𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 16 | 9 bulan

18.1K 1.5K 370
                                    

Baiklah. Saya akan tunaikan permintaan awak iaitu layan awak sebagai isteri selama sembilan bulan. Hanya sembilan bulan saja, Luna. Dan, saya akan lepaskan awak selepas itu.

Saya tak mampu nak cintakan awak sebagai mana saya cintakan Nawal. Saya tak mahu seksa awak lagi dalam ikatan ini. Awak berhak dapat lelaki yang lebih baik daripada saya.

Tunggu saya balik dan saya akan layan awak penuh kemesraan.

Jaga diri awak, sayang.

-

"Allahu akbar," rintih Luna berulang kali. Wajahnya sudah basah dicemari dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.

Tangan Luna bergetar hebat memegang telefonnya selepas membaca mesej yang dihantar oleh Ian beberapa saat yang lalu.

Sesak nafas dibuatnya menahan diri daripada tidak mengeluarkan bunyi tangisan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya tika ini. Bibir diketap kuat.

"Dia bukan tercipta untukku."

Tangan Luna mendarat di bahagian abdomennya. Diusap perlahan.

"Anak mama... Nanti kita jumpa baba ya?"

Tangannya naik menyentuh sisi kepalanya. Terasa berdenyut-denyut kepalanya. Sakit. Tangan dia sudah menggagau cuba mencapai sesuatu di dalam pandangannya yang terhad itu.

Sejak Fawwaz menghantarnya pulang ke rumah Hawa, dia terus mengurungkan dirinya di dalam bilik ini. Lebih selesa bersendirian. Sejurus itu dia terus mengambil peluang untuk bertemu Sang Pencipta. Menunaikan solat Isyak. Masih lagi lengkap berpakaian telekung di atas tikar sejadah.

"Luna dah tidur ke? Umi nak masuk boleh?" Lembut suara itu berkata diikuti ketukan pintu yang bertalu-talu.

"M...Masuk la umi." Luna memberikan kebenaran dan cuba bereaksi seperti biasa. Air mata yang masih tersisa di pipi, diseka pantas.

Senyuman lebar terus diukir buat Hawa sebaik sahaja wanita itu melangkah masuk ke dalam bilik ini.

Hawa melabuhkan duduknya di hujung katil Luna. Luna bagaikan memahami terus mengesot badannya yang masih duduk berteleku di atas lantai. Mendekati Hawa dan Luna melentokkan manja kepalanya di atas peha Hawa.

Hawa mengusap lembut kepala Luna bagaikan anak kecil. Jujur dia rindu dengan anak perempuannya. Sejak kes seminggu yang lalu, Luna terus menghilangkan diri tanpa khabar. Namun, hari ini Luna kembali ke rumah ini bersama Fawwaz. Kata Fawwaz, dia menjumpai Luna di tepi jalan keseorangan. Hati tuanya kerisauan.

"Umi marah Luna lagi ke?" Luna memecahkan kesepian dengan mengajukan soalan itu.

"Umi cuma kecewa je sebab Luna sanggup rahsiakan perkara ini daripada umi. Luna dah lama jumpa Ian dan langsung tak beritahu umi. Umi sampai sekarang masih tertanya-tanya macam mana korang boleh berkahwin?"

"Jodoh." Sepatah Luna berkata.

Jodoh itu hak milik Allah.

Kahwin tanpa cinta. Itu hakikatnya. Tiada langsung sekelumit rasa cinta Ian terhadap Luna.

Perkahwinan ini bila-bila masa sahaja akan musnah. Tetapi, Luna nekad untuk mempertahankan rumahtangganya dengan Ian. 9 bulan. Tempoh yang cukup untuk dia menawan hati lelaki itu. Dia cuma ingin mengecapi kebahagiaan bersama orang tersayang.

Cinta itu hadir tanpa kau sedar. Saat dirinya sah bergelar isteri kepada seorang Tuan Ian Al-Fattah, dia sudah memberikan sepenuh jiwa dan raganya kepada lelaki itu. Mencintai lelaki itu sepenuh hatinya.

"Luna bahagia dengan Ian?"

Bahagia? Pernahkan kau merasa erti bahagia selama dalam ikatan ini?

"Ian layan Luna dengan baik selama ni?"

Hanya anggukan kepala dibalas.

Hawa tahu Luna sedang menipu dirinya. Dia sangat memahami bahasa tubuh Luna.

"Luna boleh tipu orang lain. Tetapi, bukan umi."

Luna menggigit bawahnya sekali. Umi cepat menangkap pembohongannya."Umi dan uncle Adam kahwin sebab cinta ke?" Selama ini Hawa tidak pernah membuka kisahnya di antara Adam. Bagaimana awal pertemuan mereka.

Hawa tersenyum segaris. Soalan Luna semerta mengimbau memori lamanya dengan Adam. Mengahwini Adam atas rasa cinta?

Tidak.

"Kami berkahwin bukan atas rasa cinta."

Jeda.

"... Umi pilih babah sebab umi yakin dia untuk umi. Jodoh umi. Walau berkali-kali umi menidakkan, kami akhirnya bersatu juga. Jadi suami isteri. Kemudiannya, ada anak. Kami bercinta selepas berkahwin. Umi tak pernah sangka yang umi akan kahwin dengan babah. Babah banyak berubah selepas kami berkahwin. Jadi lelaki yang sangat berbeza. Umi sangat bersyukur sebab umi memiliki dia sebagai seorang suami.

"Cinta selepas bernikah itu lagi indah. Kita kena pandai pikat hati suami kita supaya dia makin sayang dan cintakan kita."

Mampukah aku menawan hati Ian dalam tempoh 9 bulan ni? Itu yang terdetik di hati Luna.

Mari kita mulakan misi menawan hati Tuan Ian Al-Fattah!

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now