𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 30 | kehilangan

17.2K 1.6K 1K
                                    

Semoga kita semua dikurniakan pengakhiran yang baik (husnul khatimah). Deaths of people around me reminds me to speak kindly, apologize swiftly, and to always be kind because it could be my last deed.

 Deaths of people around me reminds me to speak kindly, apologize swiftly, and to always be kind because it could be my last deed

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

IAN membelai lembut kepala dan setiap inci tubuh anggota tubuh badan arwah babahnya. Dilalukan dengan jari dan tapak tangannya di atas tubuh arwah Adam dengan penuh kasih sayang. Disirami dengan air selembut yang mungkin. Tidak mahu jenazah terseksa.

Mata Luna sudah bengkak begitu juga dengan Malique menangisi kehilangan itu dan semakin bengkak melihat keadaan Ian yang begitu reda dan teratur tingkah lakunya. Seolah tiada apa-apa yang berlaku, dia sedang memandi dan memakaikan jenazah dengan pakaian tidur yang abadi.

Ian menghadap jenazah arwah uminya terlebih dulu. Setiap inci wajah syurganya ditilik sepuas hati. Wajah arwah Hawa begitu suci dan bersih. Dengan lafaz bismillah dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Ian mengucup dahi arwah Hawa. Lama. Kedua-dua belah pipi arwah Hawa dicium dengan sesungguh hati. Berkali-kali. Ini merupakan kucupan dan ciuman yang terakhir. Takkan ada peluang untuknya lagi menatap dan mengucup wajah kesayangan ini. Ibu tercinta yang tiada galang gantinya.

"Ya umi."

Kini, giliran arwah babahnya pula dikucup Ian. Jenazah arwah Adam dipeluk erat, seakan tidak mahu dilepaskan. Hanya Allah sahaja yang tahu apa rasa hatinya. Segala kata-kata dan nasihat arwah babahnya masih basah di telinga.

"Ya babah."


Selesainya solat jenazah, beramai-ramai pergi ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan dipijak. Tidak terasa di kaki dan serasa tubuhnya terapung-apung. Ian hanya mengikut langkah mereka yang disampingnya. Keranda arwah uminya dipikul tanpa rasa berat.

Sebaik sahaja sampai ke liang lahad, Ian dan dua orang kariah masjid meletakkan keranda-keranda dengan penuh takzim. Ian melompat masuk ke dalam liang dan segera menyambut jenazah arwah babahnya dengan penuh sopan santun. Dibantu oleh tuan imam, Muhammad, Nazrul dan Malique.

Ian mengambil kesempatan terakhir memegang dan memeluk jenazah arwah babahnya dengan erat. Bahagian kepala dan bahu arwah Adam ditatang penuh cermat dan dibaringkan secara mengiring. Kelembutan jasad arwah Adam dapat dirasainya.

Ian menahan sebak.

"Sabar, Ian. Kita sempurnakan jenazah dulu." Muhammad menegur lembut seakan memahami gelojak kalbu Ian. Dia sendiri sudah jenuh menahan sebak dengan pemergian Adam dan Hawa.

Ian mengangkat kepalanya. Bersambung pandangan dengan Malique. Adik susuannya.

"Ya abang." Perit suara Malique bersama linangan air mata.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now