𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓣𝓮𝓻𝓪𝓴𝓱𝓲𝓻 48 | kahwin

19.5K 1.7K 1.1K
                                    

"ASSALAMUALAIKUM mak..." Ian menarik nafas lega. Akhirnya, bekas mak mentuanya sudi menjawab juga panggilan telefonnya setelah beberapa kali cubaan. Kalau sebelum ini pasti panggilannya akan ditolak. Tapi, tidak pada kali ini.

Nawal Salwana.

Nawal sentiasa berada di dalam ingatannya. Dia tidak dapat membohongi dirinya yang dia cukup merindui wanita itu. Dia cukup terasa kehilangan yang amat besar. Hari-hari yang dilaluinya ternyata berbeza tanpa wanita itu.

Dia ada mencari Nawal beberapa bulan yang lalu sehingga sanggup pergi ke Terengganu mahu bertemu dengan Nawal. Balasan yang dia dapat adalah tumbukan Pak Arshad. Teruk badannya dikerjakan oleh orang tua itu.

"Saya nak cakap dengan Nawal. Boleh mak?" pinta Ian.

"Buat apa?" tanya Mak Seha bernada dingin di hujung talian.

"Untuk sekali je mak. Saya nak tahu keadaaan dia.Tolong ya mak."

"Kamu dan Nawal dah tak ada apa-apa hubungan. Bukan urusan kamu lagi. Anak aku tengah bahagia sekarang tanpa kamu."

Ian menahan empangan air matanya dari pecah.Abang rindukan Nawal.

"Mak... Saya mohon sangat dengan mak. Saya nak bercakap dengan Nawal."Ian masih berdegil.

"Ma... mak... Ian ke tu?" Kendengaran sayup-sayup suara milik Nawal menerkam gegendang telinga Ian.

Tut...

Panggilan terus dimatikan Mak Seha.

Ian yakin suara tadi adalah suara milik Nawal.

"Luna..." panggil Ian sekali lalu dia mengucup sekilas pipi isterinya dari arah belakang. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas bahu Luna.

Luna menoleh ke belakang. Melihat suaminya yang sungguh tampan dengan sepersalinan baju melayu berwarna hijau tua. Sepadan dengan baju kurung yang dipakainya sekarang.

Ian tersenyum sikit lalu dia menghulurkan sehelai selendang berwarna putih kepada isterinya.

Dahi Luna berkerut. Tak faham dengan isyarat mata Ian. Tudung? Dia hanya memandang selendang berwarna putih itu tanpa rasa mahu mengambilnya.

"Mulai hari ini abang nak Luna pakai tudung..."

Terkebil-kebil Luna. Ian suruh dia berhijab?

"... macam Nawal. Cantik je kan Nawal berhijab," puji Ian tanpa sedar. Dia terus membayangkan wanita di hadapannya sekarang ialah Nawal Salwana. Kecantikan yang sederhana dan terpancar keserian di wajah itu.

Riak wajah Luna terus berubah. Terus dia menggelengkan kepalanya laju. Tanda tidak mahu.

Ian tidak mengendahkan penolakan Luna. Dia meletakkan selendang putih itu di atas kepala isterinya dan diselempangkan hujung selendang ke kiri dan kanan bahu Luna. Walau tidak menutup aurat sepenuhnya dengan anak rambut terkeluar di bahagian depan, Ian puas.

"Kan cantik kalau Luna berhijab." Ian mencuit sekali dagu Luna. Melebar senyumannya.

Luna memandang pantulan wajahnya di hadapan meja solek. Dia ternyata berbeza di dalam cermin itu. Berhijab? Tidak pernah terlintas di fikirannya.Semasa hayat arwah Hawa, wanita yang bergelar ibunya itu ada menasihatinya agar menutup aurat dengan sempurna.

"Dia samakan kau dengan bekas isteri dia, Luna. Kesian kau... Dia suruh kau pakai tudung sebab dia rindukan perempuan tu," ejek satu suara dan seperti biasa pecah ketawa keji di hujung ayatnya.

Hati Luna serta merta membengkak sakit dengan ejekan suara itu. Tangannya pantas mencapai barang make-up nya di atas meja lalu dicampak kasar ke atas lantai. Tanda protes.

KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED]Where stories live. Discover now