita selama ini. Kini, masanya untuk kau kecapi kebahagiaan yang sebenar dengan lelaki yang betul-betul hargai kau. Lagi satu kau kena percaya dengan takdir Allah," kata Alya panjang lebar.

"Nawal... Nawal nak cakap apa dekat abang? Diam pulak dia," tegur Noah yang tak lekang dengan senyuman di wajah.

Nawal masih berkira-kira dengan keputusannya.Namun, lambat atau cepat Noah pasti akan tahu tentang keadaan dirinya. Dia tak mahu lelaki itu 'kesal' di kemudian hari jikalau tahu tentang kekurangan dirinya. Dia juga mahu tahu apakah jawapan lelaki itu kelak...

"Saya tak sempurna seperti wanita lain, abang. Sa... sa... Saya tak boleh mengandung. Ka... Ka... kalau abang kahwin dengan saya pun, saya... Saya takkan dapat berikan abang anak."

Nawal memejam matanya rapat. Dia tidak sanggup untuk mendengar jawapan Noah. Pasti lelaki itu akan kecewa mendapat bakal isteri seperti dia yang 'tiada apa-apa'. Bukankah impian semua lelaki adalah ingin bergelar bapa?

"Nawal."

"Y... ya."

"Menurut Nawal abang orang yang macam mana?"

Nawal diam. Kerana, dia tiada jawapan untuk soalan itu.

"Abang terima segala kekurangan, Nawal. Abang takkan cari yang lain semata nakkan zuriat.Kita ada cara lain untuk dapatkan anak. Abang dan Nawal boleh ambil anak angkat. Mana tahu Allah pertemukan anak angkat dan Nawal boleh jadi ibu yang baik seperti ibu kepada anak kembar Ian. Nawal percayakan keajaiban? Keajaiban yang kita tak sangka atas izinNya."

"Dengan harapan, awak kuat dengan ujian Allah.Mulai sekarang berjuanglah dengan jalan yang diredhai Allah. Jika saya bukan jodoh awak, sampai bila-bila pun kita takkan dapat bersatu. Sebut nama saya dalam doa awak, Insya-Allah saya akan sebut nama awak di sepertiga malam saya. Minta yang terbaik."

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now