𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 40 | riyadh

14.5K 1.7K 2.5K
                                    

"DAH lebih lima minit. Sekarang kau boleh keluar," kata Fawwaz bersahaja, merempuh masuk ke dalam bilik sekaligus menghalau Ian keluar. Matanya terpaku sesaat melihat suami isteri itu berpelukan, sebelum dia mengalihkan matanya ke arah lain. Nafas ditarik dalam.

Ian menolak perlahan-lahan tubuh Luna yang melekat rapat di tubuhnya. Bahu wanita itu dipegang kemas manakala sebelah tangannya lagi memagut dagu Luna.

"Arluna Insyirah..."

Mata mereka bersatu.

Ian cuba mengumpul segala bicara yang terbenam di lubuk hatinya. "Luna nak ikut abang pulang atau Luna nak stay dekat sini? Pilihan di tangan Luna."

"Luna tak suka duduk sini. Luna nak ikut Ian balik," jawab Luna dengan senyuman melebar di bibir. Gembira.

Ian cuba beriak tenang. Rambut isterinya diusap perlahan kemudian tangan Luna diraih. Matanya terhala pula ke arah Fawwaz yang turut memandangnya. Malique yang berdiri tegak di muka pintu itu juga dipandang sesaat.

"Terima kasih, Fawwaz," tutur Ian ikhlas dari hatinya dengan segaris senyuman terukir. Air mukanya menterjermahkan apa yang ingin dikatakan. "Terima kasih tolong jagakan isteri aku selama dia berpantang. Kini, tiba masanya untuk aku bawa dia pulang ke rumah kami. Di sini bukan tempatnya. Aku harap kau faham."

"Lupakan niat kau ingin merampas Luna daripada aku. Kerana, aku takkan sesekali lepaskan dia. Baik buruk dirinya aku terima. Luna dah tak ada sesiapa. Dia hanya ada aku."

Ian mara ke hadapan dan tubuh kekar Fawwaz itu didakap erat tanpa amaran.

"Aku akui yang aku ni bukan suami yang baik... Tetapi, aku inginkan peluang untuk perbaiki semua kesilapan ini."

Fawwaz turut membalas pelukan Ian. Dia diam tidak mengulas apa-apa. Persoalannya apakah reaksi Ian apabila mendapat tahu penyakit yang dihidapi Arluna sekarang? Matanya tidak silap menafsir, apabila melihat air muka Luna yang sungguh berseri-seri itu. Sikap Luna akan mudah berubah. Diri Luna yang sekarang lebih kepada masa lalunya dengan menggelarkan dirinya dengan nama Luna.

Adakah perlu dia memberitahu kepada Ian sekarang tentang keadaan Luna yang sebenar...

Ataupun...

Biarkan masa yang menentukan. Lambat-laun lelaki itu pasti akan menyedari perubahan yang aneh terhadap Luna.

"Jaga Arluna baik-baik." Itu merupakan pesanan terakhir yang meluncur keluar dari mulut seorang Fawwaz Zayden. Dia pergi meninggalkan bilik itu dengan hati yang memberat, tidak berpaling lagi melihat wajah wanita itu buat kali terakhir. Sekali lagi dia terlepas peluang untuk memiliki seorang Arluna Insyirah. Di antara mereka memang tiada jodoh walau berkali-kali dia berusaha. Akhirnya, dia akur dengan aturan Allah.

Jangan bersedih wahai pak arab, masih ramai lagi gadis di luar sana yang bisa menjadi isterimu.

Jangan bersedih wahai pak arab, masih ramai lagi gadis di luar sana yang bisa menjadi isterimu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now