𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 66 | april qaseh

16.4K 1.9K 409
                                    


AIR mata Ian tumpah di saat kali pertama menatap wajah bersih bayi kecil yang baru dilahirkan itu. Sebak perasaannya. Ini anak Malique Nu'aiman dan April Qaseh. Dengan berhati-hati dia memangku tubuh kecil bayi itu. Dikucupnya dahi itu penuh syahdu.

Ian melaungkan azan dengan suara sederhana rendah di tepi telinga kanan si kecil Mikael. Bergetar hebat bibirnya. Air matanya sekali lagi jatuh. Dia tak kuat untuk menghadapi semua ini. Semuanya berlalu begitu pantas.

'Malique.... Ini anak kau dan April.'

"Assalamualaikum... Mikael Nukman bin Malique Nu'aiman."

Mikael Nukman... Bayi kecil yang sudah kehilangan kedua-dua orang tuanya. Ayahnya meninggal dunia angkara perbuatan kakaknya sendiri. Manakala, ibunya pula mati syahid selepas melahirkannya ke dunia ini. Anak kecil ini langsung tak berkesempatan untuk mengenali ibu bapanya bahkan merasai kasih sayang mereka.

"Allah... Allah..."

Kenapa seberat ini dugaan yang menimpa anak kecil yang baru lahir ke dunia ini? Dia langsung tak berkesempatan untuk mengenali ibu bapa kandungnya.

"Mikael ada baba. Baba akan jaga Mikael," ujar Ian diiringi esak tangisan.

"Kalau ada apa-apa terjadi pada saya, tolong jaga anak kami."

"Ramai sayangkan Mikael." Hancur berkecai hati Ian saat dia mendapat berita pemergian April, adik iparnya. Dunia seakan berhenti tika itu. Tak diduga April akan pergi juga meninggalkan mereka semua.

"Malique... Aku tahu kau rindukan bidadari kau..."

Jeda. Hilang kosa kata untuk sesaat.

Ian menarik nafas sedalam-dalamnya cuba untuk menyambung ayatnya. Tekaknya terasa perit.

"... kini tiba masanya untuk kau berbahagia dengan bidadari kau. Dah banyak yang korang lalui selama ini. Walaupun korang dipisahkan di dunia... korang dipertemukan kembali di sana,"bisik Ian perlahan.

Bola mata Ian jatuh kembali pada seraut wajah bersih si kecil Mikael Nukman.

"Abang Ian... Nama Mikael Nukman cantik tak? Mikael Nukman bin Malique Nu'aiman." April tersengih lebar kepada Ian. Bersinar teruja matanya.

Ian mengganguk kepala sekali dan turut tersenyum."Cantik."

"Tak sabarnya saya. Doktor cakap anak kami lelaki."

"Ermmm anak mama... Mama tak sabar nak tunggu baby keluar. Mesti muka macam macam arwah papa."

"Mama tak sabar nak main dengan baby. Bestnya."

Ian segera menghapuskan sisa air matanya. Senyuman paksa ditarik. Kenangan lalu amat menyakitkan.

"Ian..." tegur Nawal laju apabila Ian keluar dari bilik dengan air mata yang berlinangan. Mereka yang lain belum tahu tentang arwah April melainkan Ian seorang. Ian diminta masuk untuk mengazankan baby.

"April macam mana? Baby okay?" Aju Nawal bertalu-talu. Dia memegang lengan Ian secara berlapik. Matanya penuh pengharapan mahukan jawapan. Namun, mata Ian langsung tak memandang wajahnya. Sengaja dilarikan.

Muhammad turut mendapatkan Ian. "Ian... Kenapa ni?"

Ian menggeleng kepalanya sekali. Dia menyandarkan belakang badannya di dinding dan melorot jatuh badannya ke atas lantai. Tangannya naik meraup wajah sendiri. Semua mata di situ sudah terhala ke arahnya. Sabar menanti jawapannya.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now