𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 50 | tundukkan

16.5K 1.6K 556
                                    

"KENAPA muka abang berparut? Dekat pipi tu... Macam baru je lagi," tegur Malique. Memuncung mulutnya ke depan memaksudkan bahagian pipi Riyadh yang mempunyai parut lebih kurang tiga sentimeter panjangnya.

Tangan Riyadh terus naik menyentuh parut di pipinya. Perasan jugak eh budak ni.

"Terkena pisau," balas Riyadh pendek. Kalaulah Malique tahu perkara yang sebenar...

Setelah beberapa bulan berlalu sejak penceraian di antara Ian dan Nawal, barulah Riyadh memunculkan dirinya dengan bertandang ke rumah agam ini. Disambut baik oleh Malique yang sedang bermain dengan si kecil Hana dan Irdina.

"Mana abang dan kakak kau?" tanya Riyadh bersahaja. Hanya Malique dan April saja yang melayan dia daripada tadi.

"Abang Ian ada aje kat atas. Abang nak tau tak... Kak Luna pregnant lagi."

Terjungkit ke atas sebelah kening Riyadh.

"... budak-budak ni kecik lagi kot. Tak sampai setahun dah nak dapat adik lagi."

Riak wajah yang dipamerkan oleh Riyadh langsung tidak nampak berminat dengan topik yang disentuh.Tumpuannya hanya pada si kecil Hana yang menempel dengannya sejak tadi. Dia sukakan budak kecil.

"Abi kau mana?"

Malique mencebik sekali. "Biasalah orang tu tengah bahagia, terus dilupakan anak dia ni. Ada ke patut dia pergi honeymoon tak ajak Malique. Apooo lah."

"Dah nama pun honeymoon. Kenapa nak angkut kau sekali yang dah besar panjang ni?" bidas Riyadh sekali.

"Kau duk rumah cukuplah. Ni nak ikut pengantin baru tu." April mencelah selamba di dalam perbualan mereka.

Malique menjeling tajam ke arah April yang duduk bersila di tepinya.

"Apa? Apa? Jeling-jeling muka kita yang cantik ni."April memang suka mencabar Malique. Baginya itu adalah salah satu kepuasan apabila wajah Malique bertukar menyinga.

"Nanti abi kau mesti lupakan kau. Yalah dia kan dah ada bini. Tak lama lagi mesti ada anak," ejek April. Niatnya mahu sakitkan hati si Malique tapi tanpa disangka ini balasannya...

"Kalau gitu kita la pulak kahwin. Buat baby banyak-banyak. Kita lawan abang Ian. Tengok anak siapa yang paling banyak." Miang wajah Malique.

April mengusutkan rambutnya dengan wajah yang begitu pasrah.

Riyadh tidak mempedulikan perdebatan mulut di antara Malique dan April. Dia mengagah si kecil Hana yang ternyata cukup manja dengan dirinya. Hana lebih banyak berceloteh berbanding kakaknya Irdina yang diam di dalam pangkuan Malique tu.

"Eeee... Eeeee." Hana menepuk manja muka Riyadh. Tersembur air liurnya keluar.

Riyadh tersengih suka. Dia menggomol si kecil Hana tu. Geram aih!

Sedikit terperanjat Riyadh apabila ada tangan lain merampas Hana kasar darinya. Terangkat matanya ke atas memandang gerangan tersebut.

Luna.

Dia terus membawa Hana naik ke tingkat atas. Sempat dia menangkap kerlingan tajam milik Riyadh. Masuk saja ke dalam kamar tidurnya, dia meletakkan si kecil Hana di atas katil bersaiz king itu.

Luna mengeluh berat.Tidak lama kemudian, Ian melangkah masuk ke dalam bilik ini dan mencapai apa yang patut barang peribadinya termasuk la pakaiannya.

"Ian..." tegur Luna dengan nada yang perlahan.

Ian diam tidak menyahut.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now