𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 54 | pujuk

17.4K 1.8K 1.3K
                                    

"Abang lepaskan Nawal." Ian menjatuhkan kepalanya sekali. Titisan air matanya jatuh mengenai tangan Nawal.

Nawal turut menangis teresak-esak.

"Ya abang... Terima kasih untuk segalanya. Saya tak pernah menyesali mencintai abang."

Keluar saja dari bilik itu, langkah Nawal dihalang dengan susuk tubuh seseorang. Arluna.

Air mata Nawal sekali lagi menitis. Oh, sakitnya hati ini. Rumahtangganya musnah angkara orang ketiga.

"Jadi perempuan jangan lemah. Disebabkan itu saya boleh rampas Ian daripada awak dengan mudahnya, Nawal." Kesian wajah yang dipamer Luna. Simpati dengan nasib bekas madunya.

Nawal tidak menghiraukan Luna. Dia meneruskan langkahnya lagi dengan hati yang memberat.

"... terima kasih, Nawal."

Nawal menoleh dan dia mengangkat tangannya tinggi ke atas lalu pipi mulus wanita itu ditamparnya sekuat hati. Melempiaskan segala rasa marah yang terpendam.

PANG!

Kuat bunyi yang terhasil.Terteleng kepala Luna ke tepi. Rasa berpijar saat telapak tangan Nawal melekat di pipinya.

Naik turun nafas Nawal menahan rasa. "Kau dengar sini... Kau takkan sesekali bahagia atas penderitaan aku selama ini. Perampas macam kau hidup takkan aman!"

Nawal tersengih sinis memandang wajah Luna itu.

"Sakit? Aku dah pernah dapat lebih daripada tu."

Memori lamanya kembali terimbau. Sakit hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Hari demi hari dia cuba kembalikan dirinya yang dulu. Dia nak jadi Nawal yang kuat.

Bukan lagi Nawal yang lemah.

Kini, dia harus menghadapai realiti yang dia kembali dipertemukan dengan 'lelaki' yang telah banyak mengajarnya erti 'sakit' yang sebenar. Lelaki di hadapannya inilah orang yang telah menghancurkan sekeping hatinya.

Dan... Lelaki yang berdiri di sisinya sekarang ialah orang yang telah menolongnya. Menguatkan semangatnya kembali.

Dialah... Noah Idlan.

"Saya Noah. Suami Nawal."

Jantung Ian berhenti berdegup untuk sesaat.

S... Suami?

Kepala Nawal turut berpaling ke tepi memandang Noah. Riak wajahnya sedikit berubah. Mata dia dan Noah saling bertemu.

Noah melayangkan senyuman nipis kepada Nawal.

Riak wajah Ian yang penuh kehampaan itu tidak dapat disorokkan lagi.

"... maksud saya bakal suami." Sambung Noah.

Nawal tak berani memandang tepat ke dalam mata Ian. Bola matanya jatuh melihat wajah si kecil Irdina. Dia dapat rasakan betapa tajamnya renungan Ian yang terhala ke arahnya. Argh, dia benci dengan situasi ini!

"Ouh bakal suami." Ulang Ian perlahan. Hakikatnya tetap sama bahawa Nawal akan menjadi milik Noah juga kelak.

"Tinggal beberapa bulan lagi kami akan bernikah. Nanti Encik Ian jangan lupa datang ya. Kami tak buat majlis besar-besaran. Cukuplah mana yang patut saja."

"Insya-Allah saya datang..." Ian tersenyum sekali. Masa berlalu begitu pantas, tak disangka bekas isterinya sudah berjumpa dengan lelaki yang lebih baik daripadanya.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now