𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 18 | bidadariku

17.7K 1.6K 543
                                    

"SAYA takkan gugurkan kandungan ni. Ini anak saya. Dia berhak untuk melihat dunia walaupun baba dia membencinya. Selagi saya hidup di atas muka bumi ni, saya akan cuba membesarkan dia. Sehingga ke akhir hayat saya."

"Dah habis cakap?" Ian memeluk tubuhnya. Keningnya diangkat tinggi. Kata-kata Luna tadi bagaikan angin yang menyapa telinganya sahaja.

Luna mengetap giginya. Tu je yang Ian boleh kata? Langsung tak ada perasaan! Ada juga aku luku kang kepala dia. Tanpa mengendahkan renungan tajam Ian yang masih terhala kepadanya, dia terus memboloskan diri masuk ke dalam bilik tidurnya.

Nak balik rumah umi!

Luna mencapai apa yang patut masuk ke dalam bagasinya. Ian yang berdiri di muka pintu itu dijeling tajam.

"Alang-alang tu bawa la baju banyak sikit. Bawa baju yang seksi. Lingerie warna merah. Hot and spicy." Ian bersiul nakal.

Luna merengus kasar.

"... Kita pergi honeymoon."

"Honeymoon kepala lutut dia," gumam Luna perlahan.

"Saya dah ambil cuti tau nak spend time together dengan awak."

"Ian. Awak ni hilang ingatan ke? Awak tak ingat apa yang terjadi di antara kita beberapa saat yang lalu? Kita bergaduh besar, okay! Now, you're talking about ho-ney-moon! What da fu..."

Ian mengangkat tangannya ke atas. Mengaku kalah! Dihampiri sebatang tubuh itu yang sedang kelam kabut menyumbat segala pakaian ke dalam bagasi. Tangan kekarnya melingkari pinggang ramping itu.

"Gugurkan jelah kandungan tu..." Mudah Ian berkata.

Luna mengeluh berat. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Apa salah anak dalam kandungan ini? Tak layakkah untuk melihat dunia?

"Awak ni tak layak digelar manusia tau. Tetapi, binatang!"

"Saya tahu diri saya ni tak sebaik bini kesayangan awak tu. Dia ada semuanya. Sangat sempurna di mata awak! Saya ni tak layak lahirkan zuriat untuk awak, sampai awak rasa jijik sangat dengan perempuan macam saya. Seburuk-buruk saya ni pun, saya tak bodoh dan kejam untuk gugurkan kandungan saya. Sebab, saya masih boleh bezakan di antara dosa dan pahala!"

IAN menerpa ke arah Hawa apabila selesai sesi memotong kek tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IAN menerpa ke arah Hawa apabila selesai sesi memotong kek tadi. Tanpa kata, dia menarik Hawa masuk ke dalam pelukannya. Erat.

Hawa sedikit terperanjat pada mulanya dengan tindakan drastik anak lelakinya. Lama-kelamaan dia turut membalas pelukan Ian. Buat kali pertamanya selama 20 puluh tahun dia dapat merasai memeluk tubuh anak kandungnya.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now